Teknologi Yunani Purba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari



Teknologi Yunani Purba berkembang maju pada kadar yang tidak pernah berlaku dahulu semasa abad ke-5 SM, dan berterusan sehingga zaman Rom dan selepasnya. Ciptaan yang dianggap dihasilkan oleh Yunani Purba termasuklah gear, skru, pengisar putar, penekan skru, teknik acuan gangsa, jam air, organ air, tarbil kilasan dan cubaan menggunakan wap untuk menggerakkan mesin dan mainan. Kebanyakan ciptaan ini berlaku di akhir zaman Yunani, sering kali diilhamkan oleh keperluan untuk menambah baik senjata dan taktik dalam peperangan. Bagaimanapun, kegunaan aman ditunjukkan dengan kemajuan awal kincir air, suatu alat yang mengalami eksploitasi lanjut besar-besaran oleh orang Rom. Mereka turut memajukan pensurveian dan matematik ke tahap tinggi, dan banyak kemajuan mereka diterbitkan oleh ahli falsafah seperti Archimedes dan Hero.

Rekaan[sunting | sunting sumber]

Mekanisme Antikythera (pecahan utama)
Skema mekanisme artefak

Teknologi air[sunting | sunting sumber]

Sumber air adalah antara sumbangan terpenting tamadunYunani purba kepada banyak teknologi moden. Banyak bidang yang bergantung kepada sumber air, terutama di kawasan bandar, seperti penerokaan/penggunaan air bawah tanah, kerja-kerja perpaipan untuk bekalan air, sistem kumbahan, penghalang banjir dan saliran air hujan, air pancut, air mandi dan kemudahan sanitari lain, serta air untuk tujuan rekreasi.[1]

Perlombongan[sunting | sunting sumber]

Orang Yunani membangunkan lombong-lombong perak dengan meluas di Laurium, dan keuntungannya digunakan untuk menampung pertumbuhan Athen sebagai sebuah bandar dan negeri. Bijih-bijih yang dilombong dari dalam tanah dibasuh dan kemudiannya dileburkan untuk menghasilkan logam perak asli. Tempat-tempat membasuh bijih ini,yang cantik dihias, masih wujud. Ia dilengkapi tangki-tangki yang mengumpul air hujan atau salji ketika musim sejuk.

Teknologi[sunting | sunting sumber]

Kegagalan orang Yunani untuk mengembangkan teknologi mereka kadang kala dikaitkan dengan kemudahan untuk mendapatkan buruh yang melenyapkan keperluan kepada sistem buruh yang teratur. Namun, di Mesir, buruh di sana tidak menjejaskan pembangunan teknologi Mesir. Penjelasan yang lebih diterima pakai adalah sikap orang Yunani terhadap para buruh amat menjengkelkan. Mereka memandang hina pada buruh kasar, dan sesiapa yang cuba mengaplikasikan sains terhadap kerja-kerja buruh kasar akan hilang statusnya di mata ramai. Hal ini menyebabkan tiada insentif-insentif untuk mencari pembaharuan (inovasi) dalam teknologi. Namun satu lorong aqueduct yang canggih yang dibina pada abad ke-6 BC oleh jurutera Eupalinos di Samos telah memberi pandangan baru terhadap skil kejuruteraan orang Yunani.

Tiang dari Artemision, Ephesos

Teknologi Yunani Purba[sunting | sunting sumber]

Teknologi Tarikh Komen
Cartography sekitar 600 SM Almagasi tersebar pertama peta geografi dicipta oleh Anaximander.
Kren sekitar 515 SM Alat penjimat tenaga yang membenarkan pekerjaan kumpulan kecil dan bekerja efisien pada tempat pembinaan. Kemudian roda ditambah untuk kerja-kerja berat.
Kunci tumbler sekitar abad ke-5 SM The tumbler lock, as well as other varieties, was introduced to Greece in the 5th century BC.
Gears sekitar abad ke-3 SM Developed further than in prehistoric times for a variety of practical purposes.
Plumbing sekitar abad ke-5 SM Excavations at Olympus as well as Athens have revealed extensive plumbing systems for baths and fountains as well as for personal use.
Rutway sekitar 600 SM The 6 to 8.5 km long Diolkos represented a rudimentary form of railway.[2]
Urban planning sekitar abad ke-5 SM Miletus is one of the first known towns in the world to have a grid like plan for residential and public areas. It accomplished this feat through a variety of related innovations in areas such as surveying.
Crossbow sekitar abad ke-5 SM The Greeks made use of a handheld crossbow called the gastraphetes.
Central heating sekitar 350 SM Great Temple of Ephesus was warmed by heated air that was circulated through flues laid in the floor.
Lighthouse sekitar abad ke-3 SM The Lighthouse of Alexandria was designed by Sostratus of Cnidus.
Astrolabe sekitar 300 SM First used around 200 B.C. by astronomers in Greece. Used to determine the altitude of objects in the sky.
Odometer sekitar abad ke-3 SM Odometer, a device used in the late Hellenistic time and by Romans for indicating distance traveled by a vehicle was invented sometime in the 3rd century BC. Some historians attribute it to Archimedes, others to Hero of Alexandria. It helped revolutionize the building of roads and travelling by them by accurately measuring distance and being able to illustrate this with a milestone.
Meriam sekitar abad ke-3 SM Ctesibius dari Alexandria mencipta sebuah bentuk meriam primitif, dioperasi oleh tekanan angin.
Levers ca. 260 SM First described about 260 BC by the ancient Greek mathematician Archimedes. Although used in prehistoric times, they were first put to practical use for more developed technologies in Ancient Greece.
Dry dock sekitar 200 SM Dicipta di Mesir Ptolemaik sesetengah waktu selepas kematian Ptolemy IV Philopator (bertahta 221-204 SM) dirakam oleh Athenaeus dari Naucratis.
Angin dan pam air sekitar abad ke-2 SM Ctesibius and various other Greeks of Alexandria of the period developed and put to practical use various air and water pumps which served a variety of purposes, such as a water organ.
Peralatan surveying sekitar abad ke-2 SM Various records relating to mentions of surveying tools have been discovered, mostly in Alexandrian sources, these greatly helped the development of the precision of Roman Aqueducts.
Komputer analog ca. 150 SM Lihat pula mekanisma Antikythera
Pintu otomatik ca. 1st century BC Hero of Alexandria, a first century BC inventor from Alexandria, Egypt, created automatic doors for a temple with the aid of water pumps.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Angelakis, A. N., and D. Koutsoyiannis, Urban water engineering and management in ancient Greece, The Encyclopedia of Water Science, edited by B. A. Stewart and T. Howell, 999-1007, Dekker, New York, 2003.
  2. Lewis, M. J. T., "Railways in the Greek and Roman world", in Guy, A. / Rees, J. (eds), Early Railways. A Selection of Papers from the First International Early Railways Conference (2001), pp. 8-19 (8 & 15)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Lewis, M. J. T., "Railways in the Greek and Roman world", in Guy, A. / Rees, J. (eds), Early Railways. A Selection of Papers from the First International Early Railways Conference (2001), pp. 8-19 (10-15)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Techhistory