Tata Motors
| Jenis | Awam (NYSE: TTM) |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1945 |
| Ibu pejabat | Mumbai, India |
| Orang utama | Ratan Tata, Pengerusi |
| Industri | Kereta |
| Produk | Kereta dan enjin |
| Hasil | INR 369.88 bilion (AS$ 9.07 bilion) (2006) |
| Subsidiari | Tata Daewoo Commercial Vehicle |
| Laman web | Tatamotors |
Tata Motors Limited (Bahasa Hindi: टाटा मोटर्स), sebelum ini TELCO (TATA Engineering and Locomotive Company), (NYSE: TTM) - ialah syarikat pengeluaran kereta penumpang dan kenderaan komersil terbesar India. Ia merupakan sebahagian dari Kumpulan Tata. Tata Motors merupakan salah satu pengeluar kenderaan komersil terbesar di dunia dan terkenal dengan kereta hatchbacknya Tata Indica. Ibu pejabatnya terletak di Mumbai, Maharashtra, dan ia mempunyai kilang pengeluaran di Jamshedpur, Lucknow, Pune dan Singur. OICA menempatkannya pada tangga ke-21 dalam senarai pengeluar kenderaan terbesar pada 2006.[1]
Pada 10 Januari 2008, Tata Motors melancarkan kereta terbarunya yang ditunggu-tunggu, Tata Nano, kerana harga Rs 100,000 nya, di Auto Expo 2008 di Pragati Maidan, Delhi.