Telipok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Telipok
Deretan Kedai Baharu Pekan Telipok
Deretan Kedai Baharu Pekan Telipok
Etimologi: Bunga Teratai
Telipok is located in Bumi
Telipok
Telipok (Bumi)
Koordinat: 6°05′N 116°12′E / 6.083°N 116.200°E / 6.083; 116.200Koordinat: 6°05′N 116°12′E / 6.083°N 116.200°E / 6.083; 116.200
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahKota Kinabalu
Pentadbiran
 • BadanDewan Bandaraya Kota Kinabalu
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah432
 Populasi di sekitar Telipok.
Zon waktuMalaysian Standard Time
Kod kawasan088
Tamu MingguanKhamis

Telipok merupakan sebuah pekan yang terletak kira-kira 15 kilometer ke utara bandar Kota Kinabalu, Pantai Barat Sabah, Malaysia. Pekan ini terletak dibawah pengelolaan dan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan merupakan sub-daerah di bandar Kota Kinabalu. Ia juga merupakan sebahagian kepada rancangan pembangunan bandar Kota Kinabalu atau sebahagian kepada kawasan metropolitan iaitu terletak berhampiran Taman Industri Kota Kinabalu, dan terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar Menggatal, Sepanggar, dan Tuaran juga di negeri Sabah, Malaysia. Kampung yang terdekat dengan pekan Telipok ialah Kampung Maruah Sumagid dan juga Kampung Masjid (Yang kini sudah tiada kerana tanah dibeli oleh KKIP). Majoriti penduduk sekitar kawasan Telipok ialah berbangsa Dusun, Sino, Cina, Bajau, Bugis, dan Suluk.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Deretan Kedai di Pekan Telipok

Nama 'Telipok' berasal dari bahasa Dusun yang merujuk kepada bunga teratai. Memandangkan pada waktu tersebut, tasik dan parit dipenuhi dengan bunga teratai, masyarakat menamakan pekan kecil ini sebagai 'Telipok'.Menurut sejarah nenek moyang, kawasan Telipok adalah kawasan berperang pada Perang Dunia ll. Salah satu artifak akibat daripada peperangan tersebut ditemui di sebuah kawasan lapang bertempat di kampung Maruah Sumagid. Artifak tersebut merupakan sebilah pedang samurai. Mengikut cerita, samurai tersebut terlalu tajam sehinggakan menyentuh bahagian bilahnya sahaja boleh menyebabkan luka.

Semasa Perang Dunia Kedua, Telipok turut digunakan sebagai pangkalan Gerila Kinabalu di bawah pimpinan Albert Kwok yang aktif bergerak waktu malam menentang Jepun.[1]

Cerita Rakyat[sunting | sunting sumber]

Kisah Mondou[sunting | sunting sumber]

Ada lagi sejarah mengisahkan tentang seekor naga yang bersembunyi di sebuah gua yang terletak di kampung Lawa Mondou Telipok. Mondou bermaksud naga dalam bahasa kadazan-Dusun. Mitos mengatakan gua tersebut dipenuhi dengan emas namun mitos tersebut disangkal kerana selepas kajian dibuat. Namun, gua tersebut masih wujud sehingga kini namun jalan masuknya telah tertutup akibat runtuhan.

Kampung Maruah Sumagid Telipok[sunting | sunting sumber]

Kampung ini antara kampung yang tertua di Telipok dan mempunyai lebih kurang 500 penduduk sahaja. Kampung ini sebelumnya diduduki oleh bangsa dusun darat dan dusun lotud, cina, sino, bajau sahaja, lalu pada tahun 2005, pendatang tanpa izin semakin banyak mendiami(menyewa di atas Tanah penduduk/membina rumah tepi2 sungai besar telipok) kampung ini. kampung ini terkenal disekitar Telipok kerana suatu ketika masa dahulu, ia mempunyai sebuah pasukan bola sepak yang terkuat. Kampung ini juga telah melahirkan ahli gusti lengan yang telah mewakili Malaysia. Kampung ini dilengkapi dengan sebuah dewaan serbaguna dan sebuah gelanggang futsal.[perlu rujukan]

Menurut orang-orang tua, kampung ini mempunyai 'bobohizan' terkuat di sekitar telipok-tuaran pada zaman dahulu yang dapat menyembuhkan penyakit Dan mempunyai mata air yang tidak pandai kering walaupun ketika kemarau(tempat bobohizan membuat pemujaan ketika kemarau). namun kerana agama telah mulai berkembang, adat dan tradisi kampung ini telah mula hilang beberapa dekad yang lalu. Kampung ini juga dikatakan 'keras' kerana dipercayai terdapat sebuah lokasi di dalam kampung ini didiami bunian(orang kerdil). Salah seorang penduduk kampung pernah terserempak bunian ini ketika majlis kahwin penduduk tersebut. Pada tahun 2007, sebuah jalan menghubungkan bahagia belakang kampung di bina. Ketika penurapan jalan dan membuat jalan, seorang pengendali jentera berat secara tidak sengaja mengorek kubur nenek moyang penduduk kampung ini. Kawasan yang diratakan itu merupakan tempat pengebumian nenek moyang. Beberapa 'tajau' (Keranda zaman dahulu yang berbentuk pasu besar) telah pecah lalu pemaju telah diarahkan membayar 'sogid'. Setelah jalan tersebut selesai, sesiapa yang melalui kawasan tersebut akan diganggu jika tidak minta kebenaran untuk melalui kawasan itu.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Tamu[sunting | sunting sumber]

Setiap pagi khamis,[2]'Tamu' (pasar terbuka asli) diadakan di pekan Telipok. Di Tamu, hasil, makanan laut, minuman tradisional, kraf tangan dan barang-barang lain dari Telipok dan kampung sekitarnya dibeli dan dijual.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kinabalu Guerillas: The Inanam-Menggatal-Telipok Basel Church Connections" (PDF). Universiti Malaysia Sabah Repository. 14 March 2003. Dicapai pada 15 March 2017.
  2. ^ "Things to do Tamu (Weekly Market) in Sabah". sabahtourism.com. 2018-05-15. Dicapai pada 2019-12-07.
  • Kredit - Frederic Mining.