Tempoh glasier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tempoh glasier adalah satu sela masa (ribuan tahun) semasa zaman ais yang ditandai oleh suhu yang lebih sejuk dan kemaraan glasier. Perantaraan glasier pula ialah tempoh beriklim panas antara tempoh glasier. Tempoh glasier akhir tamat lebih kurang 15,000 tahun dahulu;[1] Epok Holosen ialah tempoh perantaraan glasier kini.

Zaman Ais Kuarterner[sunting | sunting sumber]

Kitaran glasier dan perantaraan glasier yang diwakili oleh CO2 atmosfera, diukur dari sampel teras ais yang menjejak kembali sehingga 800,000 tahun dahulu. Perkaitan antara dua sub bahagian adalah berturutan.

Antara penglasieran Kuarterner (2.58 juta tahun hingga kini), terdapat beberapa bilangan penglasieran dan perantaraannya.

Tempoh glasier akhir[sunting | sunting sumber]

Tempoh glasier akhir merupakan tempoh glasier yang paling lepas dalam zaman ais kini, yang berlaku semasa epok Pleistosen, iaitu bermula lebih kurang 110,000 tahun dahulu dan tamat lebih kurang 12,500 tahun dahulu. Pengglasieran yang berlaku semasa tempoh pengglasieran ini melitupi banyak kawasan di Hemisfera Utara dan mempunyai pelbagai nama, bergantung kepada agihan geografinya:: Wisconsin (di Amerika Utara), Devensian (di Great Britain), Midlandian (di Ireland), Würm (di Alps), Weichsel (di Eropah tengah), dan Llanquihue di Chile. Kemaraan glasier mencapai tahap maksimumnya lebih kurang 18,000 tahun dahulu. Di Eropah, litupan ais mencecah sehingga utara Jerman.

Tempoh glasier seterusnya[sunting | sunting sumber]

Memandangkan perubahan orbit boleh diramal,[2] model komputer yang mengaitkan perubahan orbit dengan iklim mampu meramal kebarangkalian iklim masa hadapan. Dua kaveat dilibatkan: kesan antropogenik (pemanasan global) yang mendorong kepada pengaruh besar dalam masa yang singkat; dan mekanisme bahawa daya orbit mempengaruhi iklim masih belum difahami. Hasil kerja Berger dan Loutre mencadangkan yang iklim panas kini akan bertahan sehingga 50,000 tahun yang akan datang.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. J. Severinghaus, E. Brook (1999). "Abrupt Climate Change at the End of the Last Glacial Period Inferred from Trapped Air in Polar Ice". Science 286 (5441): 930–4. doi:10.1126/science.286.5441.930. PMID 10542141. 
  2. F. Varadi, B. Runnegar, M. Ghil (2003). "Successive Refinements in Long-Term Integrations of Planetary Orbits". The Astrophysical Journal 592: 620–630. Bibcode:2003ApJ...592..620V. doi:10.1086/375560. 
  3. Berger A, Loutre MF (2002). "Climate: An exceptionally long interglacial ahead?". Science 297 (5585): 1287–8. doi:10.1126/science.1076120. PMID 12193773.