Temenggung Johor
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Temenggung Johor ialah salah seorang anggota majlis Orang Kaya yang ditubuhkan oleh Sultan Abdul Jalil Shah III. Temenggung Johor diberikan tugas untuk mengawal keselamatan sultan dan menjaga keamanan negeri serta berkuasa mengawasi segala teluk rantau jajahan Empayar Johor. Temenggung Johor telah diberikan wilayah pegangan oleh Sultan Johor iaitu tanah besar Johor dan Singapura sebagai wakil Sultan Johor-Riau, sama seperti Bendahara yang diberikan Pahang sebagai wilayah pegangan, Yang Dipertuan Muda memerintah Riau dan Raja Temenggung Muar di Muar. Keturunan Temenggung kemudiannya mengasaskan kesultanan baru di tanah besar Johor dengan sultan pertama dari wangsa temenggung ialah Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim.
Sultan-Sultan Johor dari Wangsa Temenggung [sunting]
- 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor) (de-facto Sultan Johor)
- 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)
- 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
- 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
- 1981-2010: Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
- 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar