Tarian Gayong Otar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Gayong Otar merupakan satu tarian yang dipersembahkan oleh pahlawan. Tarian Gayong Otar biasanya ditarikan secara berpasangan (lelaki sahaja).

Tarian Gayong Otar ditarikan dengan libasan dan gerakan pedang. Di samping pedang, penari turut membawa sebuah perisai yang dipasang loceng-loceng kecil pada pinggirannya.

Gara tarian[sunting | sunting sumber]

Tarian ini ditarikan dalam barisan penari yang tersusun secara berhadapan. Dua baris penari akan berundur dan untuk setiap pergerakan barisan penari itu tidak akan berpecah. Mereka akan melakonkan pertempuran olak-olok dengan menggunakan pedang dan perisai.

Alat muzik[sunting | sunting sumber]

Alat-alat muzik iringan pada tarian Gayong Otar ialah gong dan gendang, tanpa sebarang alat muzik petikan. Para penari pula akan mengenakan pakaian silat melayu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]