Tenis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bola tenis

Tenis ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Tenis ternyata merupakan olahraga yang sudah lama. Terekam pada pahatan yang dibuat sekitar 1500 tahun sebelum masihi di dinding sebuah kuil di mesir yang menunjukan permainan bola tenis dan dimainkan pada upacara keagamaan. Permainan ini kemudian meluas ke seluruh eropah pada abad ke-8.

Pada awalnya tenis dimainkan dengan memakai tangan atau sebuah tongkat yang dipukulkan berganti-ganti menggunakan sebuah bola dari kayu yang padat. Permainan ini kemudian berkembang lagi menjadi permainan bola dengan dipukulkan melintasi sebuah dinding penghalang,kerana pada saat itu dirasakan bahawa kawalan bola lebih terasa menggunakan tangan, maka media yang berkembang pada waktu itu adalah dengan menggunakan sarung tangan kulit. Bola berevolusi dari sebuah bola kayu padat menjadi bola dari kulit yang diisi oleh dedak kulit padi.

Sukan ini sangat berkembang di Perancis waktu itu. Pada abad 16-18 telah mulai banyak dimainkan terutama oleh kalangan Raja-raja dan para bangsawan dengan nama ‘Jeu de Palme’. Perkataan Tenis sendiri dipercaya berasal dari pemain Perancis yang sering menyebut kata ‘Tenez’ yang beerti “Main!” pada saat akan memulai permainan dan hingga sekarang kata tersebut dipakai sebagai nama sukan ini. Tenis kemudian berkembang hingga ke England dan juga ke Sepanyol, Itali, Belanda, Swiss dan Jerman. Namun tenis mengalami kemunduran saat terjadinya revolusi Perancis dan berkuasanya Napoleon Bonaparte di Eropah.

Pada abad 19 barulah tenis dimunculkan kembali oleh para bangsawan Inggeris dengan membangun gelanggang-gelanggang tenis di rumahnya yang besar. Kerana pada waktu itu tenis popular dimainkan di halaman rumput, maka terkenal dengan sebutan ‘Lawn Tennis’ atau tenis bergelanggangkan rumput. Pada masa ini juga mulai muncul bola dari karet vulkanisir yang pada waktu itu dianggap dapat mengurangi kerosakan rumput di gelanggang.

Perkataan Lawn Tennis berasal dari seorang Inggeris bernama Arthur Balfour. Sejakgelanggang rumput diperkenalkan, orang mulai membuat eksperimen dengan memainkannya di permukaan lain seperti tanah liat dan simen. Puncaknya terjadi pada tahun 1869 ketika salah satu kelab croquet ternama di Inggeris, All England Croquet Club, tidak berhasil menarik banyak peminat dan mencuba untuk memasukan tenis sebagai sukan lainnya. Hasilnya kelab ini sangat sukses menarik peminat terutama pada permainan Tenis tersebut hingga pada tahun 1877 mengganti namanya menjadi ‘All Engand Croquet and Lawn Tennis Club’. Sejarah ini berlanjut ketika lokasi kelab yang bertempat di Wimbledon terjadi kenaikan sewa yang memaksa kelab untuk mendapatkan dana lebih dari kebiasaanya. Oleh kerana itu kelab mengadakan pertandingan tenis pertama di Wimbledon dengan membentuk sebuah panitia untuk mengadakan pertandingan dan membuat peraturan yang baku dalam permainan ini.pertandingan tersebut disertai oleh 20 peserta dengan penonton sekitar 200 orang dan ini merupakan pertandingan Wimbledon pertama di dunia.

Gelanggang[sunting | sunting sumber]

Saiz gelanggang permainan untuk perseorangan ialah 8.23 meter lebar dan 23.77 meter panjang manakala untuk permainan untu beregu pula ialah 10.97 lebar dan 23.77 panjang.

Kejuaraan Tenis[sunting | sunting sumber]

Ada beberapa turnamen tenis yang terkenal:

Cekak[sunting | sunting sumber]

Tiga cekak utama yang penting dalam permainan ialah cekak timuran (eastern grip), cekak barat (western grip) dan cekak kontinental (continental grip). Cekak ini terbahagi kepada dua bahagian pula iaitu bahagian hadapan dan bahagian belakang.


Pertandingan Pertandingan diadakan mengikut jantina dan jumlah pemain. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu(di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta beregu campuran(di mana dua pemain berlainan jantina bermain). Terdapat juga pertandingan untuk orang kurang upaya. Dalam empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan bertanding.


Senarai Pemain dan Ranking[sunting | sunting sumber]

Rank Name

  1. Novak Djonkovic
  2. Rafael Nadal
  3. Roger Federer
  4. Andy Murray
  5. Robin Soderling
  6. Nikolay Davydenko
  7. Tomas Berdych
  8. Juan Martin Del Potro
  9. Fernando Verdasco
  10. Jo-Wilfried Tsonga
  11. Andy Roddick
  12. David Ferrer
  13. Marin Cilic
  14. Mikhail Youzhny
  15. Jurgen Melzer
  16. Nicolas Almagro
  17. Ivan Ljubicic
  18. Gael Monfils
  19. John Isner
  20. Marcos Baghdatis
  21. Sam Querrey
  22. Juan Carlos Ferrero
  23. Albert Montanes
  24. Stanislas Wawrinka
  25. Feliciano Lopez
  26. Thomaz Bellucci
  27. Fernando Gonzalez
  28. Ernests Gulbis
  29. Radek Stepanek
  30. Juan Monaco
  31. Lleyton Hewitt
  32. Gilles Simon
  33. Julien Benneteau
  34. Mardy Fish
  35. Michael Llodra
  36. Andrey Golubev
  37. Philipp Kohlschreiber
  38. Tommy Robredo
  39. Janko Tipsarevic
  40. Richard Gasquet
  41. Philipp Petzschner
  42. Florian Mayer
  43. Guillermo Garcia-Lopez
  44. Yen-Hsun Lu
  45. David Nalbandian
  46. Thiemo De Bakker
  47. Michael Berrer
  48. Sergiy Stakhovsky
  49. Alexandr Dolgopolov
  50. Juan Ignacio Chela
  51. Xavier Malisse
  52. Viktor Troicki
  53. Denis Istomin
  54. Potito Starace
  55. Victor Hanescu
  56. Andreas Seppi
  57. Eduardo Schwank
  58. Daniel Gimeno-Traver
  59. Santiago Giraldo
  60. Jarkko Nieminen
  61. Lukasz Kubot
  62. Horacio Zeballos
  63. Ivo Karlovic
  64. Alejandro Falla
  65. Marco Chiudinelli
  66. Florent Serra
  67. Olivier Rochus
  68. Leonardo Mayer
  69. Illya Marchenko
  70. Benjamin Becker
  71. Arnaud Clement
  72. Jeremy Chardy
  73. Lukas Lacko
  74. Evgeny Korolev
  75. Pere Riba-Madrid
  76. Daniel Brands
  77. Stephane Robert
  78. Rainer Schuettler
  79. Jan Hajek
  80. Simon Greul
  81. Taylor Dent
  82. Ricardo Mello
  83. Michael Russell
  84. Frederico Gil
  85. Pablo Cuevas
  86. Kevin Anderson
  87. Tobias Kamke
  88. Michal Przysiezny
  89. Marcel Granollers
  90. Brian Dabul
  91. Dudi Sela
  92. Mikhail Kukushkin
  93. Ruben Ramirez Hidalgo
  94. Fabio Fognini
  95. Filippo Volandri
  96. Paul-Henri Mathieu
  97. Bjorn Phau
  98. Carlos Berlocq
  99. Igor Andreev
  100. Robin Haase

Pautan luar[sunting | sunting sumber]