Televisyen kabel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kabel sepaksi sering digunakan untuk memancarkan TV kabel ke rumah.

Televisyen kabel ialah sejenis sistem penyediaan televisyen ke pengguna melalui isyarat frekuensi radio yang dipancarkan ke set televisyen melalui gentian optik atau kabel sepaksi tetap, dibandingkan dengan kaedah "ke udara" dalam penyiaran televisyen tradisi (melalui gelombang radio) yang memerlukan antena televisyen. Selain rancangan televisyen, rangkaian TV kabel juga boleh menyalurkan rancangan radio FM, Internet berkelajuan tinggi, telefoni dan perkhidmatan bukan televisyen seumpamanya.

Singkatan CATV selalu dianggap sebagai singkatan "Cable TV", tetapi asalnya bermaksud Community Antenna Television, iaitu asal-usul TV kabel pada tahun 1948: di tempat-tempat yang sukar menerima isyarat dari udara kerana kawasan bergunung-ganang, "antena komuniti" besar dipasang, dan disambung kabel ke rumah-rumah.

Televisyen kabel paling meluas di Amerika Utara, Eropah, Australia dan Asia Timur, bahkan juga boleh didapati di kebanyakan negara lain, terutamanya di Amerika Selatan dan Timur Tengah. Televisyen kabel kurang berjaya di benua Afrika, kerana pemasangan kabel di kawasan yang tidak padat penduduknya tidak cekap dari segi kos, namun "kabel wayarles" atau sistem berasaskan gelombang mikro digunakan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]