Tasik Nicaragua
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Tasik Nicaragua | |
|---|---|
| Lokasi | Nicaragua |
| Koordinat | |
| Aliran keluar | Sungai San Juan |
| Kawasan tadahan | 23,844 km² |
| Negara cekungan | Nicaragua |
| Kawasan permukaan | 8,264 km² |
| Kedalaman maksimum | 26 m |
| Isipadu air | 108 km³ |
| Permukaan peninggian | 32 m |
| Pulau | 400+ (Ometepe, Zapatera, Solentiname) |
Tasik Nicaragua atau Cocibolca (Bahasa Sepanyol: Lago de Nicaragua, Lago Cocibolca, Mar Dulce, Gran Lago, Gran Lago Dulce, or Lago de Granada) ialah sebuah tasik air tawar besar di Nicaragua.
Dengan keluasan 8,264 km2 (3,191 batu²), tasik ini menjadi tasik kedua terluas di Amerika Tengah[1] dan ke-21 terluas di dunia. Tasik ini dihubungkan dengan Sungai San Juan ke Laut Caribbean.
Danau yang terletak di bahagian barat daya Nicaragua ini, dulunya adalah sebahagian daripada Laut Caribbean. Di zaman prasejarah danau ini perlahan-lahan terpisah dari laut kerana meningkatnya permukaan tanah. Akibatnya, di tasik itu kini terdapat ikan yu, ikan pedang, ikan tuna, dan berbagai jenis ikan laut yang lain yang kini hidup berdekatan dengan air tawar.
Rujukan [sunting]
- ↑ "Cocibolca (Nicaragua)". LakeNet. http://www.worldlakes.org/lakedetails.asp?lakeid=8934. Capaian 2009-01-14.