Taylor Swift
| Taylor Swift | |
|---|---|
Swift membuat persembahan semasa Speak Now Tour di Australia pada 2012 |
|
| Latar belakang | |
| Nama lahir | Taylor Alison Swift |
| Kelahiran | 13 Disember 1989 (23 tahun) Reading, Pennsylvania, A.S. |
| Genre | Country pop |
| Pekerjaan | Penyanyi, Penulis lagu, Pelakon |
| Instrumen | Vokal, Gitar, Gitar banjo, Piano, Ukelele |
| Tahun aktif | 2006–kini |
| Label | Big Machine |
| Laman web | TaylorSwift.com |
Taylor Alison Swift (lahir pada 13 Disember 1989) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau dibesarkan di Wyomissing, Pennsylvania dan berpindah ke Nashville, Tennessee semasa berumur 14 tahun untuk mengejar kerjaya dalam bidang muzik country. Beliau telah menandatangani kontrak bersama label syarikat rakaman persendirian Big Machine Records dan menjadi penulis lagu termuda yang pernah bekerja di bawah penerbitan Sony/ATV Music. Pengeluaran album sulung dengan nama beliau pada tahun 2006 telah mengukuhkan kedudukannya sebagai bintang muzik country. "Our Song" telah menjadi single ketiga beliau yang menjadikannya penyanyi termuda yang menulis dan membuat persembahan secara bersendirian yang berkedudukan nombor satu pada carta country. Beliau juga pernah menerima pencalonan Artis Baru Terbaik pada Anugerah Grammy 2008.