Tarian Magunatip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut.

Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Tunas-tarian