Teksi motosikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang pengusaha ojek (teksi motosikal) di hentian teksi motosikal di Indonesia.
Teksi motosikal di Bangkok, Thailand. Para pengusahanya diwajibkan memakai pakaian seragam berwarna jingga.

Teksi motosikal atau ojek [o-jék] (di Indonesia) merupakan satu bentuk pengangkutan awam berlesen yang menggunakan motosikal atau basikal sebagai pengangkutan sewaan membonceng seorang penumpang sahaja dalam satu-satu masa. Kaedah pengangkutan ini popular di Indonesia, India, Kemboja dan Thailand berikutan keadaan trafik yang sesak serta lambakan motosikal kapcai yang murah di sana, biasanya menggunakan motosikal keluaran Honda, Yamaha dan Suzuki.

Ojek banyak digunakan oleh penduduk kota-kota besar seperti di Jakarta, karena kelebihannya dengan angkutan lain yaitu lebih cepat dan dapat melewati sela-sela kesesakan lalu lintas di kota serta dapat menjangkau daerah-daerah dengan laluan yang sempit dan sulit dilalui oleh mobil. Biasanya mereka mangkal di persimpangan jalan yang ramai, atau di jalan masuk kawasan permukiman.

Pengendalian[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti teksi kereta, teksi motosikal berupaya untuk mencelah di jalan-jalan sibuk sebagaimana motosikal biasa. Pengusaha teksi motosikal lazimnya memiliki motosikal sendiri untuk dijadikan sebagai teksi. Untuk membolehkan teksi motosikal berupaya untuk membawa muatan barang, pengusaha lazimnya akan memasang bakul serta kotak simpanan. Pengusaha juga perlu menyediakan topi keledar tambahan untuk kegunaan penumpang.

Teksi motosikal biasanya tidak dipasang meter; oleh itu, bakal penumpang perlu tawar-menawar dengan pengusaha bagi memperoleh tambang yang munasabah. Pengangkutan ini juga seringkalinya tidak diakui pemerintah dan tidak ada izin untuk pengoperasiannya.[1]

Kelaziman mengikut negara[sunting | sunting sumber]

Di Indonesia[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1969 di pedesaan Jawa Tengah, kenderaan ini lazim digunakan karena kondisi jalan desa yang rusak parah dan tidak dapat dilalui oleh kereta mobil.[2] Sementara pada tahun 1970 di Jakarta, ojek sepeda digunakan di Pelabuhan Tanjung Priok karena adanya larangan becak, bemo, maupun kendaraan lain masuk ke dalam area pelabuhan.[2][3]

Pada saat yang sama, pengojek di Jawa Tengah mulai beralih menggunakan sepeda motor sebagai kendaraan yang digunakan.[2] Pada tahun 1974, pemodal dari Jakarta membuka usaha ojek motor di Ancol yang saat itu langsung menarik minat banyak penumpang.[2]

Banyak syarikat rintisan seperti Gojek,[4] Grab[5] dan Uber mengambil peluang daripada potensi pengangkutan ini sebagai suatu platform memperkenalkan inovasi yang memudahkan para penggunanya lalu dapat mengembangkan pemerusahaan sejauh

Di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia telah wujud motorsikal sewa sekitar tahun 1960an-1990an terutamanya kawasan luar bandar. PASINJIL adalah panggilan motorsikal teksi di Sungai Besar, Selangor yang merupakan dalam bahasa Banjar diwujudkan dari perkataan Inggeris Passenger.

Hairulresources adalah sebuah entiti yang akan melancarkan perkhidmatan Pasinjil dalam Q4 2016.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kemenhub Tak Atur Ojek sebagai Angkutan Umum Resmi". Kompas.com. 28 Ogos2015. Dicapai pada 20 September 2016. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b c d "Mengorek Sejarah Ojek". Historia.id. 6 Februari 2015. Dicapai pada 20 September 2016.
  3. ^ "Melihat Sejarah Ojek Sebelum Gojek". CNN Indonesia. 6 Ogos 2015. Dicapai pada 20 September 2016.
  4. ^ Lee, Yoolim (4 Agustus 2016). "Go-Jek Raises Over $550 Million in KKR, Warburg-Led Round". Bloomberg. Dicapai pada 25 Agustus 2016. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  5. ^ "GrabTaxi's motorcycle service rides into its third city, offers free rides in Jakarta". Tech in Asia. 20 Mei 2015. Dicapai pada 20 September 2016.