Taufiq Kiemas
| Rencana ini ialah mengenai orang yang baru sahaja meninggal dunia. Maklumat mungkin berubah mengikut perkembangan terkini. |
Taufiq Kiemas (lahir 31 Disember 1942, di Jakarta, Indonesia, meninggal dunia 8 Jun 2013 di Singapura) adalah Ketua Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) Indonesia sejak 2009-2013. Dia adalah anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia tempoh 2009-2014 dari Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) untuk Daerah Pemilihan Jawa Barat II. Dalam kerjaya di PDI-P, dia adalah ahli Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia (GMNI),[1] iaitu cabang pertubuhan pemuda nasionalis PDI-P. dia pun menjawat Ketua MPR-RI tahun 2009 sampai dia meninggal dunia.
Kedua-dua orang tua Taufiq Kiemas adalah dari keturunan Sumatera. Ayahnya Tjik Agus Kiemas adalah seorang guru di Palembang, Sumatera Selatan,[1] sementara ibunya Hamzathoen Roesyda berasal dari Tanah Datar, Sumatera Barat. Gelar adatnya iaitu Datuk Basa Batuah, yang diterimanya daripada masyarakat Minangkabau Batusangkar, Sumatera Barat.[2]
Taufiq Kiemas adalah suami kepada Megawati Sukarnoputri, mantan presiden Indonesia ke-5.
Rujukan[sunting]
- ↑ 1.0 1.1 Amri, Arfi Bambani, Sang Ayah Menangis Taufiq Masuk GMNI, 20 Februari 2009, VIVAnews. Diakses 11 Jun 2010.
- ↑ Taufik dan Mega Diberi Gelar oleh Masyarakat Minang, Harian Umum Pelita. Diakses 11 Jun 2010.