Tenaga dalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tenaga dalam adalah tenaga di dalam diri manusia yang mempunyai kekuatan luarbiasa dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Tenaga dalam ini lain dengan tenaga luar manusia (yang biasanya disebut secara ringkas sebagai "tenaga" sahaja) iaitu tenaga yang berbentuk fizikal seperti tenaga otot mengangkat barang.

Tenaga dalam adalah konsep yang semakin popular di kalangan pengamal ilmu seni bela diri di Malaysia. Konsep ini lebih mula dikenali di Indonesia sebelum dipopularkan di Malaysia.

Para pengamal tenaga dalam berpendapat bahawa tenaga dalam ada pada semua manusia namun perlu dibangkitkan untuk mendapatkan manfaatnya.

Terdapat pelbagai kaedah membangkitkan tenaga dalam di antaranya adalah seperti berikut:

  1. Latihan pernafasan.
  2. Meditasi.
  3. Latihan jurus.
  4. Amalan zikir.

Tujuan membangkitkan tenaga dalam, di antara lain adalah seperti berikut:

  1. Menjaga kesihatan.
  2. Merawat penyakit terutama penyakit ganjil.
  3. Untuk bela diri terutama bela diri jarak jauh.

Sebahagian pelopor ilmu bela diri tenaga dalam mengatakan bahawa tenaga dalam ini boleh dijelaskan secara saintifik. Namun setakat yang diketahui belum ada ujikaji secara saintifik yang dapat membuktikan kewujudan tenaga dalam itu. Malah sebahagian pengkaji mengatakan kewujudan dan manfaat tenaga dalam itu terlalu dibesar-besarkan atau dilebih-lebihkan sehingga ke tahap yang tidak logik atau masuk akal. Sebagai contoh ada yang mengatakan tenaga dalam boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit daripada kerasukan jin hinggalah kepada penyakit barah.

Sebahagian umat Islam di Malaysia pula berpendapat bahawa terdapat perguruan tenaga dalam yang mungkin bercanggah dengan ajaran Islam.

Konsep ini boleh dikatakan hampir sama dengan konsep qi dalam budaya Cina.