Taufan Gustav

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taufan Gustav
hurricane kategori 4 (SSHS)
Gustav menghampiri kekuatan maksimumnya ketika mendekati selatan Cuba

Gustav menghampiri kekuatan maksimumnya ketika mendekati selatan Cuba
Terbentuk 25 Ogos 2008
Reda 4 September 2008
Kelajuan maksimum
angin
150 bsj (240 km/j)
(Purata 1 minit)
Tekanan terendah 941 mbar (hPa; 27.8 inHg)
Kematian 101 langsung, 37 tidak langsung
Kerosakan Sekurang-kurangnya $8.3 bilion (Nilai USD tahun 2008)
Kawasan
terjejas
Republik Dominika, Haiti, Jamaika, Kepulauan Cayman, Cuba, Florida, Louisiana, Mississippi, Alabama, Arkansas
Sebahagian daripada
Musim taufan Atlantik 2008

Taufan Gustav (disebut /ˈgʊstɑːv/) ialah siklon tropika ketujuh, taufan ketiga dan taufan utama kedua pada musim taufan Atlantik 2008. Taufan Gustav telah mengakibatkan kemusnahan dan kematian serius di Haiti, Republik Dominika, Jamaika, Kepulauan Cayman, Cuba, dan Amerika Syarikat. Gustav menyebabkan kerosakan bernilai sekurang-kurangnya $8.3 bilion (2008 USD).[1] Gustav triggered the largest evacuation in United States history. Lebih 3 juta orang melarikan diri dari taufan ini.[2]

Taufan Gustav mula terbentuk pada waktu pagi 25 Ogos 2008, kira-kira 260 batu (420 km) di tenggara Port-au-Prince, Haiti, lalu cepat berkembang menjadi ribut tropika pada waktu tengahari sebelum menjadi hurikan pada awal 26 Ogos. Pada hari itu taufan ini melanda pekan Jacmel di Haiti. Pada 1 September, 97 kematian (termasuk 12 kanak-kanak) dilaporkan diakibatkan taufan Gustav di A.S. dan rantau Caribbean.[3][4]

Pada 31 Ogos, NHC meramalkan kebarangkalian bahawa taufan Gustav akan kekal pada Kategori 3 ke atas adalah 81% pada 1 September, tetapi pada jam 0930 CDT (1430 UTC) hari keesokannya, taufan Gustav melanda Amerika Syarikat sepanjang pantai Louisiana berhampiran Cocodrie dalam bentuk taufan Kategori 2 yang kuat (1 bsj di bawah Kategori 3), sebelum jatuh ke Kategori 1 empat jam kemudian.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jindal,, Landrieu Urge Congress Aid For Hurricanes Gustav, Ike, BayouBuzz.com
  2. Largest evacuation in US history, MSN News
  3. Weissert, Will. "Gustav swells to dangerous Cat 3 storm off Cuba". The Associated Press. Diperoleh pada 2008-08-30. 
  4. "Hurricane Gustav reaches Category 4 as it nears Cuba". CNN.com. Diperoleh pada 2008-08-30. 
  5. Bevan (2008-09-01). "Hurricane GUSTAV Forecast Discussion". National Hurricane Center. Diperoleh pada 2008-09-01.