Tatami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bilik enam-tikar dengan lantai tatami dan shoji.

Tatami ([畳 tatami] Error: {{nihongo}}: text has italic markup (help)), asalnya bermakna "dilipat dan ditimbun", ialah sejenis tikar Jepun yang secara tradisi, diperbuat daripada jerami tenun, tetapi kini kekadang diperbuat daripada busa polistirena. Tatami mempunyai bentuk dan saiz yang seragam, dan tepinya dijahit dengan kain broked atau kain hijau yang tidak bercorak.

Pada asalnya, tatami merupakan barang mewah untuk orang kaya ketika kebanyakan orang mempunyai lantai tanah.


Susun atur dan saiz[sunting | sunting sumber]

Susun atur tipikal untuk bilik 4 1/2 tikar
Susun atur tipikal untuk bilik minum teh 4 1/2 tikar

Terdapat berbagai-bagai peraturan mengenai bilangan dan susun atur tikar tatami; susun atur yang tidak bertuah dikatakan akan membawa nasib malang. Tikar di rumah-rumah harus tidak disusun dalam corak grid dan dalam mana-mana satu susun atur, bilangan sudut tikar yang bertemu tidak boleh melebihi dua.

Di Jepun, saiz bilik biasanya diukur dengan bilangan tikar tatami (-畳 -jō). Ukuran tikar yang tradisional ditetapkan pada saiz 90 sentimeter x 180 sentimeter (1.62 meter persegi), dengan tebal sebanyak 5 sentimeter (35.5 inci x 71 inci x 2 inci). Tikar separuh, dengan ukuran 90 sentimeter x 90 sentimeter (35.5 inci x 35.5 inci) juga dibuat.

Secara tradisi, kedai-kedai direka bentuk dengan saiz 5½ keping tikar (8.91 m²), manakala bilik minum teh dan restoran teh seringnya berukuran 4½ keping tikar (7.29 m²). Oleh sebab saiznya ditetapkan, bilik-bilik dalam binaan Jepun tradisional berukuran gandaan-gandaan 90 sentimeter. Tikar-tikar dari Kyoto dan bahagian-bahagian barat Jepun berukuran 85 sentimeter x 170 sentimeter (1.53 m²; 33.5 inci x 70.5 inci) dan oleh itu, adalah kecil sedikit berbanding dengan tikar-tikar dari Tokyo dan bahagian-bahagian Timur.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Tikar-tikar tatami sering dikaitkan dengan adat istiadat agama dan upacara teh Jepun. Kebanyakan rumah moden di Jepun masih mempunyai sekurang-kurang sebuah bilik tatami, iaitu bilik washitsu.

Tatami juga digunakan untuk perlindungan dalam latihan seni mempertahankan diri, seperti judo. "Omot" tatami, atau lapisan tikar luar yang menyelubungi teras jerambi padi, digunakan dalam latihan tameshigiri, iaitu seni bermain pedang Jepun. Selepas tikar omot tatami digulung dalam bentuk silinder dan direndam dalam air selama beberapa hari, omot tatami itu akan dipotong untuk menguji ketajaman pedang yang baru dibuat atau untuk menguji keupayaan pemain pedang untuk memotong.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pekerja-pekerja lelaki sedang membuat tikar tatami pada lewat 1800-an.

'