Tcl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tcl
Tcl.svg
Paradigma berbilang paradigma: berorientasi objek, kefungsian, bertatacara, pacuan peristiwa
Muncul pada 1988
Direka oleh John Ousterhout
Pembangun John Ousterhout
Lepasan stabil 8.5 (Disember 20, 2007)
Disiplin penjenisan Dinamik, segalanya boleh dikira sebagai rentetan
Pelaksanaan utama ActiveTcl
Laman web www.tcl.tk

Tcl ( Tool Command Language, sering ditulis "Tcl" berbanding "TCL" dan disebut ticle) adalah salah satu bahasa pengaturcaraan. Ia dicipta oleh John Ousterhout.

Pentafsir yang biasa untuk Tcl adalah tclsh.

Sintaks[sunting | sunting sumber]

Sintaks asas dalam Tcl[sunting | sunting sumber]

Sintaksnya berupa seperti perkataan bahasa Inggeris yang disingkatkan. Skripnya terdiri daripada beberapa arahan. Arahan adalah beberapa perkataan yang dipisahkan dengan ruang kosong.

 kata1 kata2 kata3 ... kataN

Perkataan pertama adalah nama kepada perintah (bergantung kepada pengatur cara) manakala yang selebihnya adalah argumen-argumen.

 namaPerintah arg1 arg2 ... argN 

Sebagai contoh,

set x 14

mempunyai 2 argumen.

Simbol-simbol dengan tujuannya dalam Tcl[sunting | sunting sumber]

Simbol Kegunaan
\ Mengelakkan ruang kosong daripada memisahkan argumen
[] Sebagai sub-arahan
; Memberi isyarat permulaan arahan baru
# Memberi isyarat yang barisan tersebut adalah komen
$ Bertindak sebagai alamat untuk sesuatu pembolehubah untuk penggantian masuk
""
atau
{}
  • Mengkelompokkan argumen
  • Perbezaan "" dengan {}
  1. "" membenarkan penggantian masuk dalam mengkelompokkan argumen,manakala {} sebaliknya.
  2. {} boleh diletak berdekatan manakala "" tidak boleh.

Tatacara dalam TCL[sunting | sunting sumber]

Tatacara adalah arahan-arahan dalam TCL. Ia boleh disamakan dengan fungsi dalam C. Tatacara ditulis seperti berikut:

 proc namaTatacara {arg1 arg2 ... argn} {
    #arahan-arahan diletakkan di sini
 }

Cara pemanggilan tatacara di dalam skrip TCL adalah seperti berikut:

 namaTatacara arg1 arg2 ... argn

Tatacara boleh juga menerima argumen yang merupakan tatacara yang lain. Contoh:

 tatacara1 [tatacara2 arg1 arg2 ... argn]

Atur cara "Indahnya Dunia!"[sunting | sunting sumber]

Skrip:

  1. puts "Indahnya Dunia!"
    
  2. puts {Indahnya Dunia!}
    

Kedua-dua skrip 1 dan 2 akan hasilkan yang berikut:

 Indahnya Dunia!

Menggunakan tatacara untuk atur cara "Indahnya Dunia!"

proc indahDunia {} {
   set ayat "Indahnya Dunia!"
   puts $ayat
}
 
indahDunia


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Bahasa pengaturcaraan (senarai penuh, perbandingan, glosari)
ALGOL | APL | Ada | BASIC| C | C++ | C# | COBOL | Common Lisp | Eiffel | FORTH | Fortran | Haskell | Java | JavaScript | Jython | LISP | LOGO | Mesa | Modula-2 | Oberon | OCaml | Objective-C | Perl | PHP | Prolog | PL/I | Pascal | PostScript | Python | Ruby | Scheme | Smalltalk | SQL | Tcl | Visual Basic