Teksi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Teksi-teksi merah putih berbaris untuk menunggu penumpang di KL Sentral.
Teksi-teksi kuning pada waktu puncak di Midtown, Manhattan.

Teksi ialah sejenis kenderaan sewa yang dipandu oleh seorang drebar untuk mengangkut seorang atau sebilangan kecil penumpang, ke destinasi pilihan mereka, berbeza sekali dengan pengangkutan awam lain yang mana lokasi turun naik ditetapkan oleh pengendali perkhidmatan, bukannya penumpang.

Istilah teksi berasal daripada istilah taxicab, iaitu singkatan taximeter cab yang dicipta oleh Harry N. Allen, yang mengimport kereta teksi pertama ke Bandaraya New York dari Perancis. Perkataan cab ialah singkatan untuk cabriolet, iaitu sejenis kereta kuda.

Selain itu, taximeter diadaptasi dari perkataan Perancis taximètre, yang diterbitkan dari taxameter dalam bahasa Jerman, yang berasal dari Bahasa Latin Pertengahan iaitu taxa yang bererti 'cukai', digabungkan dengan perkataan meter dari metron dalam bahasa Yunani yang bermaksud 'ukuran'.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ford Falcon Australia Teksi digambarkan di Memorial Perang Australia di Canberra , Australia

Sistem pengangkutan terawal yang seumpama teksi moden bermula di Paris dan London pada awal abad ke-17, iaitu dalam bentuk kereta kuda yang boleh disewa. Kerajaan yang memerintah kota-kota tersebut mengawal bilangan kereta tersebut.

Pada tahun 1891, Wilhelm Bruhn dari Jerman mencipta meter teksi (peranti mekanik/elektronik yang menghitung tambang teksi), sekaligus melahirkan konsep teksi moden. Kereta teksi bermeter moden pertama ialah Daimler Victoria binaan Gottlieb Daimler pada tahun 1897; pada tahun ini juga dibukanya syarikat teksi bermotor pertama di Stuttgart.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "taximeter", The American Heritage® Dictionary of the English Language: Fourth Edition, Bartleby, 2000

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]