Tawau FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tawau FM
BandarTawau
Kawasan penyiaran
SloganPilihan Anda
Frekuensi100.1 MHz
Tarikh siaran pertama15 Februari 1964; 60 tahun yang lalu (1964-02-15)
BahasaMelayu
Pemilik
Saluran kembarPerlis FM
Kedah FM
Langkawi FM
Mutiara FM
Perak FM
Kelantan FM
Terengganu FM
Pahang FM
Selangor FM
KL FM
Negeri FM
Melaka FM
Johor FM
Sarawak FM
Red FM
Wai FM
Miri FM
Labuan FM
Sabah FM
Sabah V FM
Sandakan FM
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/TAWAUFM
Tapak webtawaufm.rtm.gov.my

Tawau FM merupakan salah satu stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Slogannya ialah Pilihan Anda.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah siaran radio di Tawau bermula pada 15 Februari 1964 apabila siapnya pembinaan stesen pemancar radio di Tawau berikutan perkembangan siaran radio di Sabah yang bermula pada tahun 1939. Pada masa tersebut fungsi stesen pemancar radio di Tawau hanya sebagai medium siaran rancangan-rancangan radio yang disiarkan dari Kota Kinabalu. Selaras dengan perkembangan pesat radio serta permintaan masyarakat setempat, pada 31 Ogos 1987 stesen pemancar radio Tawau mempunyai siarannya sendiri dan bermula dari saat itu berkumandanglah siaran Radio Malaysia Tawau menerusi Gelombang Sederhana (MW) 747 Kilohertz. Memandangkan siaran menerusi MW 747 KHz hanya dapat diikuti di beberapa kawasan sahaja dan kemunculan siaran FM Stereo yang lebih jelas, maka pada 26 Ogos 2003 siaran Tawau FM telah dinaik taraf kepada FM Stereo menerusi frekuensi 100.1 Megahertz dengan kekuatan 1 Kilo Watt yang dapat didengar di seluruh Tawau termasuk Semporna, Kunak, Lahad Datu, dan sebahagian kawasan di negara jiran.

Waktu Siaran[sunting | sunting sumber]

Saluran radio itu mula bersiaran dari jam 5:50 pagi hingga jam 7:00 malam setiap hari.

Semasa saluran radio itu tamat siaran dari 7:00 malam hingga 5:50 pagi MYT setiap hari; Simulcast stesen radio Melayu RTM Sabah FM dan RTM Nasional FM dibawakan selepas sign-off. termasuk siaran solat Jumaat akan disiarkan oleh Sabah FM di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
88.3 MHz Semporna Bukit Kemiri
93.6 MHz Lahad Datu Gunung Silam
99.1 MHz Felda Sahabat Felda Sahabat
100.1 MHz Tawau Gunung Andrassy