Telegram Zimmermann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Telegram Zimmermann merupakan telegram yang dihantar oleh Setiausaha Asing Empayar Jerman, Arthur Zimmermann, pada 16 Januari 1917, kepada duta Jerman di Mexico, Heinrich von Eckardt, pada kemuncak Perang Dunia I. Ia mengarah duta Jerman agar menghubungi kerajaan Mexico dengan cadangan untuk membentuk pakatan menentang Amerika Syarikat. Ia berjaya dipintas dan dinyahsulit oleh Britain dan kandungannya mempercepatkan penyertaan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia I.

Telegram[sunting | sunting sumber]

Telegram, dinyahpersulitan dan diterjemah.

Perutusan Zimmermann termasuk cadangan bagi pakatan Jerman dengan Mexico, sementara Jerman akan mengekalkan keadaan berkecuali dengan Amerika Syarikat. Sekiranya polisi ini gagal, nota itu mencadangkan kerajaan Mexico menyertai matlamat yang sama dengan Jerman, cuba memujuk kerajaan Jepun untuk menyertai pakatan baru itu, dan menyerang A.S. Jerman bagi dirinya akan menjanjikan bantuan kewangan dan pengembalian jajahan asal Texas, New Mexico dan Arizona kepada Mexico (ketiga-tiganya dirampas daripada Mexico dalam Perang Mexico-Amerika 1846-1848).

Jawapan Mexico[sunting | sunting sumber]

Kemudian, seorang jeneral ditugaskan oleh presiden Mexico, Venustiano Carranza, menilai keupayaan sebenar Mexico merampas kembali bekas jajahan mereka dan memutuskan bahawa ia tidak mungkin berjaya. Merampas kembali tiga negeri ini hampir pasti menyebabkan masalah di masa hadapan, dan kemungkinannya peperangan dengan Amerika Syarikat; Mexico juga tidak mampu menangani sejumlah besar penduduk Inggeris dalam sempadannya; dan Jerman tidak mungkin mampu membekalkan senjata yang diperlukan dalam ketegangan yang pasti timbul. Carranza menolak cadangan Zimmermann pada 14 April, ketika mana Amerika Syarikat telah mengistiharkan peperangan terhadap Jerman.

Pintasan oleh pihak British[sunting | sunting sumber]

Telegram sebagaimana dinyah enkrip oleh British Naval Intelligence codebreakers. Perkataan Arizona tidak terdapat dalam buku kod Jerman dan dengan itu dipecahkan kepada bahagian kecil.

Telegram ini dipintas dan nyah enkrip cukup bagi mendapatkan isipatinya oleh penyah kod Nigel de Grey dan William Montgomery dari unit Perisikan Tentera laut British, Bilik 40, dibawah kelolaan Laksamana William R. Hall. Ini dapat dilakukan kerana kod Pejabat Asing (Foreign Office) gunakan (0075) telah dinyah kod sebahagian daripadanya menggunakan, antara teknik lain, perutusan teks biasa yang dipintas dan buku kod cipher (cypher) versi lebih awal yang dirampas daripada Wilhelm Wassmuss, agen Jerman yang berkhidmat di Timur Tengah.

Kerajaan British, yang mahu membongkar telegram yang menunjuk kesalahan, berhadapan dengan masaalah: sekiranya telegram sebenar ditunjukkan, pihak Jerman akan mengsyaki bahawa kod bereka telah terbongkar; dan sekiranya tidak, ia kehilangan peluang baik bagi menarik Amerika Syarikat kedalam Perang Dunia I – perutusan itu dihantar semasa perasaan anti-Jerman di Amerika Syarikat sedang meningkat tinggi, akibat kehilangan sekitar dua ratus nyawa rakyat Amerika Syarikat akibat serangan kapal selam Jerman.

Terdapat masaaalah lanjut juga — mereka tidak boleh terus menunjukkannya secara langsung kepada kerajaan Amerika Syarikat juga. Kerana perutusan itu dianggap penting, ia telah dihantar dari Berlin kepada duta Jerman di Washington, Johann von Bernstorff, bagi penghantaran lanjut kepada duta mereka di Mexico, von Eckardt, melalui tiga laluan berlainan. Pihak British hanya mendapatkannya melalui salah satu dari ini — Pihak Amerika telah membenarkan Jerman capaian kepada telegraf diplomat persendirian mereka sebagi usaha keamanan President Wilson. Pihak Jerman tidak bimbang menggunakannya kerana perutusan itu dienkrip dan kerana atas prinsis Amerika Syarikat yang tidak membaca perhubungan duta negara lain maupun mempunyai keupayaan memecahkan kod sebagaimana dimiliki British. Kebel telegraf dihantar dari kedutaan US di Berlin ke Copenhagen dan kemudiannya melalui kabel komunikasi bawah lauh ke Amerika Syarikat melalui British (di mana ia diawasi). Bagi pihak British untuk mendedahkan sumber telegram kepada Amerika Syarikat turut juga mengakui kepada kerajaan Amerika bahawa mereka memintas komunikasi duta Amerika.

Penyelesaian British[sunting | sunting sumber]

Telegram Zimmermann sebagaimana dihantar dari kedutaan Jerman di Washington ke Mexico. Setiap perkataan dienkrip kepada nombor empat digit, menggunakan buku kod.

Kerajaan Britain meneka bahawa Kedutaan Jerman di Washington, D.C. akan menghantar perutusan ke kedutaan di Mexico melalui sistem telegraf perdagangan dan dengan itu salinan akan wujud di pejabat telegraf awam di Kota Mexico. Sekiranya mereka dapat satu salinan, mereka boleh memberikannya kepada kerajaan Amerika Syarikat dengan mengatakan bahawa mereka menjumpainya melalui pengintipan di Mexico. Dengan itu, mereka menghubungi agen British di Mexico, dikenali sebagai Mr. H., yang berjaya mendapatkan satu salinan. Pemecah kod British amat gembira apabila mendapati perutusan tersebut telah dihantar melalui kedutaan Jerman di Washington ke Mexico menggunakan ciper lebih lama dalam buku kod Wassmuss dan dengan itu boleh dinyah enkrip sepenuhnya — kemungkinannya kerana kedutaan Jerman di Mexico tidak mempunyai buku kod terbaru.

Telegram itu dihantar oleh Laksamana Hall kepada Perdana Menteri Hal Ehwal Luar Britain, Arthur James Balfour, yang kemudiannya menghubungi duta A.S di Britain, Walter Page dan menghantar telegram tersebut kepadanya pada 23 Februari. Dua hari kemudian dia menyerahkan kepada Presiden Woodrow Wilson.

Kesan di Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Perasaan kebanyakan rakyat Amerika pada masa itu pada umumnya anti-Mexico sebagaimana ia anti-Jerman. Jeneral John J. Pershing telah lama mengejar revolusi Pancho Villa, yang telah melakukan beberapa serangan menyeberangi sempadan. Ini membebankan kerajaan Amerika dan Wilson lebih kepada menghentikan pencarian ini sehingga pilihan raya baru dilaksanakan di Mexico, kerajaan baru dilantik, dan perlembagaan baru dirumuskan (persidangan perlembagaan, yang akan menerima pakai Perlembagaan Mexico 1917, sedang berlangsung ketika itu). Berita mengenai telegram itu memburukkan keadaan tegang antara Amerika Syarikat dengan Mexico, kerana perjanjian seperti itu, sekiranya berlaku, akan menghalang perlantikan kerajaan baru Mexico yang lebih condong kepada kepentingan Amerika.

Pada 1 March, kerajaan Amerika Syarikat memberikan teks jelas telegram itu kepada akhbar. Pada awalnya orang ramai di Amerika Syarikat mempercayai bahawa telegram itu adalah palsu yang dirancang bagi mengheret mereka ke dalam peperangan di sebelah pihak Berikat. Pendapat ini dikuatkan oleh duta Jerman, Mexico, Jepun dan oleh pelobi pasif Amerika dan pro-Jerman, yang kesemuanya mengutuk telegram tersebut sebagai palsu.

Ucapan Arthur Zimmermann[sunting | sunting sumber]

Dalam tindakan yang tidak dijangka, Zimmermann mengesahkan kesahihan telegram tersebut pada 3 Mac, dan sekali lagi dalam ucapan pada 29 Mac, 1917. Ucapan yang bertujuan menjelaskan pendapatnya mengenai situasi itu. Dia memulakan dengan bahawa dia tidak menulis surat kepada Carranza tetapi telah memberikan arahan kepada duta Jerman melalui "laluan yang apa kelihatan kepadanya sebagai jalan selamat".

Dia turut berkata bahawa disebalik serangan kapal selam, dia tetap berharap bahawa pihak Amerika Syarikat akan kekal berkecuali. Cadangannya kepada kerajaan Mexico hanyalah akan dilaksanakan sekiranya Amerika Syarikat mengistiharkan perang dan dia percaya bahawa arahannya sebagai "amat taat berkenaan Amerika Syarikat". Malah, dia menyalahkan Presiden Wilson kerana memutuskan hubungan dengan Jerman "dengan begitu kasar" selepas telegram itu dipintas dan dengan itu duta Jerman "tidak lagi mempunyai peluang bagi menjelaskan kedudukan Jerman, dan bahawa kerajaan Amerika Syarikat telah menolak untuk berunding.".

Terdapat bunyi kejujuran dalam ucapan tersebut kerana Zimmerman mempunyai peluang bagi memikirkan semula kesan telegram tersebut dan kesannya dalam tempoh itu, tetapi dia masih bersedia mempertahankan buah fikiran asalnya. Bagaimanapun, ia turut menunjukkan bahawa dia diberi gambaran yang amat salah mengenai kekuatan sebenar Amerika Syarikat berbanding dengan jiran selatannya; tetapi itu adalah kesilapan perkhidmatan perisikan Jerman.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Room 40: British Naval Intelligence, 1914-1918, by Patrick Beesly. New York: Harcourt, Brace, Jovanovich, 1982 ISBN 0-15-178634-8
  • On Secret Service East of Constantinople, by Peter Hopkirk. Oxford University Press, 1994 ISBN 0-19-280230-5
  • The Zimmermann Telegram, by Barbara W. Tuchman, Ballantine Books, 1958 ISBN 0-345-32425-0
  • The Zimmermann Telegram of January 16 1917 and its Cryptographic Background by William F. Friedman and Charles J. Mendelsohn: . War Department, Office of the Chief Signal Officer, Washington, GPO, 1938
  • 'Telegram that brought US into Great War is Found' London Daily Telegraph, 17 October 2005. Article by Ben Fenton