Tarian Inang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni. Tarian Inang juga diadaptasikan dari tarian pengasuh. Ia dikatakan kerana lengok badan yang lembut dan lemah gemalai.