Tembok Hadrian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lokasi Tembok Hadrian
Laluan tembok Hadrian
Tembok Hadrian ke Timur ke arah Crag Lough

Tembok Hadrian merupakan tembok pertahanan, bertujuan untuk menyekat serangan daripada orang gasar, iaitu penduduk asal British.

Tembok Hadrian (bahasa Latin: Vallum Hadriani) adalah kubu batu dan tanah yang dibina oleh Empayar Rom merentasi Great Britain. Ia adalah kubua kedua dari tiga yang dibina merentasi Great Britain, yang pertama adalah Rabung Gask dan yang terakhir Tembok Antonine. Ketiga tembok dibina bagi menghalang serangan kilat oleh puak dari kini dikenali sebagai Scotland di utara, untuk membaiki kestabilan ekonomi dan memberikan keadaan aman bagi jajahan Rom di Britannia di selatan, dan sebagai penanda sempadan Empayar. Tembok Hadrian paling dikenali kerana ia kekal yang paling terpelihara secara fizikal dan paling jelas kelihatan hari ini.

Tembok ini merupakan sempadan utara Empayar di Britain bagi kebanyakan pemerintahan Empayar Rom, dan juga sempadan yang paling kuat pertahanannya di Empayar. Tambahan kepada kegunaannya sebagai kubu pertahanan, ia dipercayai bahawa pintu pagar tembok juga digunakan sebagai pos kastam bagi memudahkan cukai perdagangan.

Sebahagian besar tembok masih wujud, terutamanya dibahagian tengah, dan kebanyakan tembok tersebut boleh disusur dengan berjalan kaki. Ia merupakan tumpuan pelancong paling popular di Utara England, di mana ia sering kali dikenali hanya sebagai Tembok Rom. Ia dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1987. Warisan Inggeris, organisasi kerajaan yang mengendalikan persekitaran bersejarah di England, menggambarkannya sebagai "monumen paling penting di dirikan oleh Rom di Britain".[1]

Bahagian Tembok Hadrian berhampiran Greenhead dan sepanjang laluannya, sungguhpun sebahagian besar yang lain telah ditanggalkan dalam tempoh bertahun-tahun dan batunya digunakan bagi pelbagai projek pembinaan berdekatan.

Dimensi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]