Telur masin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Telur masin.

Telur masin (jawi: تلور ماسين ) merujuk kepada telur yang diawet dengan menggunakan garam bagi mengekalkan ketahanannya. Jenis telur masin yang paling popular adalah telur itik. Ini adalah kerana kuningnya yang lebih besar, tetapi telur ayam turut boleh dijadikan telur masin.

Telur masin pernah merupakan hasil perdagangan penting orang-orang China yang mengembara ke luar negeri sebagai bahan bekal dan bahan perdagangan. Telur-telur ini disimpan di dalam tempayan yang kemudiannya turut dijual selepas telur di dalamnya habis digunakan.