Tarian Sumayau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Sumayau, juga dikenali sebagai Madsayau, ialah tarian asli suku kaum Lotud dari daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacara memuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).

Persembahan tarian diketuai oleh wanita berketurunan Monolian yang lanjut usianya serta berpengetahuan tentang upacara-upacara tertentu. Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan secara besar-besaran dan mengambil masa sehingga lima hari dan lima malam. Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi (gusi-gusi ialah sejenis tempayan besar), iaitu untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu. Di samping itu, upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia, iaitu seperti kenduri arwah.

Sumayau dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba hitam dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher. Penari perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabungjalinkan sementara penari lelaki memakai ' sigar '.

Penari perempuan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara penari lelaki berdiri dan menggoncangkan ' giring ' atau loceng kecil ang dilekatkan pada pakaian mereka.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]