Tasik Dayang Bunting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tasik Dayang Bunting merupakan sebuah tasik air tawar yang unik , terletak di Pulau Dayang Bunting , berdekatan dengan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Luas tasik ini kira-kira sebesar Kompleks Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dari jauh, tasik ini berwarna hijau dengan latar belakang bukit batu kapur menegak tinggi di hadapannya.

Tasik ini digelar Tasik Dayang Bunting kerana terletak di tepi pantai , kira-kira 500 meter dari tepi laut. Jadi airnya tidak bercampur dengan air laut yang masin. Sebuah jeti telah didirikan di gigi pantai dan tangga-tangga dibina bagi memudahkan pelancong datang ke Tasik Dayang Bunting. Di tepi tasik telah dibina pelantar terapung daripada getah dan plastik, dilengkapi dengan gerai jualan cenderamata, bot kayuh kaki, kayak , jaket keselamatan dan lain-lain.

Pelancong juga boleh bermain dengan ikan-ikan keli di dalam kolam ternakan - satu jenis terapi untuk mereka yang kebas dan lenguh-lenguh kaki. Beberapa buah tandas dan wakaf yang sesuai telah dibina bagi kemudahan para pengunjung . Pelancong dinasihatkan mandi di tasik ini dengan menggunakan jaket keselamatan . Kedalaman tasik ini kira-kira 10 meter - jangan terjun sembarangan.