Taufan Dean 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taufan Dean
Kategori 5  (SSHS)
Dean 2007 1525z aug 18.jpg

Dean 2007 1525z aug 18.jpg
Pembentukan 13 Ogos 2007
Pelesapan 23 Ogos 2007
Angin
165 mph (270 km/h) (1-minit kekal)
Tekanan
paling rendah
906 mbar (hPa)
Kemusnahan $3.8 bilion
Kematian 39 langsung, 3 tidak langsung
Kawasan
terganggu
Kepulauan Windward (Saint Lucia, Martinique dan Dominica), Kepulauan Leeward, Puerto Rico Republik Dominica, Haiti, Jamaica, Kepulauan Cayman, Belize, Nicaragua, Mexico tengah
Sebahagian daripada
Musim Taufan Lautan Atlantik 2007

Angin taufan Dean mengganas di pulau-pulau sekitar Laut Caribbean terutama sekali Jamaica, Semenanjung Yucatan, Mexico. Taufan ini bergerak dari Lautan Atlantik menuju ke Laut Caribbean sehingga ke Mexico di barat. Berapa negara pulau menjadi mangsa tiupan angin kencang ini. 42 nyawa terkorban akibat taufan gergasi ini dan kerugian harta ditafsir berjumlah antara $1.9 bilion hingga $3 bilion. Selepas merentas Semenanjung Yucatan, Dean merentasi Teluk Campeche dan sampai di Tecolutla, Mexico sebelum melesap.

Kemusnahan[sunting | sunting sumber]

Jamaica[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Ogos 2007 amaran tentang taufan Dean telah dikeluarkan kepada penduduk Jamaica agar siap siaga. Perdana Menteri Jamaica Portia Simpson-Miler mengadakan mesyuarat tergempar. Banduan dari beberapa penjara telah dipindahkan agar mereka tidak terperangkap sebagaimana 'Banjir Katrina'. Kempen parti politik tidak dibenarkan agar segala tumpuan diberi kepada operasi menyelamat dan pemindahan sahaja.

Perintah berkurung dikeluarkan agar tidak ada yang ambil kesempatan untuk mencuri, memecah masuk ke pasar raya , hotel dan rumah kediaman. Semua polis, bomba, tentera tidak dibenarkan bercuti. Mereka yang sedang bercuti dipanggil semula untuk kembali bekerja. Amerika Syarikat mengumumkan akan memberi segala bantuan yang diperlukan.

Lebih 1000 institusi perguruan dan gereja telah ditukar kepada tempat perlindungan kecemasan. Kadar jenayah terutama pecah rumah dan kecurian dijangka meningkat.

Cuba[sunting | sunting sumber]

Cuba turut bersedia menghadapi taufan Dean terutama di Camagüey dan Teluk Guantánamo. Sekolah dan dewan milik kerajaan ditukar menjadi tempat perlindungan mangsa taufan Dean.

Bandar yang dijangka teruk dibadai taufan Dean ialah Ciego de Ávila, Sancti Spíritus, Cienfuegos, Matanzas, dan Isla de la Juventud.Seramai 150,000 telah dipindahkan dari enam wilayah timur. Semua aktiviti pelancongan digantung.

Pulau Cayman[sunting | sunting sumber]

Penerbangan keluar dari Kepulauan Cayman ditambah bagi membawa keluar semua pelancong. Pelancong tidak lagi dibenarkan masuk demi keselamatan mereka. Arahan diberikan oleh Gabenor Stuart Jack.

Mexico[sunting | sunting sumber]

Perintah darurat dikeluarkan di Mexico terutama di bandar Cancún, Playa del Carmen, Tulum , Chetumal , pulau Cozumel, Isla Mujeres dan Holbox. 2500 pelancong dipindahkan dari pulau Holbox. Setakat ini ada 80,000 pelancong di Mexico. 20,000 paket makanan telah disediakan yang akan diedarkan kepada mangsa taufan Dean ini.

Semenanjung Yucatan , Chetumal dan San Felipe turut menjadi mangsa Taufan Dean. Pelancong meninggalkan pantai-pantai di Mayan Riviera yang popular kepada pelancong. Semenanjung Yucatan pula terkenal dengan kesan-kesan purba tamadun Maya.

Di sini juga terdapat pelantar minyak di luar pantai. Syarikat petroleum kebangsaan milik Mexico iaitu Petroleos de Mexico (Pemex) menyatakan terdapat 14,000 pekerjanya di sekitar Teluk Mexico termasuk di medan minyak Cantarell.

Belize[sunting | sunting sumber]

Pantai di Belize turut bersiap sedia menghadapi taufan Dean ini. Jawatankuasa khas telah ditubuhkan di di Caye Caulker dan Ambergris Caye bagi memindahkan penduduk dengan bot-bot dan kapal terbang. Pelancong menjadi keutamaan untuk diselamatkan.

Pelantar minyak[sunting | sunting sumber]

Syarikat Transocean telah memindahkan 11 pekerja dari pelantar minyak kecuali pekerja penting. Pengeluaran minyak dikurangkan atau dihentikan buat sementara sehingga taufan Dean reda. Pelantar minyak ini terletak di 260 km di tenggara New Orleans.

Syarikat Shell mempunyai 275 orang pekerja di atas kapal ekplorasi dan pelantar minyak. Seramai 188 telah dipindahkan berikutan Taufan Erin.

Lebih 10,300 tong petroleum mentah dan 11 juta kaki padu gas dikeluarkan setiap hari dari Teluk Mexico dan sekitarnya.

Syarikat Pemex iaitu dimiliki oleh Mexico bersiapsedia menghadapi angin kencang ini. 13,360 pekerja kilang bersedia untuk dipindahkan dan kilang akan ditutup .140 pelantar minyak akan ditutup . Semua pekerja akan dipindahkan menggunakan 55 buah kapal dan 29 buah helikopter.

Pulau-pulau lain[sunting | sunting sumber]

  • Di pulau kecil Saint Lucia, angin kencang telah menerbangkan bumbung rumah dan sebuah wad pediatrik Hospital St Lucia ranap .
  • Di pulau Dominica pula, tebing bukit runtuh dan memusnahkan sebuah rumah di bawahnya.
  • Di pulau Martinique , seorang warga emas 90 tahun mati mengejut akibat serangan jantung kerana Taufan Dean melanda. Pulau ini masih dikuasai oleh penjajah Perancis.

Mexico[sunting | sunting sumber]

Dean tiba di Semenanjung Yuacatan pada 08:30 UTC, dan melanda bandar-bandar Cancun, Cozumel dan Chetumal. Chetumal dilaporkan mengalami kemusnahan yang serius.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]