Technicolor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kad tajuk kartun Donald Duck dengan perakuan "in Technicolor". Pada 1930-an dan 1940-an, filem kartun AS banyak dihasilkan dalam Technicolor.

Technicolor ialah cap dagang untuk serantaian proses filem warna yang dirintis oleh Technicolor Motion Picture Corporation (anak syarikat Technicolor, Inc.), kini sebahagian Technicolor SA. Biarpun merupakan proses filem warna utama yang kedua selepas Kinemacolor dari Britain, namun Technicolor adalah proses wayang gambar berwarna yang paling laris digunakan di Hollywood dari tahun 1922 hingga 1952. Technicolor menjadi terkenal dan terampil kerana tahap-tahap warna yang tepu, serta banyak digunakan untuk penggambaran filem muzikal (seperti The Wizard of Oz dan Singin' in the Rain), filem berkostum (seperti The Adventures of Robin Hood dan Joan of Arc),tidak lupa filem animasi (seperti Snow White and the Seven Dwarfs dan Fantasia), ataupun filem noir seperti Leave Her to Heaven.

Technicolor Motion Picture Corporation ditubuhkan di Boston pada tahun 1914 (diperbadankan di Maine pada tahun 1915) oleh Herbert Kalmus, Daniel Frost Comstock, dan W. Burton Wescott.[1] Dalam nama syarikat adanya "Tech" yang diilhamkan dari Institut Teknologi Massachusetts, di mana Kalmus menerima ijazah sarjana mudanya, kemudian bertugas sebagai pengajar di situ.[2] Technicolor, Inc. dipiagamkan di Delaware pada tahun 1921.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "What? Color in the Movies Again?" Fortune, Oktober 1934.
  2. http://www.hollywoodreporter.com/hr/search/article_display.jsp?vnu_content_id=1000902888
  3. "$1,000,000 Company Will Color Movies", The New York Times, September 21, 1922, p. 1.
  4. "Technicol.-Prizma Controversy", The Wall Street Journal, Dec. 7, 1922, p. 12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]