Tasik Songkhla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tasik Songkhla
Tasik Songkhla
LokasiSemenanjung Malaysia
Koordinat7°12′N 100°28′EKoordinat: 7°12′N 100°28′E
Negara lembanganThailand
Luas permukaan1,040 km²

Tasik Songkhla (bahasa Thai: ทะเลสาบสงขลา) merupakan tasik terbesar di Thailand, terletak di utara Semenanjung Malaysia di bahagian selatan Thailand. Ia merangkumi kawasan seluas 1,040 km² ia bersempadan dengan jajahan Songkhla dan Phattalung.

Tasik ini terbahagi kepada empat bahagian jelas. Bahagian selatan bertemu membentuk muara seluas 380 m dengan Teluk Thailand di bandar Songkhla, dan mengandungi air payau sekitar separuh kemasinan air laut. Di utara airnya tawar. Di selatan selepas mencerut kepada hanya kelebaran 6 km adalah Thale Luang (782.80 km²), dan akhirnya di bahagian utara antara paya bakau adalah 28 km² Thale Noi kecil. Ciri-ciri paling jelas adalah tambak sepanjang 75 km yang membatasi tasik dengan laut. Tidak sebagaimana tambak lain, ia kemungkinannya terbentuk apabila pulau asal bersambung akibat mendakan oleh tasik sebelumnya.

Sejumlah populasi kecil Irrawaddy Dolphin terdapat di tasik ini, bagaimanapun terancam oleh pencemaran dan penangkapan ikan melampau di tasik ini.

Tanah paya Phru Khuan Khi Sian di Tasik Thale Noi dilindungi sebagai tanah paya Ramsar semenjak 1998. Ia merupakan sebahagian dari kawasan dilarang memburu Thale Noi, diisytihar pada 1975.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wetlands in Thale Noi Wildlife Non-Hunting Area" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-09-11. Dicapai pada 2007-07-13.