Tari Tirana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tari Tirana
Genre Drama
Pengarah Shahrulezad Mohameddin
Dibintangi Wan Sharmila
Shahz Jaszle
Ammar Alfian Aziz
Nadia Aqilah Bajuri
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bilangan episod 26
Syarikat penerbitan Radius One
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 25 Ogos 2009 –
23 Februari 2010
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi
Tapak sesawang penerbitan Radius One

Tari Tirana ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Radius One yang disiarkan dalam slot Lestary TV3 dari 25 Ogos 2009 hingga 23 Februari 2010. Drama ini dibintangi oleh Wan Sharmila sebagai Tirana, seorang gadis remaja kelahiran Singapura yang berusaha untuk menubuhkan kumpulan tariannya sendiri bagi memasuk pertandingan tarian namun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan. Kesemua 26 episod Tari Tirana diarah oleh Shahrulezad Mohameddin.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Tari Tirana menyusuri perjalanan hidup penuh dramatis, muzikal dan semestinya gerak tari, seorang gadis muda yang baru menempatkan diri di dalam kolej tempatan, Tirana (Wan Sharmila). Dia berasal dari Singapura dan menjalinkan hubungan dengan penyanyi pop terkenal, Ash (Shahz Jaszle). Hubungan mereka telah terjalin lama sebelum Ash meniti populariti di dalam bidang nyanyian.

Namun hubungan cinta antara Ash dan Tirana mendapat halangan besar dari Vee, pengurus Ash yang terpaksa menghalang Ash dari menjalin hubungan dengan mana-mana gadis untuk memastikan Ash sentiasa popular di kalangan peminatnya, dan juga untuk memastikan Ash fokus kepada kerjaya seninya. Mereka juga mendapat halangan besar dari ayah Tirana, Tajudin yang mempunyai perancangan besar agar anaknya menjadi seorang peguam yang terkemuka sepertinya. Malah dia juga cuba untuk menjalinkan hubungan Tirana dengan Ryan yang belajar di London.

Jalan cerita menjadi rancak apabila Tirana berjaya membawa diri ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan ayahnya. Di sana dia menyambung pengajian di Universiti Lim Kok Wing, dan mula menjadi akrab dengan dan . Tirana juga mula berminat dengan bidang tarian dan teruja untuk meneruskan impiannya. Satu langkah permulaan adalah dengan menyertai kumpulan tarian yang dianggotai oleh Chika (Nadia Aqilah Bajuri) dan kekasihnya Neo (Ammar Alfian Aziz) di kolej.

Namun Chika cuba menghalang Tirana dari menyertai kumpulannya kerana dia merasa terancam dengan bakat yang Tirana miliki dalam bidang tarian. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Chika mendapati Neo kelihatan mesra dengan Tirana. Maka, bermulalah drama perhubungan bersegi-segi dari sini.

Tirana tetap bersemangat untuk meneruskan cita-citanya dan tidak berputus asa. Dia seterusnya menubuhkan kumpulan tarian nya sendiri. Namun, ahli kumpulannya terdiri dari mereka-mereka yang tidak pandai menari dan juga mereka-meraka yang selalu ditolak oleh Chika dari menyertai kumpulannya. Perjuangan Tirana berterusan sehinggalah ke pertandingan akhir satu pertandingan tarian yang terbesar di kolejnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Lestary, Selasa, 9.00 malam
Sebelumnya Tari Tirana
(25 Ogos 2009 – 23 Februari 2010)
Berikutnya
La Dolce Amira Hotel Mania