Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerabat DiRaja bagi takhta Kesultanan Kelantan, Malaysia
Lambang peribadi Sultan Kelantan.png

KDYMM As-Sultan Kelantan

Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra merupakan putera ke-3 Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Beliau digelar Tengku Temenggung Kelantan. Beliau merupakan suami kepada model Indonesia Manohara Odelia Pinot. Namun begitu, isterinya mendakwa dicederakan olehnya lalu melarikan diri ke Indonesia.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Bondanya adalah Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Adik-beradiknya terdiri daripada:

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan dengan seorang model dari Indonesia , Manohara Odelia Pinot pada 26 Ogos 2008. Manohara memakai gelaran Cik Puan Temenggong. Manohara bagaimanapun telah melarikan diri pada 31 Mei 2009 sewaktu mereka berada di Singapura dan mendakwa telah didera.

Pada 13 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu memerintahkan Manohara Odelio Pinot kembali taat kepada suami. Manohara juga hendaklah membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohd Yusof Awang dan berkuat kuasa sebaik sahaja Tengku Muhammad Fakhry melafazkan sumpah "Yamin Istizhar" (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Jan 2010. Manohara hendaklah kembali taat dalam tempoh 14 hari selepas suaminya melafazkan sumpah tersebut. Manohara hendaklah juga membayar hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas selesai sumpah berkenaan disempurnakan (3 Januari 2010).

Tindakan Manohara melarikan diri ke Indonesia dan kenyataannya berbaur fitnah di media massa Jakarta itu tidak sesuai dengan prinsip kekeluargaan Islam. Sedangkan beliau dilayan baik oleh suaminya di Istana Mahkota , Kelantan. Peluang untuk membela diri tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Keistimewaan yang dinikmatinya tidak dapat dinikmati baik wanita Malaysia mahupun wanita Indonesia lain. Sepatutnya Manohara berterima kasih kepada plaintif dan keluarga diraja Kelantan. Fitnah telah tersebar di di media massa terutama di Internet. Sang suami telah bertindak sempurna dan tiada bukti penderaan semasa berada di Kelantan.

Manohara tidak hadir dalam perbicaraan itu walaupun telah diberitahu dan diberi peluang beberapa kali. Peguam Manohara iaitu Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya pada 3 November 2009. Andainya Manohara enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari , menurut perundangan Islam , beliau merupakan isteri derhaka, nusyuz dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya. Wujud dokumen dan transaksi pemindahan wang RM1,112,250 dan bukan pemberian daripada suami kepada isteri.[1]

Saman[sunting | sunting sumber]

Pada 13 September 2009, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah menerima surat pelucutan daripada majlis perajaan negeri Kelantan. Surat pelucutan itu dilakukan oleh Tengku Muhammad Faris Petra, selaku Tengku Mahkota Kelantan. Kekandanya itu kini merupakan Pemangku Raja Kelantan susulan kegeringan yang dihadapi Sultan Kelantan yang dirawat di Singapura.

Pada 18 Disember 2009 Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman terhadap kekandanya itu, Setiausaha kerajaan negeri Kelantan , Mufti Kelantan, kerajaan Kelantan dan empat lagi kerabat diraja. Alasannya ialah Tengku Fakhry dilantik sebagai Tengku Temenggong Kelantan oleh bapanya.[2] Menurut Perlembagaan Negeri Kelantan, hanya Sultan Kelantan berhak melucutkan jawatan kerabat diraja dan mengubah kedudukan ahli di dalam majlis perajaan negeri Kelantan . Bapanya melantik Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 2001.

Tengku Mahkota merupakan pewaris utama takhta Kelantan tetapi kedaulatan pemerintahannya perlu disahkan oleh Majlis Perajaan. Adiknya Tengku Bendahara merupakan pewaris kedua juga berhak mewarisi tahkta jika apa-apa berlaku. Tengku Mahkota Kelantan dipilih oleh majlis berdasarkan Artikel 22A Perlembagaan Kelantan semasa sultan sedang sakit tenat dan tidak berupaya menghadiri hal ehwal kerajaan negeri. Biasanya perlantikan dan pelucutan adalah prerogatif diraja yang tidak boleh dibicarakan.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan tarikh keputusan pada 31 Disember 2009.Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi beetindak sebagai mewakili responden.[3]

Habeas corpus mohon bawa Sultan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mei 2011, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas, Putrajaya peguam tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ habeas corpus untuk membebaskan Sultan Kelantan.Anak ke-3,Tengku Muhammad Fakhry mahu membawa Sultan Kelantan dari hospital.Responden ialah Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM Kubang Kerian, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.Turut hadir ialah peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy;Gobind Singh Deo;Datuk Mohd Haaziq Pillay.Kes ini pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri.

Pada 1993, era Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Mahkamah Khas bagi sebarang prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda.Tengku Muhammad Fakhry tiga kali gagal membawa ayahandanya Sultan Ismail Petra ke Singapura bagi rawatan susulan.Malah , pesawat khas dilarang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pengkalan Chepa.Peguam gagal menemui Sultan Ismail kerana kawalan keselamatan yang ketat.Hanya lima orang mengunjungi Sultan Kelantan.Nama Tengku Muhammad Fakhry tiada dalam senarai.[4]

Saman Ketua Polis Negara[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Disember 2011, di Mahkamah Tinggi, Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman RM100 juta terhadap Ketua Polis Negara kerana polis mengurungnya di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan secara tidak sah pada 2009.Writ saman itu difaikan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur oleh peguamnya Datuk Harpal Singh. Tuntutan saman sebanyak RM50 juta lagi dalam bentuk ganti rugi teladan dan teruk.Ketua Polis Negara ialah Tan Sri Ismail Omar. Pada 2009, ketika itu beliau mengambil kereta Bentley Brooklands atas permintaan Sultan Ismail Petra untuk membawa Sultan Ismail ke Singapura.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 18 Januari 2011 untuk pengurusan saman terhadap akhbar Malay Mail dan menuntut RM50 juta kerana rencana mengaitkannya dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed pada 1 Mei 2010. .Peguam dilantik ialah AS Dhaliwal .Peguam Koh Chee Hong mewakili kesemua defendan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]