Taufan Nesat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taufan Nesat (Pedring)
Taufan (JMA)
Taufan kategori 3 (SSHS)
Taufan Nesat di Laut China Selatan pada 28 September

Taufan Nesat di Laut China Selatan pada 28 September
Terbentuk 23 September 2011
Reda 30 September 2011
Kelajuan maksimum
angin
150 km/j (90 bsj)
(Purata 10 minit)
195 km/j (120 bsj)
(Purata 1 minit)
Tekanan terendah 950 hPa (mbar)
Kematian 82 maut, 27 hilang
Kerosakan $1.104 bilion (Nilai USD tahun 2011)
Kawasan
terjejas
Filipina, China, Hong Kong, Macau, Vietnam
Sebahagian daripada
Musim taufan Pasifik 2011

Taufan Nesat (nama antarabangsa: 1117, nama PAGASA: Fedring, nama JTWC: 20W) adalah siklon tropika yang paling kuat melanda China sejak 2005,[1] dan terbesar di Filipina pada 2011. Ia adalah ribut ke-17, ribut tropika yang ke-11 teruk, taufan ke-8 musim taufan Pasifik 2011 dan secara keseluruhan, siklon tropika ke-30 yang dipantau oleh Agensi Meteorologi Jepun pada tahun ini. Setakat ini ia telah mengambil sekurang-kurangnya 82 nyawa.[2][3]

Nesat datang tepat dua tahun selepas Taufan Ketsana, taufan yang paling dahsyat dalam musim taufan Pasifik 2009 dengan kerosakan AS$ 1.09 bilion dan 747 kematian di Filipina.[4] Ia kemudian diikuti dengan segera oleh Taufan Nalgae.

Maklumat ribut[sunting | sunting sumber]

Pada jam 15:40 UTC 27 September 2011, Taufan Nesat berada di sekitar 30 batu nautika 16,7 ° Utara 118,5 ° Timur , kira-kira 180 nmi (330 km 210 km) barat laut Manila , Filipina . Kelajuan angin maksimum ialah 65 knot (120 km / h, 75 mph), hingga hingga 95 knot (176 km / h, 109 mph). Tekanan pusat minimum adalah 970 mbar ( hPa ; 28,64 InHg ), dan sistem bergerak ke Barat pada 11 knot (20 km / h, 13 mph).

Pada petang 21 September 2011, kawasan tekanan rendah menuju ke tenggara Palau . Kemudian memnentuk perolakan di sekelilingnya.Kemudian pada 24 September ,JMA menamakan rinbut / taufan / angin ini sebagai Nesat.Suhu permukaan laut mulanya sedikit kurang daripada yang dijangka dan Nesat tidak mampu mengukuhkan dengan cepat. Tapi kemudian kelajuan angin Nesat kepada 75 knot (139 km / h, 86 mph).

Pada awal 27 September, Taufan Nesat sampai ke Filipina di Luzon dengan kelajuan berterusan angin 1-min maksimum 105 knot (194 km/j; 121 bsj). Ia seterusnya melanda Hainan, China pada 29 September dan kemudian Vietnam sebelum melemah menjadi ribut tropika. ANgin ekor Nesat turut menjejaskan Sabah, Malaysia.

Pantai Filipina[sunting | sunting sumber]

Pada 26 September ,imej pada satelit meteorologi menunjukkan Nesat berada di kedudukan kira-kira 225 batu nautika (417 km; 259 km) timur laut Manila, Filipina .Kerajaan Filipina mengarahkan pemindahan penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan rendah, penerbangan dibatalkan dan persekolahan digantung pada semua peringkat. Pada pagi 26 September, kira-kira 111,000 orang di kawasan-kawasan yang sering berlaku banjir diperintahkan untuk meninggalkan rumah masing -masing. Hampir 63 penerbangan tergendala atau dibatalkan kerana ribut. Wilayah Sembilan, Catanduanes dan Camarines diletakkan di bawah amaran 2 .Masbate, Marinduque, Batangas, Pampanga dan kebanyakan wilayah Luzon Utara telah diletakkan di bawah amaran ribut 1.

Sehingga 27 September, seramai 16 maut akibat taufan Nesan.Ombak setinggi pokok kelapa sawit menghempas tepi pantai.Teluk Manila mengalami banjir pasling buruk dalam beberapa dekat.

Taufan pada 2009 dua tahun lalu, membunuh 500 orang selepas hujan selama 12 jam . Kira-kira 20 ribut dan taufan membadai pantai Filipina.[5]

Pada 28 September 2011, seramai 20 orang telah mati akibat taufan Nesat. Bilangan orang "terjejas" mencapai 171.570 di 22 provinsi, dengan hampir 53.000 dipindahkan ke pusat pemindahan.Ketua pengurusan bencana alam, Benito Ramos berkata kepada pemberita di Manila.Filipina merupakan merupakan pembeli beras terbesar di Asia Tenggara dan dunia. Tuaian padi tempatan meningkat 14.4 peratus kepada 7,577 juta tan pada separuh pertama dan akan meningkat 6.2 peratus kepada 9,72 juta tan pada separuh masa kedua.Wilayah-wilayah di pulau Luzon mewakili separuh daripada jumlah sawah padi, menurut Biro Perangkaan Pertanian. Agensi pertanian menilai kerosakan tanaman padi seluruh Filipina yang boleh menjurus kepada inflasi. Pesawah padi amat berharap agar matahari akan menyinar semula.

Kira-kira 189,000 pelanggan / pengguna elektrik dari Manila Electric Co. terjejas. Keseluruhan pengguna ialah 4.9 juta pelanggan. [6]

Nesat di Hainan[sunting | sunting sumber]

Taufan Nesat juga membadai pantai di pulau Hainan, milik China.

Nesat di Sabah[sunting | sunting sumber]

Sekitar 15,000 pengguna di pantai Sabah turut terjejas akibat taufan Nesat.Penduduk kampung di pantai Tanjung Aru, Putatan dan Petagas dikejutkan dengan angin yang kuat. Abdul Malik Tussin selaku Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah memaklumkan kelajuan angin sekitar 98 kmp , iaitu dari selatan Filipina. Kesan angin ini dijangka sehingga 1 Oktober 2011 dan mengancam penduduk di daerah Kudat dan pulau Labuan.Ia menjejaskan aktiviti perkapalan seperti nelayan dan perkhidmatan feri.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Typhoon Nesat triggers flooding in SW China". Xinhua News Agency. Diperoleh pada 2 Oktober 2011. 
  2. "SitRep No. 17 re Effects of Typhoon PEDRING (NESAT)". National Disaster Risk Reduction and Management Council. Diperoleh pada 3 Oktober 2011. 
  3. Death toll from Philippine typhoons hits 101 Star Publications. 9 Oktober 2011.
  4. "Evacuations as typhoon nears Philippines". AFP. Google News. Diarkibkan daripada asal pada 23 February 2014. Diperoleh pada 26 September 2011. 
  5. http://news.yahoo.com/pounding-typhoon-rains-flood-philippine-capital-121701829.html
  6. Typhoon Nesat Kills 20 in Philippines, to Hurt Rice Harvest
  7. Tail winds from Nesat wreak havoc in Sabah