Tasik kawah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Segara Anak, tasik kawah yang berada di gunung berapi Rinjani.

Tasik kawah atau danah kawah (crater lake, volcanic lake) ialah takungan air (tasik) yang menutupi permukaan suatu kawah gunung api. Sekitar 12% dari sekitar 700 gunung api yang ada di bumiditutupi oleh air.

Keadaan fizik dan kimia tasik kawah berbeza-beza, bergantung kepada aktiviti gas magma serta interaksi batuan dengan cairan antara permukaan magma dan situasi di bawah permukaan. Perubahan-perubahan pada keadaan tasik menunjukkan perubahan dan kerumitan proses yang terjadi di tasik kerana pelbagai proses fizik dan kimia terjadi dalam waktu yang sama. Tasik kawah berfungsi pula sebagai pengewap panas dan penyaring gas yang keluar dari magma.

Tasik kawah yang menutupi kawah aktif biasanya memiliki pH sangat rendah (0—2) yang membuatkannya berasid dan sangat beracun bagi sebahagian besar makhluk hidup. Warna tasik yang dipengaruhi keluaran gas sulfur (H2S dan SO2) biasanya berwarna hijau cerah. Warna ini dapat berubah menjadi kuning atau putih, bergantung kepada kepekatan gas yang keluar. Gas lain yang dapat dikeluarkan kawah adalah gas klorin, fluorin, CO serta CO2. Komposisi gas-gas yang terlarut atau bertindak balas dengan air dan mineral mengakibatkan perbezaan warna tasik.

Tasik kawah yang dikenali[sunting | sunting sumber]

Tasik Lokasi
Tasik Albano  Itali
Lago de Atitlán  Guatemala
Blue Lake  Australia, Australia Selatan
Tasik Bolsena  Itali
Tasik Bracciano  Itali
Laguna Chicabal  Guatemala
Tasik Crater  Amerika Syarikat, Oregon
Tasik Heaven (Chonji / Tianchi)  Korea Utara /  Republik Rakyat China
Volcán Irazú  Costa Rica
Kapoho Crater  Amerika Syarikat, Hawaii
Gunung Katmai  Amerika Syarikat, Alaska
Rano Kau Chile, Rapa Nui (Pulau Easter)
Kelut  Indonesia
Kerið  Iceland
Tasik Kurile Rusia (Kamchatka)
Tasik Gunng Berapi Medicine  Amerika Syarikat, California
Mashu  Jepun
Tasik Nemi  Itali
Nemrut Turki
Gunung Berapi Newberry  Amerika Syarikat, Oregon
Tasik Nyos  Cameroon
Gunung Pinatubo  Filipina
Rano Raraku Chile, Rapa Nui (Pulau Easter)
Gunung Ruapehu  New Zealand
Tasik Shikotsu  Jepun
Tasik Taal  Filipina
Tasik Taupo  New Zealand
Tazawa  Jepun
Tasik Toba  Indonesia
Towada  Jepun
Tasik Vico  Itali
Tasik Wenchi  Habsyah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]