Teka-teki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Teka-teki ialah penyataan atau soalan yang mempunyai pembayang-pembayang tertentu yang bertujuan untuk menduga akal seseorang. Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau kelakar.

Jenis-jenis teka-teki[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai jenis teka-teki yang wujud dalam dunia ini. Berikut hanyalah sebahagian daripada jenis-jenis teka-teki tersebut :-

Teka-teki tradisional Melayu[sunting | sunting sumber]

Teka-teki tradisional Melayu terkandung dalam bahagian puisi Melayu. Teka-teki jenis ini mempunyai 4 baris rangkap pantun dengan rima "abab". Contoh teka-teki tradisional Melayu ialah :-

"Akulah bola tergantung tinggi,
Menjadi pujaan seekor burung;
Apabila aku tiada lagi,
Gelap gelita hidup pun murung."

Jawapan : Bulan

Teka-teki tradisional Melayu tersebut adalah berdasarkan kepada salah satu peribahasa Melayu iaitu "pungguk rindukan bulan".

Teka-teki biasa[sunting | sunting sumber]

Teka-teki biasa mempunyai jawapan yang logik dan relevan dengan kehendak soalan teka-teki itu. Contoh teka-teki biasa :-

"Ada 3 orang dalam sebuah kapal laut; seorang nabi, seorang maharaja dan seorang hamba abdi. Kapal laut itu pun tenggelam. Antara ketiga-tiga orang tersebut, yang mana satu meninggal dunia?"

Jawapan : Hamba abdi

Hamba abdi sahaja yang meninggal dunia. Ini kerana maharaja mangkat dan nabi wafat. Maharaja dan nabi tidak memerlukan istilah "meninggal dunia".



kambing mati , diikat dikayu mati , dipukul mati-mati,apakah bendanya?


jawapa:gendang

Teka-teki gurauan[sunting | sunting sumber]

Teka-teki gurauan ialah teka-teki yang bertujuan untuk bergurau sahaja dan kebiasaannya teka-teki jenis ini mempunyai jawapan yang tidak relevan dengan kehendak soalan teka-teki itu. Contoh teka-teki gurauan ialah :-

"2 darab 2 jadi 4. 4 tolak 1 jadi 3. Jika seminggu ada 7 hari, siapakah bapa Aminah?"

Jawapan : Seorang lelaki

Teka-teki jenis ini tidak begitu menarik dan kadang-kadang boleh mendatangkan kebosanan atau kemarahan.