Tarikan pelancong di Beijing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tiananmen
Taman klasik di Beijing

Tarikan pelancong di Beijing bukan sahaja banyak, tetapi juga kaya dengan sejarah. Yang paling terkenal ialah bentangan Badaling di Tembok Besar China, serta juga Kuil Syurga, Tiananmen, dan Kota Larangan, selain daripada sebilangan kuil, hutong, taman, dan tinggalan zaman kuno.

Beijing juga dikenali untuk siheyuan (rumah berlaman dalam) dan hutong (lorong), meskipun kesemua itu semakin hilang, akibat pertumbuhan pembinaan bandar raya yang menggantikannya dengan bangunan tinggi. Bandar raya Beijing mempunyai sebilangan kawasan kejiranan shiheyuan yang dipelihara dengan baik, termasuk sesetengah rumah berlaman dalam yang tersegam megah seperti Rumah Agam Putera Gong.

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Bangunan, tugu peringatan, dan mercu tanda[sunting | sunting sumber]

Poskad Jerman tentang Beijing pada 1900

Balai Cerap Kuno Beijing memaparkan sfera prateleskop yang wujud sejak dinasti Ming dan Qing. Terletak di pinggir kawasan bandar Beijing, tetapi di dalam wilayah perbandaran ialah Tiga Belas Makam Dinasti Ming, tapak pengebumian tiga belas maharaja Ming yang mewah dan yang telah ditetapkan sebagai sebahagaian Makam Empayar Dinasti Ming dan Qing Tapak Warisan Dunia UNESCO.[4] Tapak arkeologi Lelaki Peking di Zhoukoudian merupakan salah satu lagi Tapak Warisan Dunia di dalam wilayah perbandaran Beijing.[5] Ia mengandungi berbagai-bagai temuan, termasuk salah satu spesimen pertama Homo erektus, dan sehimpunan tulang dubuk raksasa (Pachycrocuta brevirostris). Terdapat juga sebilangan bahagaian Tembok Besar China Tapak Warisan Dunia UNESCO [6] yang terletak di wilayah perbandaran, dengan yang paling terkenal termasuk Badaling, Jiankou, Jinshanling, Juyongguan, Mutianyu, dan Simatai.

Mercu tanda tarikan pelancong yang lain di Beijing termasuk:

Kuil, gereja, dan masjid[sunting | sunting sumber]

Antara tapak agama yang paling terkenal di bandar raya ialah:

  • Kuil Syurga (Tiantan) yang terletak di bahagian tenggara Beijing (juga salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO),[7] yang maharaja Dinasti Ming dan Dinasti Qing melawat setiap tahun untuk menyertai upacara sembahyang kepada Syurga untuk tuaian yang baik;
  • Kuil Bumi (Ditan) yang terletak pad araha yang bertentangan dengan Kuil Syurga di bahagian utara bandar raya;
  • Kuil Matahari (Ritan) yang terletak di bahagian timur bandar raya; dan
  • Kuil Bulan (Yuetan) yang terletak di bahagian barat bandar raya.

Tapak kuil terkenal yang lain di Beijing termasuk:

Gereja Immaculate Conception dibina pada 1605 dan merupakan gereja Katolik yang tertua di Beijing. Gereja utama yang lain termasuk:

Masjid Niujie juga merupakan masjid yang tertua di Beijing, dengan sejarah yang melebihi seribu tahun.

Muzium[sunting | sunting sumber]

Terdapat beratus-ratus muzium di Beijing, dengan muzium utamanya termasuk: [8][9]

Taman[sunting | sunting sumber]

Daerah beli-belah dan perdagangan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Beijing.