Taufan Conson 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taufan Conson (Basyang)
Taufan (skala JMA)
Taufan kategori 1 (SSHWS)
Ribut tropika kencang Conson menghampiri daratan di Luzon
Terbentuk11 Julai 2010
Reda18 Julai 2010
Angin terkuat10 minit berterusan: 130 km/j (80 bpj)
1 minit berterusan: 150 km/j (90 bpj)
Tekanan terendah970 hPa (mbar); 28.64 inHg
Kematian80 maut, 99 hilang
Kerosakan$77.8 juta (2010 USD)
Kawasan terjejasFilipina, China, Vietnam dan Laos
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2010

Taufan Conson 2010 (nama antarabangsa: 1002, nama JTWC: 03W, nama PAGASA: Basyang) ialah siklon tropika pertama dalam musim taufan Pasifik 2010 yang melanda Filipina. Ia terbentuk pada 11 Julai 2010 di Lautan Pasifik dan segera bergerak ke barat menuju kepulauan Filipina. Conson melanda wilayah Quezon dan memasuki Laut China Selatan. Pada 16 Julai ia menghampiri pulau Hainan di China dan keespkan harinya melanda Hanoi, Vietnam, di mana ia reda.

Conson telah membawa hujan lebat di Filipina yang menyebabkan banjir, dan membunuh sekurang-kurangnya 76 orang dan 72 lagi dilaporkan hilang.[1] Bekalan elektrik terputus. Perjalanan kereta api komuter di tengah bandar raya yang membawa 1.3 juta penumpang tergendala. 20 penerbangan dibatalkan 18 ditangguhkan. 4500 penumpang tergendala di pelabuhan Manila, Batangas, Laguna, Quezon dan Cavite. Di China pula, dua orang dilaporkan terbunuh secara langsung. Wilayah Hainan teruk terjejas oleh taufan dengan kerugian ¥500 juta (AS$73.8 juta) akibat kemusnahan. Manakala di Vietnam, sekurang-kurangnya dua orang disahkan maut dan 17 lagi masih tidak dapat dikesan.

'Conson' adalah nama sebuah gunung di Vietnam yang termasuk dalam senarai taufan Pasifik.[2]

Persediaan[sunting | sunting sumber]

Ketua Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA), Prisco Nilo memberi amaran taufan Conson semakin hampir membadai pulau Luzon dan pulau Catanduanes dan ke Laut China Selatan. Amaran dikeluarkan kepada seluruh bandar raya Manila dan hampir 30 wilayah di Luzon, yang didiami separuh daripada 92 juta penduduk Filipina.[3] Persediaan hendaklah dilakukan untuk banjir kilat dan tanah runtuh.

Reaksi dan tindakan[sunting | sunting sumber]

Presiden Filipina Benigno Aquino mahu sistem amaran diperkenalkan kepada bot nelayan. PAGASA juga ditegur kerana silap meramalkan laluan Conson, menyebabkan para penduduk yang terbabit tidak bersedia.[4]

Perbandingan[sunting | sunting sumber]

  • Taufan Ketsana membawa hujan lebat luar biasa di seluruh Manila pada Ogos 2009 mengakibatkan banjir besar. 40,000 buah rumah habis musnah.
  • Taufan Parma yang memusnahkan keseluruhan Luzon. 1,000 nyawa terkorban. Dua ribut itu turut menjejaskan 9.3 juta penduduk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Situation Report No. 17 Typhoon Basyang (Conson)" (PDF). National Disaster Coordinating Council. 19 Julai 2010.
  2. ^ Typhoon Kills 8 in Philippines; Manila Without Power Business Week
  3. ^ Taufan Cosnon bakal melanda Filipina Utusan Online
  4. ^ "Aquino reprimands PAGASA at Typhoon Basyang briefing". GMA News. 2010-07-14.