Taufan Neoguri (2014)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Neoguri T
Neoguri Jul 08 2014 0500Z.jpg
Imej satelit

JTWC wp0814.gif
Jejak ribut
Status ribut terkini
Taufan (JMA)
Status ribut terkini
Taufan kategori 2 (purata seminit)
Pada: 18:00 UTC, July 8
Lokasi: 28.9°N 125.8°E
About 322 nmi (596 km; 371 bt) SW of Sasebo, Japan
Laju angin: 70 knot (130 km/j; 80 bsj) angin berterusan (purata 10 min)
95 knot (175 km/j; 110 bsj) angin berterusan (purata seminit)
deruan angin 100 knot (185 km/j; 115 bsj)
Tekanan: 960 hPa (28.35 inHg)
Pergerakan: N at 12 kn (22 km/j; 14 mph)

Taufan Neoguri (atau Taufan Florita di Filipina) dilaporkan berlaku pada 7 Julai 2014 di pesisir pantai pulau-pulau Okinawa , Jepun iaitu di Barat Laut Lautan Pasifik. Kelajuan angin sehingga 250 km sejam. Taufan ini dikesan sejak 30 Jun 2014 di Chuuk. Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran kepada 50,000 penduduk di puau-pulau Miyako . Pangkalan Tentera Laut Amerika di pulau Okinawa dalam keadaan siap sedia untuk dipindahkan ekoran taufan itu. Gelombang ombak mencapai 14 meter itu mengingatkan semula kenangan bencana pada 2011.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Julai 2014, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Neoguri di 1,995km ke timur laut Kudat, Sabah. Taufan itu yang dikesan pada Latitud 21.9 Utara dan Longitud 127 Timur bergerak ke arah barat laut dari lokasi berkenaan dengan anggaran kelajuan 25km sejam. Akibatnya angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter, dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Miri, Kudat dan Labuan. Amaran kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.[perlu rujukan]

Jepun[sunting | sunting sumber]

Di Okinawa, 5 orang dilaporkan terbunuh manakala 45 lagi cedera dalam berbagai-bagai kejadian.[1][2] Manakala di laut, seorang lelaki mati lemas di persisiran Shikoku selepas kapalnya terbalik akibat ombak besar.[3]

Di wilayah Okinawa, Nagano dan Kagoshima, dilaprkan sekitar 10,300 kejadian keputusan bekalan kuasa terjadi. Tiga bangunan di Nagano and Okinawa hancur musnah dan lapan lagi rosak teruk. Keseluruhannya, 19 bangunan rosak di wilayah Okinawa.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Typhoon Neoguri kills 5 in Japan". Dicapai pada 10 Julai 2014.
  2. ^ "Typhoon 'Neoguri' in Japan: five people dead, about 45 wounded". Dicapai pada 10 Julai 2014.
  3. ^ Jacob Adelman (9 Julai 2014). "Japan City Evacuates 90,000 as Typhoon Nears Kyushu". Bloomberg. Dicapai pada 9 Julai 2014.
  4. ^ "台風・大雨 全国で2人死亡42人けが". NHK NEWSWeb (dalam bahasa Jepun). Japan Broadcasting Corporation. 9 Julai 2014. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)