Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerabat DiRaja bagi takhta Kesultanan Kelantan, Malaysia
Lambang peribadi Sultan Kelantan.png

KDYMM As-Sultan Kelantan

Tengku Amalin A'ishah Putri Binti Sultan lsmail Petra diputerikan pada 26 Jun 1984. Beliau merupakan puteri tunggal dan bongsu kepada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Raja Permaisuri Tengku Anis. Beliau juga mempunyai 3 orang kekanda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Faris Petra, Tengku Bendahara Tengku Faiz Petra dan Tengku Temenggung Tengku Fakhry Petra.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tengku Puteri mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Zainab 2 di Kota Bahru dan menyambung pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Libanat. Beliau meneruskan minat dan cita-citanya dengan melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa di dalam bidang undang-undang.


Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Setelah tamat belajar, beliau menjawat jawatan majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Antara kes kendaliannya ialah kes Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff menyembur mata Tun Dr Mahathir Mohamad dengan spray. Tengku Amalin juga pernah mendapat kritikan daripada para ulama di Kelantan serta menimbulkan konstroversi di negeri itu kerana menjatuhkan hukuman penjara kepada seorang ahli tabligh kerana hanya memakai serban sewaktu menunggang motosikal sebelum ditahan pihak penguatkuasa di Kubang Kerian pada Januari 2009.[perlu rujukan]

Setelah tiga tahun menjawat jawatan majistret, beliau berpindah ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan sekarang memegang jawatan sebagai penolong pendaftar.

Tanggungjawab Di Raja[sunting | sunting sumber]

Tengku Amalin merupakan penaung kepada acara bulanan TV3, Jom Heboh, di Kelantan.

Pernikahan[sunting | sunting sumber]

Tengku Putri Amalin 'Aishah menikah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Abdul Qawi, anak Pengiran Mohammed Bolkiah di Brunei