Television Broadcasts Limited

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Television Broadcasts Limited
Cina Tradisional:

電視廣播有限公司

Cina Ringkas:

电视广播有限公司

Television Broadcasts Limited
Jenis Awam SEHK: 0511,Templat:OTCBB
Industri Penyiaran televisyen
Ditubuhkan Broadcast Drive, Kowloon, Hong Kong (1967)
Ibu pejabat 77 Chun Choi Street
Tseung Kwan O Industrial Estate;
New Territories, Hong Kong
Perancang utama Sir Run Run Shaw
Produk TVB Jade, TVB Pearl, TVBI, TVB Pay Vision, TVBS, TVBcom Limited, TVB magazine, dll.
Hasil HK$4.18 bilion (2005-2006)
Pekerja 4519 (Disember 2005)
Laman web http://www.tvb.com

Television Broadcasts Limited (SEHK: 0511,Templat:OTCBB), dikenali ramai sebagai TVB, ialah stesen televisyen komersial ke udara percuma yang terulung di Hong Kong. Sejak memulakan penyiaran pada 19 November 1967,[1] TVB ialah satu daripada dua buah penyiar TV percuma di wilayah bekas jajahan British ini, di samping musuh ketatnya iaitu aTV.[2]

Am[sunting | sunting sumber]

TVB merupakan penyiar televisyen percuma (FTA) yang pertama di Hong Kong. Ketika memulakan penyiaran dahulu, TVB sering dipanggil "Televisyen Tanpa Talian" (Bahasa Cina: 無綫電視) agar dibezakan dari satu-satunya penyiar televisyen kabel ketika itu, iaitu Rediffusion Television. Meskipun kini terdapat lebih daripada satu TV 'tanpa dawai' (yang satu lagi ialah aTV, pewaris Rediffusion Television), TVB masih dikenali sebagai "Televisyen Tanpa Dawai".

TVB merupakan penerbit rancangan bahasa Cina komersial yang terbesar, dilengkapi kakitangan sebanyak lebih kurang 4,500 orang, termasuk kira-kira 500 artis kontrak serta kakitangan di anak syarikat luar negeri. Pengerusi syarikat masa kini ialah Sir Run Run Shaw.[2]

TVB memiliki dua saluran percuma analog di Hong Kong, iaitu TVB Jade (tertumpu pada bahan berbahasa Kantonis) dan TVB Pearl (tertumpu pada bahan berbahasa Inggeris dan asing). TVB Jade menikmati bahagian pasaran penonton terbesar di Hong Kong. TVB turut melancarkan perkhidmatan televisyen terestrial digitalnya secara beransur-ansur, termasuk saluran definisi tinggi 24 jam iaitu HD Jade dan 2 saluran definisi biasa (J2 dan Interactive Information Channel)[3][4] TVB menerima guna H.264/MPEG-4 AVC sebagai kodek bagi semua saluran baru (Saluran siaran serentak turut dikodkan dalam format MPEG-2).[5] Selain itu, TVB menyediakan 12 saluran TV berbayar melalui syarikat sekutunya, TVB Pay Vision Limited.

TVB turut mencapai masyarakat Cina seberang laut melalui pengedaran bahan-bahan terbitannya ke tempat-tempat seperti Tanah Besar China, Taiwan, Macau, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Thailand, Malaysia, dan Singapura, melalui pelbagai saluran percuma mahupun berbayar, misalnya Astro Wah Lai Toi di Malaysia.[6] Di Taiwan, TVB beroperasi melalui anak syarikatnya TVBS.

Siri-siri dramanya disambut hangat di peringkat antarabangsa, dan kebanyakan bintang filem dan pop Hong Kong melancarkan kerjaya mereka di TVB. Acara-acara khas TVB seperti Sambutan Ulang Tahun TVB tahunan dipancarkan ke seluruh bumi. TVB juga mengadakan rancangan pencarian bakat seperti peraduan ratu cantik Miss Hong Kong dan Miss Chinese International. Peserta yang berjaya berpeluang ditawarkan kontrak TVB dan mewakili Hong Kong untuk menyertai peraduan ratu cantik peringkat antarabangsa, termasuklah Miss World.

Pusat Penyiaran TVB City

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

邵逸夫) – G.B.M. (Pengerusi Eksekutif)

方逸華) – (Timbalan Pengerusi dan Pemangku Pengarah Pengurusan)

陳志雲) – (Pengurus Besar)

樂易玲) – (Pegawai Eksekutif Pengurusan Artis)

Saluran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Syarikat ini mendaftar pada 26 Julai 1965 C.R. No:0011781(Television Broadcasts Limited)—The Cyber Search Centre of the Integrated Companies Registry Information System
  2. 2.0 2.1 "Corporate Information". Television Broadcasts Limited. 2006. Diperoleh pada 2007-06-14. 
  3. "Television Broadcasts Limited Provides Hong Kong's One-and-Only Free 24-Hour High Definition Channel". TVB. 12/12/2007. Diperoleh pada 2007-12-12. 
  4. "Picture imperfect". The Standard. 11/06/2007. Diperoleh pada 11/06/2007. 
  5. OFTA, HKSAR Government (4/6/07). "Technical Standard for Digital Terrestrial Television Broadcasting - Statement of the Telecommunications Authority". HKSAR Government. Diperoleh pada 4/6/07. 
  6. "Corporate Info". TVBI Company Limited. 2007. Diperoleh pada 11/06/2007. 

Pinyin translated with CozyChinese.COM

Pautan luar[sunting | sunting sumber]