Tenggaroh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tenggaroh merupakan sebuah gugusan FELDA yang diwujudkan pada era 1970-an lagi. Gugusan FELDA Tenggaroh terletak dalam daerah Mersing, Johor kecuali untuk Felda Selatan 1 dan Felda Selatan 2. Kedua-dua Felda Selatan ini terletak di bawah daerah Kota Tinggi.

Ia terletak di antara daerah Kota Tinggi dan Mersing. Pada asalnya ia adalah kawasan hutan yang masih belum diterokai lagi. Setelah mendapati kawasan ini strategik untuk melakukan pembangunan pertanian, maka gugusan Tenggaroh telah dibina selain membantu penduduk meraih pendapatan tetap. Felda Tenggaroh mempunyai sembilan tanah rancangan seluas 25,000 ekar yang menempatkan kira-kira 5,000 peneroka dengan Johor sebagai negeri dengan jumlah tanah rancangan kedua terbesar selepas Pahang iaitu 73 tanah rancangan Felda seluas 262,000 ekar.

Felda Tenggaroh bakal dimajukan sebagai bandar pembangunan bersepadu memandangkan lokasinya menjadi pintu masuk pelancong ke Pulau Sibu. Pengarah Besar FELDA, Datuk Zulkifli Abdul Wahab menyatakan perancangan sedang dilakukan ke arah itu. Bandar Tenggaroh terletak di tengah-tengah antara bandar Mersing dan Kota Tinggi dan mempunyai infrastruktur seperti jalan raya yang sempurna. Dengan ini ia boleh membangunkan potensi baru seperti sektor pelancongan selain sektor komoditi sedia ada. Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman mahu Bandar Tenggaroh dibangunkan sebagaimana Bandar Tun Abdul Razak Jengka.[1]

Petempatan[sunting | sunting sumber]

Hasil penduduk[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan gugusan FELDA yang terbesar di negeri Johor. Pendapatan utama penduduk merupakan hasil kelapa sawit. Kelapa sawit ini diperoleh daripada Felda untuk tujuan memudahkan penduduk setempat mendapatkan benih kelapa sawit tersebut. Felda juga membekalkan baja kelapa sawit serta kelengkapan lain untuk penduduk seperti sistem koperasi FELDA. Koperasi Felda ini memudahkan penduduk setempat mendapatkan bekalan seperti beras.

Sekolah menengah di Tenggaroh[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Menengah Tenggaroh A
    Tingkatan 1 hingga 6
  • Sekolah Menengah Tenggaroh B (kini Sekolah Menengah Tan Sri Kadir)
    Tingkatan 1 hingga 5

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Antara tempat menarik yang terdapat di Tenggaroh adalah seperti pantai Tanjung Leman. Ia menjadi persingahan untuk ke pulau yang berdekatan serta pusat memancing penduduk setempat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]