Temenggung Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abdul Rahman mengantikan bapa saudaranya Engku Muda atau Daeng Kechil sebagai Temenggung Johor pada tahun 1806. Temenggung Abdul Rahman Tun Abdul Jamil dan pengikutnya meninggalkan Riau dan berpindah ke Singapura pada tahun 1818 setelah Belanda memberi sokongan kepada Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar. Setahun kemudian, pada tahun 1819, Stamford Raffles dan William Farquhar juga datang ke Singapura. Pada tahun tersebut Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang dikenali sebagai Perjanjian 30 Januari 1819.

Anak beliau Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim menjadi Sultan Johor de facto ketika zaman Sultan Ali.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Carl A. Trcocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 9789971693763. 

Nota kaki[sunting | sunting sumber]