Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
| Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj | |
|---|---|
| Tengku Amir Shah | |
|
|
|
| Pendahulu | Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj |
| Raja Muda | Tengku Amir Shah |
| Nama penuh | |
| Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj | |
| Ayahanda | Sultan Sharafuddin |
| Bonda | Cik Puan Nur Lisa Idris |
| Keputeraan | 12 Disember 1990 |
| Agama | Islam |
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah (lahir 12 Disember 1990) merupakan putera tunggal kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan warga Amerika Cik Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah. Baginda merupakan Raja Muda Selangor.
Latar Belakang [sunting]
Baginda merupakan putera tunggal (dan juga anakanda bongsu)kepada baginda Sultan Selangor. Baginda mempunyai dua orang kakanda tiri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah. Baginda telah berjaya menamatkan pengajian di Wellington College, United Kingdom pada tahun 2009.
Baginda sangat dikenali sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat jelata khususnya di Selangor.Baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan kebajikan, Selangor Cheshire Home, Make a Wish dan Yayasan Raja Muda Selangor.