Temparik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumpulan Temparik
Logo Kumpulan Temparik
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreSpeed Metal
Orchestra Rock
Heavy Metal
Symphonic Metal
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliYusof,
Cradle
Ronny
Aisan
Kojek
Bekas ahliAh Chang
Gary
Mul

Kumpulan Temparik adalah kumpulan underground Malaysia yang pertama membawa genre yang bercampur aduk. Antara genre yang di perkenalkan oleh mereka adalah Speed Metal, Orchestra Rock, Heavy Metal & Symphonic Metal. Temparik di anggotai oleh 5 orang anak kelahiran Negeri Sabah iaitu Yusof, Cradle, Ronny, Aisan & Kojek.

Awal Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Temparik di tubuhkan pada awal tahun 2004 oleh Gary & Mul. ahli terdahulunya adalah Ah Chang (Vokal), Gary (Rythm), Yusof (Lead Guitar), Cradle (Bassist) & Mul (Drummer). Pada pertengahan tahun 2006, Ah Chang, Gary & Mul mengambil keputusan untuk meninggalkan Temparik disebabkan ada komitmen yang lain. Maka tempat mereka telah diganti oleh Kojek (Vokal), Aisan (Bassist) & Ronny (Drummer), di situlah berlakunya pertukaran pemain iaitu Cradle yang dahulunya adalah pemain Bassist telah beralih ke Rythm disebabkan Aisan telah mengambil alih bahagian Bassist.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2007, Temparik telah merakamkan 5 lagu demo, iaitu 1 lagu ciptaan dan 4 lagu yang diberikan nafas baru. Lagu ciptaan tersebut adalah "Kau Yang Berubah" yang asalnya dicipta oleh kumpulan De Battle dan kerjasama dari pemain rythm Temparik Cradle, manakala 4 lagu yang diberi nafas baru tersebut adalah Tiada Tajuk Lagi (Penyanyi Asal Doube2line), Hiasan Kiasan (Penyanyi Asal Def Gab C), Ku Takkan Bersuara( Penyanyi Asal Nikki Ardilla), Kasut Terbang (Penyanyi Asal Kumpulan Kristal)

Antara lagu ciptaan mereka sendiri pula ialah:

  1. Aku Sedar
  2. Kau Yang Berubah
  3. Hancur Hati
  4. Together Forever
  5. Cinta Sejati
  6. Aku Berubah
  7. Black Paradise
  8. Serusup
  9. Symphony of Temparik

Pautan luar[sunting | sunting sumber]