Tasik-Tasik Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemandangan Tasik-Tasik Besar di Amerika Utara dari angkasa lepas.

Tasik-tasik Besar (Bahasa Inggeris: Great Lakes) ialah sekelompok lima buah tasik besar yang terletak di bahagian timur Amerika Utara, berdekatan dengan sempadan di antara Kanada dan Amerika Syarikat. Di dalam kelompok ini termasuklah tasik-tasik Erie, Huron, Michigan, Ontario dan Superior. Mereka membentuk kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia.[1] Sistem tasik ini kadangkala dianggap sebagai laut pedalaman. Kumpulan Tasik ini bertemu dengan Lautan Atlantik di timur melalui Sungai Lawrence

Kumpulan tasik[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Tasik-Tasik Besar terdiri daripada lima tasik yang secara ringkasnya dikenali sebagai HOMES - Huron, Ontario, Michigan, Erie, dan Superior:-

Tasik Erie[sunting | sunting sumber]

Tasik Erie.

Tasik Erie ialah tasik keempat terbesar (dari segi luas permukaan) daripada kelima-lima tasik dalam sistem Tasik-Tasik Besar, sekaligus ke-12 terbesar di dunia.[2] Tasik ini merupakan yang paling kecil (dari segi isipadu), paling cetek dan juga paling selatan di kalangan kumpulan tersebut.[3][4] Ia dikelilingi oleh Wilayah Ontario, Kanada di utara, negeri-negeri Ohio, Pennsylvania dan New York di selatan, manakala Michigan di sebelah barat. Tasik ini dinamakan sedemikian sempena dengan nama puak Erie, sebuah puak asli Amerika yang menetap di sepanjang tebing selatannya.[3]

Tasik Huron[sunting | sunting sumber]

Tasik Huron.

Tasik Huron memiliki isipadu air ketiga terbesar dan luas permukaan kedua terbesar (seluas 59,596 km²) di kalangan kumpulan Tasik-Tasik Besar. Selepas Tasik Victoria di Afrika, tasik ini adalah yang keempat terbesar di dunia.[2] Nama tasik ini diberikan oleh seorang penjelajah Perancis bernama Louis Jolliet bersempena dengan puak asli Huron yang menetap di sekitar persisiran tasik ini.[5] Tasik ini memiliki panjang 332 km, lebar 245 km dan kedalaman maksimum mencecah 230 m.

Tasik Michigan[sunting | sunting sumber]

Tasik Michigan.

Tasik Michigan merupakan satu-satunya tasik di dalam kumpulan Tasik-Tasik Besar yang terletak sepenuhnya di dalam wilayah Amerika Syarikat. Ia dikelilingi, dari barat ke timur, oleh negeri-negeri Wisconsin, Illinois, Indiana dan Michigan. Nama Michigan yang awalnya digunakan untuk merujuk tasik itu, berasal dari sebuah perkataan dalam bahasa Ojibwa, bahasa puak asli Algonquin, yang bermaksud air besar.[6] Tasik ini adalah sedikit besar daripada negara Croatia.

Tasik Ontario[sunting | sunting sumber]

Tasik Ontario.

Tasik Ontario ialah tasik paling kecil (keluasan 19,500 km²) dan paling timur di kalangan Tasik-Tasik Besar. Ia dikelilingi oleh Wilayah Ontario di utara manakala Semenanjung Niagara, Ontario dan negeri New York, Amerika Syarikat dii selatan. Namanya sekarang berasal daripada perkataan bahasa puak Iroquois yang bermaksud tasik cantik.[5] Nama itu kemudiannya digunakan untuk memanggil wilayah Ontario.

Tasik Superior[sunting | sunting sumber]

Tasik Superior.

Tasik Superior merupakan tasik air tawar terbesar di dunia dari segi luas permukaan dengan mencapai keluasan sebanyak 82,414 km².[2] Ia berukuran maksimum 616 km panjang dan 260 km lebar. Kedalaman puratanya ialah 149 m (dengan kedalaman maksimum 406 m) manakala isipadunya berjumlah 12,232 km³. Tasik ini dikelilingi oleh Wilayah Ontario di Kanada dan negeri-negeri Minnesota, Wisconsin dan Michigan di Amerika Syarikat.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Ghassemi, Fereidoun (2007). Inter-basin water transfer. Cambridge, Cambridge University Press, 264. ISBN 0-521-86969-2. 
  2. 2.0 2.1 2.2 "Large Lakes of the World".  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan); Unknown parameter |publischer= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  3. 3.0 3.1 "Lake Erie - Facts and Figures".  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan); Unknown parameter |publischer= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  4. "Erie, Lake".  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan); Unknown parameter |publischer= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  5. 5.0 5.1 Synder, Fred. "The Great Lakes - Still Great By Any Other Names".  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  6. "Great Waters". Superior Watershed Partnership.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)