Tembadau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tembadau
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Famili: Bovidae
Genus: Bos
Spesies: B. javanicus
Binomial: Bos javanicus


Tembadau (bahasa Inggeris: Banteng) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Bos javanicus.

Tembadau, merupakan satu-satunya spesies benteng yang diketahui hidup liar di Borneo. Kerbau, Bubalus bubalis, dan lembu kemungkinannya keturunan haiwan ternakan yang dibawa masuk ek Borneo.

Ukuran[sunting | sunting sumber]

Ketinggian paras bahui 120-170 cm, benteng betina matang kecil sedikit dari benteng jantan dewasa, lebih kurus dengan tanduk lebih kecil.

Ekologi dan habitat[sunting | sunting sumber]

Kebanyakannya nokturnal (keluar malam), kemungkinannya akibat tekanan pemburuan. Makanannya kebanyakannya rumput, dengan dedaun dan pokok renek. Melawat sumber galian tempatan termasuk laut.

Sebelum 1940-an, Tembadau dilaporkan sering dilihat di sepanjang kebanyakan sungai utama di timur Sabah dan di kebanyakan kawasan penanaman pindah di barat dan utara, malah di pendalaman banjaran bukit. Penggunaan senapang mendorong pada penghapusan di kebanyakan kawasan. Kini terhad di kawasan hutan ditebang di tanah rata, tetapi dihapuskan dengan pantas apabila tanah ditebang untuk pendudukan pertanian kekal. Terdapat di hutan dipterocarp, paya dan hutan pantai.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Di Sabah, sepanjang Kutai dan kemungkinannya taburan di kawasan Kalimantan; pupus di Brunei dan tiada laporan di Sarawak.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Benteng jantan dewasa adalah hitam atau kehitaman sementara benteng betina dewasa dan jantan muda bewarna perang kemerah-merahan. Kedua jantina memiliki punggung putih dan bahagian bawah kaki putik seperti "stokin".

Terdapat juga Tembadau yang dipelihara, dikenali sebagai Lembu Bali, kacukan antara Lembu Bali dan ("Bos indicus") lembu biasa yang mirip Tembadau liar.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Di timur Sabah, kebanyakan kumpulan dilihat memiliki sekitar 8-10 ekor, terdiri dari satu jantan matang dengan betina matang dan anak; kadang kala jantan bersendirian dan kawanan sehingga 40 ekor.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Tembadau merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]