Tasik Tanganyika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Tasik Tanganyika

Tasik Tanganyika ialah sebuah tasik besar di tengah Afrika (3° 20' to 8° 48' Selatan dan dari 29° 5' to 31° 15' Timur). Ia dianggarkan sebagai tasik air tawar kedua terbesar di dunia dan tasik kedua yang paling dalam di dunia selepas Tasik Baikal di Siberia. Tasik ini terbahagi kepada empat buah negara iaitu Burundi, Republik Demokratik Congo (RDC), Tanzania dan Zambia, dengan RDC (45%) dan Tanzania (41%) menguasai majoriti tasik berkenaan. Air daripada tasik berkenaan mengalir ke dalam Sungai Congo dan seterusnya ke Lautan Atlantik.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Tasik ini terletak di Lurah Gelinciran Barat di Lembah Lurah Gelinciran Besar. Ia adalah tasik lurah gelinciran terbesar di Afrika dan kedua terbesar bagi kawasan permukaan di benua ini. Ia adalah tasik yang mempunyai kedalaman yang paling tinggi di Afrika dan mengandungi jumlah air tawar yang banyak. Ia terbentang sejauh 673 km di arah utara-selatan dan lebar sebanyak 50 km. Tasik ini meliputi 32,900 km², dengan pinggir tasik seluas 1,828km dan kedalaman maksima sebanyak 1,470 m (4,823 kaki) (di lembangan utara). Suhu permukaan sederhana tasik ini ialah 25 °C dan pH sekitar 8.4.

Pengaliran masuk utama ialah daripada Sungai Ruzizi melalui bahagian utara tasik ini terus dari Tasik Kivu. Manakala bagi Sungai Malagarasi, iaitu sungai kedua paling besar di Tanzania mengalir dari bahagian timur Tasik Tanganyika.

Biologi[sunting | sunting sumber]

Neolamprologus cylindricus: Salah satu spesies ikan di Tasik Tanganyika

Terdapat lebih kurang 250 spesies ikan cichlid dan 150 ikan bukan spesies cichlid, kebanyakannya tinggal di pesisir tasik. Biojisim terbsar ikan ialah di zon pelagik (perairan terbuka) dan kawasan ini didominisasi oleh enam jenis spesies - dua spesies "Sardin Tanganyika" dan empat spesies pemangsa Lates. Hampir semua (98%) spesies cichlid Tanganyika adalah endemik kepada tasik ini.

Spesies-spesies[sunting | sunting sumber]

Industri[sunting | sunting sumber]

Nelayan di Tasik Tanganyika
Pemandangan Tasik Tanganyika dari angkasa lepas, Jun 1985

Ikan-ikan daripada tasik ini menjadi sumber protein utama bagi penduduk tempatan. Buat masa sekarang, terdapat lebih kurang 45,000 orang yang terbabit secara khusus dalam bidang perikanan di tasik ini. Mereka beroperasi di lebih 800 tapak dan lebih kurang 1 juta orang bergantung kepada aktiviti perikanan ini. Ikan-ikan daripada tasik ini juga dieksport ke Afrika Timur. Perikanan komersial bermula pada pertengahan tahun 50-an.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua buah feri yang mengangkut penumpang dan kargo di sepanjang pesisir timur tasik ini - MV Liemba diantara Kigoma dan Mpulungu dan MV Mwongozo, yang beroperasi diantara Kigoma dan Bujumbura.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Orang Eropah pertama yang menemui tasik ini ialah Richard Burton dan John Speke (1858). Mereka menemui tasik ini ketika mencari sumber kepada Sungai Nil. Speke menyambung pencariannya dan menemui sumber berkenaan iaitu Tasik Victoria.

Tasik ini menyaksikan berlakunya dua pertempuran yang terkenal, di bawah pemerintahan pegawai Bitish Geoffrey Spicer-Simson.

Pengrevolusi Argentina, Che Guevara menggunakan Tasik Tanganyika sebagai kem latihan untuk pasukan gerila. Daripada kemnya, Che dan pasukannya cuba untuk menggulingkan kerajaan tetapi terpaksa menarik diri dalam masa kurang daripada satu tahun oleh kerana Agensi Keselamatan Kebangsaan (NAS) mengawasi Che dan pasukan gerilanya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]