Telekom Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
TM (Telekom Malaysia) Bhd
Jenis Awam
Industri Telekomunikasi
Ditubuhkan Dikorporatkan 12 Oktober 1984
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama Dato' Zamzamzairani Mohd Isa, Kumpulan CEO
Produk Perkhidmatan Telekomunikasi
Hasil RM17.84 bilion (USD5.46 bilion) (2007)
Pekerja 30,000 Groupwide
Laman web www.tm.com.my

Telekom Malaysia Berhad (TM, MYX: 4863) merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TMTouch.

TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx. Oleh sebab hampir memonopoli[perlu rujukan] kesemua perkhidmatan perhubungan pengguna akhir, TMNet juga merupakan satu-satunya penyumbang jalur lebar DSL broadband di negara ini[perlu rujukan]. Meskipun ia mempunyai ramai pelanggan, TM Net menghadapi kritikan pengguna yang amat lantang, terutamanya aduan mengenai perkhidmatan kurang memuaskan dan pengurusan pelanggan yang tidak tentu arah.[perlu rujukan]

Isi kandungan

Syarikat-syarikat dikawal oleh TM dan subsidari-subsidari dimiliki sepenuhnya [sunting]

Ibu pejabat korporat TM di Kuala Lumpur

TM mempunyai sebuah jumlah syarikat terbanyak dalam kawalan di dalam dan di luar Malaysia. Melalui cabang pelaburan TM International Sdn Bhd, TM telah membeli dan mengawal beberapa telekom permulaan yang mana kebanyakannya berada di kedudukan terdekat dengan rantau negara.

Subsidari tempatan [sunting]

Subsidari luar negara [sunting]

  • MobileOne (Singapura)
  • XL (Indonesia)
  • Dialog Telekom (Sri Lanka)
  • Aktel (Bangladesh)
  • Multinet Pakistan
  • Cambodia Samart Communication Co. Ltd.
  • Spice Telecom (India)

Pengasingan [sunting]

Pada 28 September 2007, TM telah mengumumkan satu pembaharuan iaitu penstrukturan semula syarikatnya, Pengasingan antara talian tetap dan talian mudah alih kepada dua syarikat berlainan: "FixedCo" dan "RegionCo". FixedCo akan menguruskan talian tetap, membekalkan Internet dan lain-lain perniagaan sampingan. RegionCo akan menguruskan Celcom dan semua operasi antarabangsa. Latihan pengasingan telah dijadualkan dan tamat pada 2008 dan keduanya FixedCo dan RegionCo akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada Jun 2008.[1][2]

Pada 10 Disember 2007, TM mengumumkan dividen khas bernilai RM 1.6 bilion untuk pemegang sahamnya. Fixed Co. ditubuhkan selepas pengasingan tersebut bertanggungjawab ke atas polisi dividen minimum RM 700 juta atau 90% daripada keuntungan.[3]

Pada 11 April 2008, Telekom Malaysia mengumumkan iaitu TM International akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 April 2008.[4]

Penggabungan [sunting]

Pada 1 April 2009, salah sebuah anak syarikat TM iaitu VADS Berhad telah digabungkan dengan bahagian TM Retail menjadi TM Enterprise

Sejarah [sunting]

Sebelumnya ia adalah sebuah badan kerajaan, namun Jabatan Telekom Malaysia diperbadankan dan diswastakan pada 12 Oktober 1984 dan ia dikenali sebagai Syarikat Telekom Malaysia Berhad. TM telah disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 9 September 1990.

Stesen Satelit Bumi dan Ibu Sawat TM [sunting]

Terdapat lebih dari tujuh buah stesen satelit bumi dan ibu sawat

Mercu tanda TM terkenal [sunting]

TM juga terkenal dengan mercu tanda yang terkemuka;

[sunting]

Rujukan [sunting]

Pautan luar [sunting]