Tengku Muhammad Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin
Yang di-Pertuan Muda Terengganu
Tmismail.jpg
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin
Pemerintahan Yang di-Pertuan Muda Terengganu (13 Disember 2006 - kini)
Pertabalan Pemangku Sultan Terengganu pada 30 Ogos 2010
Lahir 1 Mac 1998 (15 tahun)
Kuala Terengganu, Terengganu
Pendahulu Sultan Mizan Zainal Abidin
Kerabat diraja Kesultanan Terengganu
Lagu diraja Allah Selamat Sultan
Ayahanda Sultan Mizan Zainal Abidin
Bonda Tuanku Sultanah Nur Zahirah


Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin DK1 (lahir 1 Mac 1998 di Kuala Terengganu, Terengganu) merupakan putera sulung kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah dan Tuanku Nur Zahirah. Baginda adalah Yang DiPertuan Muda Terengganu dan kini, sebagai Pemangku Raja Terengganu bermula 13 Disember 2006 menggantikan ayahandanya yang ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-13.

Isi kandungan

Latar belakang[sunting]

Baginda mempunyai seorang kakak dan dua adik. Kakak baginda bernama Tengku Nadhirah Zaharah, manakala adik baginda bernama Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra. Baginda kini menjalani persekolahannya di England.

Perwarisan takhta[sunting]

Baginda merupakan orang pertama dalam barisan perwarisan takhta Kerajaan Negeri Terengganu. Apabila baginda diputerakan, baginda diisytiharkan Yang DiPertuan Muda Terengganu.

Baginda dan Majlis Penasihat Pemangku Raja[sunting]

13 Disember 2006 yang lalu, baginda dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu mengikut Syarat (1) Fasal 16AA, Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Kedua) mengenai Pelantikan Pemangku Raja. Baginda dibantu oleh tiga orang ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja yang ditubuhkan berikutan Baginda yang belum mukallaf untuk mentadbir negeri Terengganu sendirian.

Majlis Penasihat Pemangku Raja
Ahli Keterangan Catatan
Tengku Baderulzaman ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi billah Shah Tengku Sri Panglima Raja Terengganu Pengerusi
Tengku Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu Ahli
Datuk Abdul Kadir Sulaiman Hakim Mahkamah Persekutuan Ahli

Baginda dan Majlis Perwakilan Pemangku Raja[sunting]

Pada 30 Ogos 2011, baginda sekali lagi ditabalkan sebagai Pemangku Raja Terengganu setelah ayahandanya berpuas hati bahawa baginda telah mukallaf (boleh menjalankan tanggungjawab sendiri). Akan tetapi, oleh sebab beliau masih melanjutkan pelajaran di England, Majlis Perwakilan Pemangku Raja ditubuhkan menggantikan fungsi Majlis Penasihat Pemangku Raja yang dibubarkan.

Majlis Perwakilan Pemangku Raja
Ahli Keterangan Catatan
Tengku Mustafa Kamel ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi billah Shah Tengku Sri Bendahara Raja Terengganu Pengerusi
Tengku Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu Ahli
Datuk Abdul Kadir Sulaiman Hakim Mahkamah Persekutuan Ahli

Anugerah[sunting]

Baginda dianugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (DK1) selaras dengan perlantikan baginda sebagai Pemangku Raja Terengganu.

Peranan[sunting]

Pada 19 Julai 2009, baginda dilantik sebagai Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia bagi negeri Terengganu.