Tentera Darat Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tentera Darat Malaysia (TDM)
تنترا دارت مليسيا
Flag of the Malaysian Army.svg
Tentera Darat Malaysia
Aktif 23 Januari 1933
Negara Malaysia
Kesetiaan SPB Yang di-Pertuan Agong
Jenis Tentera darat
Keanggotaan 70,000+ anggota
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
Markas/Ibu pejabat Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan
Cogan kata Gagah Setia
Warna       Merah
      Hijau
      Kuning
Musik Kawad Gempur Wira
Ulang tahun 23 Januari
Perang/pertempuran Perang Dunia Kedua
Darurat
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Komander
Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor
Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato' Seri Panglima Ahmad Hasbullah Bin Hj Mohd Nawawi
Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato' Zulkiple Bin Haji Kassim
Tanda kebesaran
Simbol
identifikasi
Tentera Darat Malaysia


Tentera Darat Malaysia adalah komponen darat dan komponen terbesar di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 rejimen dan kor dan yang aturkan menjadi pasukan-pasukan tempur, pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai Kompeni percubaan Pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.

Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda ancaman Komunis dan Darurat telah diisytiharkan tahun 1948. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion.

Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Tentera Darat Malaysia dipermodenkan menjadi satu pasukan tentera unuk peperangan konvensional.

Insignia[sunting | sunting sumber]

Mahkota - Melambangkan Taat Setia Tentera Darat Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Bulan dan Bintang - Melambangkan sikap anggota Tentera Darat Malaysia yang taat setia kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi Negara. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya. Berlian melambangkan kekayaan hasil bumi yang dinikmati rakyat Malaysia. Kalungan Bunga Padi sebanyak 16 butir menunjukkan 16 kor yang terdapat di dalam Tentera Darat Malaysia. Keris Bersilang Duku Ilang melambangkan keperwiraan. Lambang ini menunjukkan pantang undur dan sanggup berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Kor dan Rejimen[sunting | sunting sumber]

Anggota Rejimen Askar Melayu DiRaja memperkasakan kedudukan selepas mendarat menggunakan Landing Craft, Air Cushion, (LCAC) daripada kapal USS Boxer (LHD 4) semasa Latihan CARAT) di Malaysia.

Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)[sunting | sunting sumber]

Rejimen Askar Melayu Diraja adalah rejimen tertua dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Melayu DiRaja bersama-sama dengan Rejimen Renjer Diraja merupakan pasukan tempur infantri di dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Melayu Diraja merupakan pasukan terunggul di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Rejimen Askar Melayu Diraja kini mempunyai kekuatan 25 batalion.

Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah ditubuhkan pada 1 Mac 1933. RAMD memngandungi 25 batalion yang mana dua batalion sebagai Batalion Para, dua batalion sebagai Battalion Mekanis, satu Batalion Istiadat dan selebihnya adalah Batalion Infantri Standard. RAMD juga merupakan kor yang tertua dan terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia.

Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. 3 elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Elit Para akan menjadi teras kepada infantri. Satu batalion akan dikhususkan sebagai Batalion Istiadat. Batalian Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang ditubuhkan pada 1 Jan 1938 telah diubah dari peranan sebagai pasukan infantri biasa kepada batalian infantri istiadat mulai 1 Jan 1989. Di atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan serta pencapaian mutu yang tinggi, pasukan ini telah diberi kepercayaan dalam kawalan kehormatan utama setiap kali lawatan pembesar-pembesar luar negara. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi dan membantu pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri baisa telah disusun semula dari segi keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan latihan yang intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun perperangan insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap siaga bagi menghadapi ancaman musuh-musuh negara. Dasar pertahanan negara di abad ke 21 memerlukan ketumbukan Tentera Darat yang mampu diaturgerakkan dalam semua keadaan dengan cekap dan pantas. Justeru, pasukan Infantri Para telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan ini.

Sebagai kor yang tertua di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kor Infantri mempunyai rentetan sejarahnya yang tersendiri. Pada tanggal 1 Mac 1933 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan, seramai 25 anak watan memulakan latihan rekrut dalam Kompeni Percubaan Askar Melayu yang mana menjadi pengasas terbentuknya Tentera Darat Malaysia sekarang. Di antara yang memainkan peranan utama dalam penubuhan rejimen ini adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah, Undang Luak Rembau Negeri Sembilan, Dato’ Abdullah bin Dahan, Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan. Dengan berbekalkan semangat keperwiraan, latihan yang intensif serta perancangan yang menyeluruh, skuad ini telah berkembang dengan pesat bagi memenuhi keperluan semasa negara.

Dalam mempertahankan maruah bangsa melayu dan membuktikan keperwiraan anak-anak watan, 2 buah batalion Rejimen Askar Melayu Diraja telah terlibat di dalam Perang Dunia II. Antara pertempuran yang menjadi ingatan dan kebanggaan Kor Infantri adalah Pertempuran Muar. Di dalam pertempuran ini, Lt Ibrahim Al-Dita selaku ketua platun telah membuktikan keberaniannya. Beliau telah dianugerahkan Military Cross bersama dua lagi rakannya iaitu Lt Ismail Babu dan Kpl Yaakob Bidin. Pertempuran Bukit Chandu pada 14 Feb 1942 yang begitu sengit merupakan satu titik tanda sejarah yang membuktikan keperwiraan dan keberanian askar Melayu. Dalam pertempuran ini, Leftenan Adnan Bin Saidi telah sanggup bertahan sehingga ke titisan darah yang terahkir. Beliau telah berjaya membunuh ramai tentera musuh namun ditikam sehingga mati kerana enggan menyerah kalah kepada tentera Jepun.

Ketika ini, 2 batalion RAMD dikhususkan sebagai pasukan payung terjun (Para) ditugaskan menjadi komponen di dalam 10 Briged Para, asas Pasukan Atur Cepat di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Dua lagi batalion Rejimen Askar Melayu Diraja dilengkapkan menjadi batalion mekanis dan menbentuk komponen 4 Briged Mekanis di dalam Tentera Darat Malaysia.

Seorang pegawai dari Rejimen Renjer memberi "Perintah Taktikal" semasa Latihan CARAT 2002.

Rejimen Renjer Diraja (RRD)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Rejimen Renjer Diraja

Pasukan ini terkenal dengan cogan kata Agi Hidup Agi Ngalaban ataupun Selagi Hidup Selagi Melawan. Bersama dengan Rejimen Askar Melayu Diraja dan Kor Armor Diraja, Rejimen Renjer Diraja merupakan elemen tempur Tentera Darat Malaysia. Walaupun usianya sebagai rejimen dalam Tentera Darat Malaysia adalah lebih muda daripada Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja bersama memikul beban sebagai pasukan barisan hadapan pertahanan negara.

Rejimen Renjer Diraja (RRD) adalah salah satu daripada Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 16 Mac 1963. RRD memngandungi 9 batalion yang mana satu batalion sebagai batalion para, satu batalion sebagai battalion mekanis, dan selebihnya adalah batalion infantri standard. RRD juga merupakan kor yang kedua terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia selepas RAMD. Perbezaannya dengan RAMD adalah keanggotaan RRD terdiri daripada berbagai kaum dan agama di Malaysia.

Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. 3 elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Infantri Para akan menjadi teras kepada infantri. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi dan membantu pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri baisa telah disusun semula dari segi keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan latihan yang intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun perperangan insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap siaga bagi menghadapi ancaman musuh-musuh negara. Dasar pertahanan negara di abad ke 21 memerlukan ketumbukan Tentera Darat yang mampu diaturgerakkan dalam semua keadaan dengan cekap dan pantas. Justeru, pasukan Infantri Para telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan ini.

Ia adalah rejimen yang kedua besarnya dalam Tentera Darat. Rejimen ini adalah satu rejimen yang unik di mana dianggotai berbagai kaum dan agama. Selain berketurunan Melayu, Cina, India dan Sikh, Rejimen Renjer Diraja juga dianggotai oleh anggota terdiri dari rakyat bumiputera dari Sabah dan Sarawak serta Orang Asli serta terdapat juga bangsa Gurkha (yang menjadi warganegara Malaysia, bukannya penduduk tetap) turut berkhidmat dalam rejimen ini. Kehadiran kaum bumiputera memberi identiti tersendiri bagi Rejimen Renjer DiRaja dan menjadikan ianya kaya dengan pelbagai kebudayaan yang tidak terdapat dalam rejimen-rejimen lain.

Kor Armor Diraja (KAD)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kor Armor Diraja

Kor Armor Diraja bermula dengan tertubuhnya Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada 1 September 1952. Skuadron ini telah diperbesarkan kepada Rejimen Kereta Perisai Persekutuan dalam tahun 1957. Dalam tahun 1960, Rejimen Kereta Perisai Persekutuan telah dicantumkan dengan Rejimen Persekutuan, sebuah batalion infanteri. Percantuman ini melahirkan Kor Peninjau yang telah dikurniakan gelaran Diraja pada 20 Mei 1972. Pada 22 Disember 1979 Kor Peninjau Diraja telah ditukarkan nama menjadi Kor Kavalri Diraja. Tugas kor ini ialah menjalankan operasi secara "serangan" dan "pertahanan" dengan sentiasa menyediakan bantuan perisai kepada Tentera Darat. Cogankata Kor Armor Diraja ialah Bersatu.

Kor Armour Diraja (KAD) adalah salah satu kor tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Kor Armor Diraja, ataupun lebih dikenali sebagai Armor dilengkapkan pengangkut anggota berperisai (Armoured Personnel Carrier), kenderaan tempur infantri (Infantry Fighting Vehicle), kenderaan tempur berperisai (Armoured Combat Vehicle) dan juga dengan kereta kebal.

Rejimen Artileri Diraja (RAD)[sunting | sunting sumber]

Rejimen Artileri Diraja ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggota-anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang Dunia II. Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke Singapura untuk mempelawa rakyat Malaya yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan. Seramai 89 anggota telah bersetuju dan bersedia untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan. Maka pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan dianggotai oleh seramai 89 anggota. Bateri ini menggunakan meriam jenis 25 pounder dan pegawai yang mula menjawat jawatan sebagai Ketua Bateri ialah Maj P Sherston Baker MC, RA. Pada 16 Julai 1959, Kapt. N.T Lopez iaitu pegawai Tentera Persekutuan yang ulung telah mengambil alih jawatan Ketua Bateri 1st Field Battery dari Mej. M. Barkeley RA. Pada tahun 1962, pihak Kerajaan British telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah bateri artileri untuk Tentera Persekutuan di Semenanjung Tanah Melayu.

Peranan Rejimen Artileri Diraja adalah untuk memberi bantuan tembakan yang berkesan kepada pasukan tempur di medan pertempuran supaya pihak musuh tidak dapat mengganggu operasi pasukan sahabat atau tidak dapat mengatur rancangan operasi mereka dengan efektif.

Rejimen Artileri kini dilengkapi dengan pelbagai meriam jarak dekat (10 km) dan sederhana (45 km),sistem pelancar roket berganda (90 km), meriam serta peluru berpandu anti pesawat. Rejimen Artileri turut mempunyai peralatan dan radar pengesan persenjataan musuh serta peralatan kajicuaca bagi memudahkan data-data tembakan diberi dengan cepat dan tepat.

Rejimen Semboyan Diraja (RSD)[sunting | sunting sumber]

Rejimen Semboyan Diraja adalah sebuah rejimen Bantuan Tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Tugas utama RSD ialah menyedia dan menyelenggarakan komunikasi untuk perintah dan kawalan Tentera Darat. Di samping itu, RSD juga terlibat di dalam menyediakan bantuan Peperangan Elektronik kepada Tentera Darat.

RSD bertanggungjawab menyedia dan mengekalkan semua saluran komunikasi diantara markas-markas formasi hingga ke pasukan di peringkat taktikal Tentera Darat Malaysia. RSD juga bertanggungjawab menguruskan semua aspek perlaksanaan peperangan elektronik dan sistem amaran awal untuk Tentera Darat Malaysia.

Sejarah Rejimen Semboyan Diraja bermula apabila tertubuhnya Communications Troop di Pusat Latihan Askar Melayu Diraja pada tahun 1949 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Terup tersebut telah dianggotai oleh jururadio dari Platun Semboyan Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja.

Pada awal tahun 1952, 'Communication Troop' ini telah dinaik taraf ke skuadron dan dikenali sebagai Federation Signals Squadron. Bermula dari tarikh itu secara rasminya Skuadron tersebut telah diberi tugas dan tanggungjawab khusus untuk menyediakan komunikasi kepada semua pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja.

Seiring dengan penubuhan Federation Army Brigade pada tahun 1952, Federation Brigade Siqnal Squadron juga telah ditubuhkan bagi menyokong bantuan komunikasi antara markas Federation Army Brigade ke pasukan-pasukan di bawahnya. Ia kemudiannya dikenali sebagai Malaysian Signal Regiment. Rejimen Semboyan juga telah mengiktiraf tanggal 15 November 1952 sebagai tarikh penubuhan Federation Signals dan sehingga sekarang tarikh tersebut secara rasmi dikenang sebagai tarikh penubuhan Rejimen Semboyan Diraja.

Sejajar dengan jasanya dalam pelaksanaan peranan dan tugas yang disandang dalam pemodenan komunikasi Tentera Darat, disamping keterampilan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap Raja dan Negara, Rejimen Semboyan Malaysia telah dianugerahkan gelaran 'Diraja' oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 6 Jun 1992. Kor tersebut kini dikenali sebagai Rejimen Semboyan Diraja.

Kor Pasukan Elit dan Pasukan Khas TD[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Malaysia mempunyai 1 unit dalam Kor Pasukan Elitnya iaitu 10 Briged Para dan Pasukan Khas TD iaitu 21 Gerup gerak Khas

10 Briged Para[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: 10 Briged Para

10 Briged Para merupakan sebuah pasukan elit Tentera Darat Malaysia yang terdiri pelbagai cabang kor ATM yang berpengkalan di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka dan sebahagian daripada elemen utama Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) Angkatan Tentera Malaysia dalam menangani keganasan dan ancaman pihak musuh dengan menggunakan jumlah keanggotaan yang ramai. Cogankata 10 Briged Para adalah Tindak Pantas.

Antara pasukan yang membentuk 10 Briged Para adalah;

Rejimen Gerak Khas (RGK)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Grup Gerak Khas

Grup Gerak Khas merupakan entiti utama pasukan elit TDM yang paling digeruni. Ditubuhkan pada 1 Ogos 1965 di Kem Majidee, Johor Bharu. Rejimen pada mulanya dikenali sebagai Malaysian Special Service Group (MSSG), dan dalam tahun 1969 telah diperbesarkan menjadi satu Rejimen yang dikenali dengan nama Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia (1 RGKM). Tugas Rejimen Gerak Khas ini ialah menjalankan operasi tertentu secara bebas melalui darat, laut dan udara. Cogankata Rejimen Gerak Khas adalah Cepat Dan Cergas. GGK pernah terlibat dalam beberapa siri operasi berprofil tinggi termasuklah operasi menyelamat pasukan Delta Force dan Renjer Amerika Syarikat yang terperangkap dalam pertempuran di Pasar Bakhara, Moghadishu, Somalia yang mengakibatkan 2 anggota GGK terkorban dalam operasi yang digandingkan bersama Rejimen Askar Melayu Diraja dan tentera Pakistan. RAMD juga turut kehilangan seorang anggotanya dalam operasi tersebut.

Peranan dan tugas
  • Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila.
  • Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.

Kor Perkhidmatan Am (KPA)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kor Perkhidmatan Am

Kor Perkhidmatan Am diwujudkan dalam tahun 1954 dengan nama The Federation General Service Corps. Bahagian-bahagiannya ketika itu ialah Pejabat-pejabat Rekod, Gaji, Perubatan, Pelajaran dan Perisikan. Nama pasukan Perkhidmatan Am dikuatkuasakan pada 1 Julai 1958. Bahagian-bahagian Perubatan dan Perisikan kemudian berpisah dan menubuh kor yang berasingan. Pasukan Perkhidmatan Am dengan rasminya menjadi Kor Perkhidmatan Am pada 1 Mei 1972. Kor ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan khidmat dari segi Urusan Gaji, Pekeranian, Pelajaran dan Perhubungan Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia. Cogankata Kor Perkhidmatan Am ialah Berbakti

Kor Polis Tentera Diraja (KPTD)[sunting | sunting sumber]

Kor Polis Tentera Diraja telah ditubuhkan pada 12 November 1953 dikenali sebagai Polis Tentera Persekutuan dan diletakkan dibawah pemerintahan dan Pentadbiran Royal Military Police, British Army. Pasukan kecil ini ditugaskan khas untuk menyelenggarakan tatatertib Tentera Darat sahaja. Dewasa ini Kor Polis Tentera Diraja telah berkembang dan memainkan peranan penting meliputi ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, bertanggungjawab terhadap undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah tentera. Kecekapan Kor ini adalah selaras dengan cogankatanya Sedia Berkhidmat.

Kor Polis Tentera Diraja adalah sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang undang Angkatan Tentera Malaysia. Walau pun di bawah cabang Tentera Darat. Tetapi tugasnya meliputi ketiga tiga cabang ATM. Ketua bagi Kor Polis Tentera Diraja berpangkat Brigedier Jeneral lazimnya. Setiap cabang ATM ada polisnya sendiri. Tugas PDRM adalah sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang undang awam. Sementara itu KPTD menjaga dan memelihara undang undang Angkatan Tentera.

Setiap briged TDM terdapat 1 kompeni KPTD. Terdapat pecahan dalam Polis Tentera antaranya Cawangan Latih, Cawangan Pusat Tahanan, Cawangan Siasatan Jenayah, Cawangan Para, Polis Askar Wataniah, Polis Tentera Laut, Polis Tentera Udara. Tugas Cawangan Para ialah menjaga dan mengawal tatatertib anggota tentera untuk komando dan briged para sahaja. Tugas Cawangan Latih ialah melatih anggota dan pegawai tentera untuk diserapkan menjadi Polis Tentera. Tugas Cawangan Pusat Tahanan membaik pulih imej anggota dan pegawai Tentera yang dikenakan tahanan atau penjara.

Kor Kesihatan Diraja (KKD)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kor Kesihatan Diraja

Kor Kesihatan Diraja adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh warga ATM. Perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian angkatan tentera menyaksikan penubuhan unit-unit perubatan seperti RSAT, PPAT, PGAT, Institusi latihan seperti INSAN, IPP, Institut Perubatan Bawah Air dan Hospital Angkatan Tentera. Penglibatan KKD melalui projek-projek jiwa murni telah dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan rancangan pembangunan Negara. Khidmat bakti perkhidmatan kesihatan dan pergigian terus berkembang maju dengan penglibatan KKD dalam misi PBB dan bantuan kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat.

Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera bermula seawal sejarah perjuangan angkatan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara selepas Perang Dunia Pertama. Ancaman konfrontasi dan penglibatan dalam Peperangan Menentang Insurgensi merupakan penyumbang ke arah penubuhan Kor Perkhidmatan Am (Ubat) pada tahun 1960. Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera terukir apabila Kor Ubatan dan Gigian (KUG) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1967. Evolusi Kor Kesihatan Diraja terus berkembang dengan penukaran designasi kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera (KKAT) pada 10 Ogos 1988. Penganugerahan Gelaran Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 7 Jun 1997 merupakan pengiktirafan negara terhadap khidmat bakti dan pengorbanan warga Kor kepada bangsa dan negara. Cogankata Kor Kesihatan Diraja ini adalah Khidmat Diutamakan.

Kor Risik DiRaja (KRD)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kor Risik Diraja

Kor Risik Diraja telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 November 1969 dan dianugerahkan gelaran 'Diraja' pada 7 Jun 1997 oleh SPB Yang DiPertuan Agong ke X Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Organisasi KRD diketuai oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) merangkap Pengerusi KRD dan terbahagi kepada penempatan seperti berikut:

  • Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).
  • 92 Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK).
  • 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT).
  • Cawangan Perisikan.
  • Jabatan Arah Risik.
  • Pusat Latihan Perisikan (PULARIS).

Kesemua penempatan ini mempunyai tugas dan peranan yang berbeza tetapi secara ringkasnya KRD berperanan untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha dari segi mengumpul, menilai dan menyebar perisikan taktikal yang berkaitan dengan kepentingan Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya

Kor Risik Diraja ditubuhkan secara rasminya pada 7 November 1969 bagi menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya yang melancarkan dasar ketenteraan dan merancang pemberontakan bersenjata mulai 1949.

Pada tahun 53, pentadbiran Inggeris mulai sedar tentang keperluan perisikan bagi membantu pasukan keselamatan dalam usaha membanteras perjuangan bersenjata PKM. Serentak dengan itu, seorang anak watan Pbt Hashim bin HJ Rauf telah diserap dan ditugaskan di HQ 355 Field Security Section (FSS) iaitu British Military Intelligence yang diketuai oleh LtM E.A Atkinson. Potensinya yang baik meyakinkan pihak Inggeris dan seterusnya menggalakkan mereka terus merekrut lebih ramai anak tempatan. Sekumpulan Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) dari Rejimen Askar Melayu, Rejimen Kereta Perisai Persekutuan dan Jurutera Persekutuan telah ditumpangkan ke HQ 355 FSS untuk dilatih dalam seksyen perisikan.

Apabila negara merdeka HQ 355 FSS disusun semula dan dikenali sebagai Federation Field Security Section (FFSS) dan diletakkan dibawah Markas Tentera Persekutuan (HQ Malaya Command), Kuala Lumpur. Seramai 14 orang Junior Civil Liaison Officer yang bertugas dengan cawangan khas Polis Persekutuan Tanah Melayu dipanggil oleh pihak Inggeris bagi melaksanakan kerja perisikan di medan.

Pada November 63, Bahagian Gerakan, Rancang dan Perisikan telah diambil alih oleh pegawai tempatan dan Cawangan Rancang dan Perisikan telah ditukar kepada Jabatanarah Perisikan Bersama pada Mac 1965. Awal tahun 66, tiga pertubuhan unit perisikan yang berfungsi tanpa pemerintahan dan kawalan dari mana-mana organisasi telah ditubuhkan yang terdiri daripada Penasihat Pertahanan Tentera, Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK) dan Jawatankuasa Sempadan.

Semua organisasi unit perisikan dalam angkatan tentera telah disatukan di dalam satu kor pada tahun 1969 dan semenjak penubuhannya Kor Risik amat disegani atas kemampuan dan kebolehannya sebagai sumber perisikan kepada pertahanan negara dan pencerobohan kegiatan subversif pihak musuh terutamanya di era penentangan pengganas komunis.

Kor Perkhidmatan Diraja (KPD)[sunting | sunting sumber]

Kor Perkhidmatan Diraja berasal dengan penubuhan Cawangan Bekal dan Angkut dalam bulan April 1957 sebagai satu bahagian dalam Army Service Corps (ASC). ASC telah ditukarkan nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) selaras dengan tugasnya memberi bantuan logistik kepada semua Perkhidmatan Angkatan Tentera. Pada 9 April 1965 AFMC telah dibubarkan dan Pasukan Bekal dan Angkut Tentera telah ditubuhkan. Pasukan ini kemudian dikenali dengan nama Kor Perkhidmatan Diraja dan bercogankata Berkidmat Kepada Semua. Ditugaskan sebagai pasukan logistik Tentera Darat seperti Workshop dan kompeni angkut, kecuali senjata dan bekalan asas. Setiap briged terdapat satu kompeni angkut dan workshop briged. Manakala di dalam satu ketumbukan divisyen pula terdapat satu batalion angkut dan empat kompeni di dalamnya. Ini termasuklah seperti kompeni angkut itu sendiri, kompeni hantaran udara, kompeni bekalan dan kompeni markas. Di peringkat batalion ini ia diketuai oleh Leftenan Kolonel. Dan disetiap kompeni diketuai oleh pegawai berpangkat Mejar atau Kapten yang bertauliah.

KPD memberi bantuan kenderaan di barisan hadapan seperti trak 3 tan (bawa anggota, peralatan dll),drops (kontena 20 kaki), bowser minyak dan air,Tank Transporter, Mobile Fuel Dispensing System (CFT) kor ini juga memberi perkhidmatan dari segi bantuan lojistik seperti kargo perkapalan, penginapan (transit), penerbangan (MAS, Air Asia)dan sebagainya.

Kor Ordnans Diraja (KOD)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kor Ordnans Diraja

Kor Ordnans Diraja bermula dengan penubuhan Malay Regiment Stores Depot pada 17 Julai 1964 di Port Dickson yang kemudiannya disatukan dengan lain-lain pasukan logistik, dalam bulan April 1957 dengan nama Army Service Corps (ASC). Berikutan dengan penubuhan Tentera Laut dan Udara Malaysia, ASC telah ditukar nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) pada 27 Mei 1958. Setelah AFMC dimansuhkan pada 9 April 1965, Kor ini telah dengan rasminya dinamakan Kor Kelengkapan Malaysia kemudian nya ditukarkan kepada Kor Ordnans Diraja. Cogankata Kor ini ialah Berkhidmat Membantu.

Sebagai salah satu pasukan logistik di dalam Tentera Darat. Tugasnya ialah membekal senjata dan keperluan asas Tentera Darat. TLDM dan TUDM pula menguruskan pasukan logistiknya sendiri.

Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)[sunting | sunting sumber]

Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah ditubuhkan pada 22 April 1953. Seperti Kor-kor lain juga, RAJD telah mengalami berbagai perubahan sejajar dengan perkembangan dan pembesaran Tentera Darat Malaysia. RAJD bermula dengan peranan awal yang terhad dalam membantu operasi Tentera Persekutuan menentang komunis, khasnya dalam tugas-tugas memusnah bom, membersih kawasan periuk api, membina jalan, jambatan, landasan kapal terbang serta menyediakan bekalan air. Sekarang RAJD mampu memainkan peranan yang lebih luas dalam membantu pembangunan negara setelah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan peralatan dan jentera serta mempunyai pegawai-pegawai dan warga RAJD yang berkemahiran tinggi.

Dengan cogan kata Berusaha Berfaedah RAJD yang pakar dalam kejuruteraan tentera terbukti telah menyumbangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara termasuk menyediakan tenaga mahir kepada sektor awam apabila anggotanya bersara. Sebagai tanda pengiktirafan, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' pada 6 Jun 1992. Seterusnya pada 5 Jun 2004, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekali lagi telah berkenan mengurniakan Panji-Panji Diraja kepada RAJD.

Sejarah penubuhan telah bermula dengan rasminya pada 22 April 1953 dengan penubuhan pasukan Jurutera Malaysia pertama dikenali sebagai 76th Federal Field Squadron di Balaclava Lines, Kluang. Anggota-anggota dari pasukan ini telah dilatih di Pusat Latihan Tentera British bertempat di Nee Soon, Singapura dan Kluang..

Apabila negara kita hampir mencapai kemerdekaan, Tentera British telah merancang untuk membubarkan RE Field Regiment dan menyerapkan anggota daripada Rejimen kepada Federation Engineers. Pada 15 Julai 1957, Skuadron Jurutera Kedua telah ditubuhkan dengan kekuatan seramai 201 anggota daripada 75th Malayan Field Squadron. Sementara itu, 76th Federal Field Squadron, Federation Engineers telah ditukar designasi kepada Skuadron Jurutera Pertama kerana ia merupakan pasukan pertama jurutera dalam Tentera Persekutuan.

Semasa penubuhan 1 Skuadron Jurutera dan 2 Skuadron Jurutera, Cawangan Jurutera Tentera Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan diketuai oleh Leftenan Kolonel RA Blakeway OBE RE sebagai Ketua Jurutera yang pertama. Sekarang, organisasi ini dikenali sebagai Jabatan Arah Jurutera Markas TD yang diketuai oleh Ketua Jurutera berpangkat Brigedier Jeneral.

Terdapat juga 10 Skuadron Jurutera Para iaitu pasukan jurutera elit dari ketumbukan 10 Bgd Para.Pasukan ini mampu digerakkan kemana sahaja dalam apa jua keadaan sekalipun.

Terdapat anggota wataniah yang dikenali sebagai RAJD SP dalam RAJD iaitu rajimen pakar. 1] 40 RAJD [ PAKAR PENGENDALIAN PELABUHAN ] 2] 50 RAJD [ PAKAR PENGENDALIAN KERETAPI ] 3] 60 RAJD [ PAKAR PENGENDALIAN AIR ] 4] 70 RAJD [ PAKAR PENGENDALIAN ELEKTRIK ]

Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)[sunting | sunting sumber]

Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) adalah sebuah kor di dalam Tentera Darat Malaysia yang menguruskan dan mengendalikan hal ehwal keagamaan bagi ketiga-tiga cabang di dalam ATM. Penubuhan KAGAT bermula pada tahun 1979 dan apabila cadangan penubuhannya diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia (MAT) semasa mesyuaratnya ke 197 iaitu pada 24 Januari, 1980. Pada 29 November 1984, MAT meluluskan Skim Perkhidmatan KAGAT. Pada 16 April, 1985 setelah mendapat perkenan SPB Yang Dipertuan Agong Ke-8, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, KAGAT dengan itu ditubuhkan secara rasmi. Pada 29 Mac, 1986 MAT telah meluluskan Syarat-Syarat Pertukaran Perkhidmatan Pegawai Hal Ehwal Agama Islam yang berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam kepada KAGAT.

Meskipun KAGAT merupakan sebuah kor di dalam Tentera Darat Malaysia, penugasannya merangkumi kesemua cabang Angkatan Tentera Darat iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja. Penubuhan kor ini telah membawa begitu banyak perubahan dalam bidang kerohanian tentera dari semasa ke semasa. Kekuatan spiritual bagi seseorang tentera dilihat sebagai elemen penting dalam memungkinkan Kagat memperkasa gerakan dan tugasannya yang unik. Sejarah peperangan umat Islam yang berpegang teguh dengan Al-Quran ketika kebangkitan Islam menjadi inspirasi kor ini bagi menjamin kekuatan rohani Angkatan Tentera Malaysia sentiasa berada di dalam keadaan yang terjaga dengan nilai-nilai mulia. Sesuai dengan peranannya ini, Kor Agama Angkatan Tentera memasakkan cogan kata, "Berjuang Berakhlak".

Rejimen Askar Wataniah (AW)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Rejimen Askar Wataniah

Rejimen Askar Wataniah merupakan Rejimen yang di tugaskan sebagai barisan ke dua dalam mempertahankan kedudukan negara dari sebarang ancaman musuh negara. Rejimen ini dilatih sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas sebagai anggota tetap. Segala bentuk latihan yang di berikan adalah berdasarkan pada latihan yang diberikan kepada anggota tetap.

Anggota Rejimen Sempadan sedang mengawasi perbatasan.

Askar Wataniah(AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng ke dua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.

Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).

Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, darurat 1948-1960 dan konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai 'Home Guard'. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.

Ketua Platun Rejimen Sempadan sedang memberi taklimat penugasan.

Matlamat latihan AW adalah untuk menyediakan satu Angkatan Sukarela Tentera Darat yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan dalam masa yang singkat serta berupaya menjalankan tugas operasi tanpa memberikan banyak gangguan kepada ekonomi dan penghidupan sosial negara. Dengan itu, pendekatan latihan ialah untuk melatih pegawai dan anggota Sukarela dengan pengetahuan ilmu ketenteraan supaya mempunyai kemahiran dan sikap positif untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan sesuai dengan peranan Kor masing-masing. Dalam konteks perkembangan AW ke arah tahun 2000, peranan dan tugas AW adalah selari dengan peranan anggota tetap. Oleh itu, setiap pihak yang terlibat harus menyedari tanggungjawab masing-masing dan memahami segala aspek yang berkaitan dengan latihan supaya matlamat AW dapat dicapai dengan sempurna.

Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD)[sunting | sunting sumber]

Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja berasal dari Army Service Corps (ASC) yang telah ditubuhkan dalam bulan April 1957. Berikutan dengan penubuhan Tentera Laut dan Udara Malaysia, ASC telah ditukar nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) pada 27 Mei 1958. Setelah AFMC dimansuhkan pada 9 April 1965, Kor ini telah dengan rasminya dinamakan Kor Jurutera Letrik dan Jentera dan bercogankata Bertukang Dan Berjuang.

Peranan Kor Jurutera Letrik dan Jentera adalah memberi bantuan teknik seperti pembaikan, penyelenggaraan dan pemeriksaan ke atas semua peralatan kepunyaan Tentera Darat kecuali kenderaan jentera berat kepunyaan Kor Jurutera Diraja seperti jentolak, treler (yang dikenali sebagai Kenderaan Jenis C) dan peralatan perhubungan Kor Semboyan Diraja seperti peralatan telegraf yang digunakan untuk menerima dan menghantar mesej. Peranan Kor JLJ juga merangkumi perkara berikut:

  • Pemeriksaan. Menjalankan pemeriksaan teknik ke atas semua peralatan Tentera Darat untuk memastikan tahap kebolehgunaan dan penyelenggaraan peralatan tersebut. Pemeriksaan ini dilakukan sama ada setiap tahun, dua kali setahun atau empat kali setahun.
  • Pengubahsuaian. Pengubahsuaian dilakukan kepada peralatan dan kenderaan untuk menambah baik serta menyesuaikan peralatan tersebut dengan keperluan perkhidmatan.
  • Perkhidmatan Kembalik (kren). Perkhidmatan kembalik atau kren adalah perkhidmatan menarik atau menunda kenderaan atau peralatan beroda yang rosak ke woksyop yang berhampiran untuk diperbaiki. Perkhidmatan ini terbahagi kepada 3 iaitu:
    • Kembalik Ringan untuk menunda kenderaan yang beratnya kurang daripada 3 tan.
    • Kembalik Sederhana untuk menunda kenderaan yang beratnya melebihi 3 tan dan kurang daripada 16 tan.
    • Kembalik Berat untuk menunda kenderaan yang beratnya melebihi 16 tan iaitu kereta perisai seperti Scorpion, Condor, Sibmas dan sebagainya.
  • Sukatan. Kor JLJ bertanggungjawab menentukan secara terperinci segala keperluan alat ganti berdasarkan kepada pemeriksaan yang telah dijalankan dan pengalaman penggunaan peralatan tersebut.
  • Pembaikan. Kor JLJ bertanggungjawab menjalankan pembaikan peralatan dan kenderaan Tentera Darat berdasarkan kerosakan dan keperluan pembaikan.
  • Perkembangan Teknikal. Setiap perkembangan teknik perlu diikuti oleh Kor JLJ. Segala maklumat terkini mengenai peralatan, kenderaan, teknologi dan persenjataan akan dimaklumkan oleh Kor JLJ kepada Panglima Tentera Darat untuk mengenal pasti kesesuaian peralatan tersebut bagi kegunaan Tentera Darat.

Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD)[sunting | sunting sumber]

Pasukan Udara Tentera Darat telah ditubuhkan pada 1 Julai 1994 apabila tertubuhnya Tim Projek Pasukan Udara Tentera Darat (Tim Projek PUTD). Tim Projek ini bertanggungjawab terhadap semua rancangan dan perlaksanaan penubuhan PUTD dan juga berfungsi sebagai 'cawangan udara' di Markas TD. Penubuhan PUTD telah dilancarkan dengan rasminya pada 11 Mac 1995 bertempat di Pangkalan TUDM, Kem Mahkota, Kluang, Johor. Sempena pelancaran tersebut, skuadron pertama PUTD iaitu No 881 Skn telah ditubuhkan. Asas penubuhan ialah penyerahan 10 buah helikopter SA 316B Alouette MK III oleh TUDM kepada TDM dan juga penyerahan sebahagian pangkalan TUDM Kluang. Pada Januari 1996, TUDM telah menyerahkan sepenuhnya pangkalan ini kepada TDM. Penubuhan PUTD adalah bagi meningkatkan lagi keupayaan TDM di dalam melaksanakan operasi-operasi menggunakan kekuatan daya tembakan dan mobiliti (Platform Udara). Kemahiran dalam bidang Juruterbang Helikopter, Kejuruteraan, Kawalan Trafik Udara, Pengurusan Logistik adalah di antara aspek yang terdapat dalam pasukan ini. PUTD telah diisytiharkan bertaraf operasi pada 29 Mac 1997 oleh Menteri Pertahanan YB Dato’ Syed Hamid Albar bin Jaafar Albar.

Pasukan Udara Tentera Darat atau PUTD adalah satu kor di dalam Tentera Darat Malaysia yang berperanan memberikan bantuan udara di medan tempur kepada unit-unit Tentera Darat. Pasukan ini paling baru ditubuhkan di dalam Tentera Darat Malaysia. Pada masa ini, PUTD dilengkapkan dengan helikopter bagi berperanan sebagai penghubung atau melakukan misi tinjauan di medan tempur.

Rejimen Sempadan (RS)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Rejimen Sempadan

Rejimen Sempadan asalnya dari Rejimen Askar Wataniah Siri 300. Pada 12 Januari 2008 Rejimen Askar Wataniah Siri 300 dibubar kan dan ditubuhkan secara rasmi Rejimen Pengurusan Sempadan. Fungsi utama Rejimen Pengurusan Sempadan adalah di antaranya, untuk menjaga sempadan darat dengan Thailand. Berpengkalan di Kem Bukit Keteri,Perlis sebagai Markas Briged. Ketua Bagi Rejimen Sempadan ialah Brigedier Jeneral. Mengandungi 5 buah rejimen. Cogan kata Rejimen sempadan adalah Setia waspada.

Unit dan organisasi[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Malaysia disusun mengikut kumpulan-kumpulan tertentu sesuai dengan peranan yang dimainkan oleh unit-unit yang terlibat.

Peranan perintah ditugaskan kepada Markas Tentera Darat yang bertanggungjawab ke atas perancangan, pentadbiran dan pengurusan Tentera Darat secara keseluruhan. Tentera Darat Malaysia diterajui oleh Panglima Tentera Darat yang berpangkat Jeneral. Beliau dibantu oleh pegawai-pegawai kanan seperti Pengarah Perisikan, dan juga oleh pengarah-pegarah rejimen dan kor. Beliau bertanggungjawab menasihat Panglima Angkatan Tentera mengenai perkara-perkara keselamatan dan perihal kesediaan Tentera Darat.

Batalion infantri disusunkan melaui kelengkapan dan latihannya menjadi salah satu daripada

  • kebanyakan batalion di dalam tentera Darat Malaysia disusun menjadi Batalion Infantri Standard. Pasukan infantri standard bergerak ke medan tempur sama ada dengan berjalan kaki (infantri) ataupun dengan menggunakan lori tentera, ataupun kemudahan pengangkutan yang lain. Pasukan infantri standard dilengkapkan dengan raifel tempur peribadi, dan dikumpulan mengikut kumpulan tempur Seksyen, Platun, Kompeni dan Batalion. Anggota infantri bersenjatakan raifel tempur akan dibantu oleh anggota-anggota kumpulan senjata bantuan seperti LMG, GPMG, Mortar dan roket penangkis kereta kebal.
  • Batalion Infantri Para iaitu melakukan penggerakan menggunakan payung terjun untuk masuk ke medan pertempuran. Apabila mendarat, mereka beroperasi seperti pasukan infantri biasa. Oleh kerana mereka bergerak menggunakan pesawat uadara, dan had muatan berat amat terhad, Batalion Infantri Para mempunyai kelengkapan tempur ringan sahaja dan tidak mempunyai bantuan kelengkapan berat. Oleh kerana tugas mereka melibatkan mereka terjun memasuki medan tempur di dalam kawasan operasi yang berada di dalam kawalan pihak musuh, anggota Batalion Infantri Para perlu mempunyai kekuatan mental yang kental dan tahap kecergasan fizikal yang amat tinggi. 'Airborne" menjadi teriakan kebanggaan pasukan Infantri Para.
  • Batalion Infantri Mekanis menjalankan operasi menggunakan kenderaan tempur (berperisai). batalion mekanis bergerak sebagai sebahagian daripada kumpulan gabungan tempur (combined arms) dan mencari, mendekati dan memusnahkan musuh menggunakan kenderaan berperisai. Apabila bertempur, infantri mekanis akan keluar dariapda kenderaan perisai mereka and bertempur seperti infantri biasa. kenderaan perisai yang mengangkut infantri mekanis menggunakan kelengkapan senjata seperti mesingan dan meriam 20mm untuk memberikan bantuan tembakan terus.
  • Batalion Infantri Istiadat mempunyai peranan yang sama seperti batalion infantri standard. tetapi semasa aman diberikan tugas utamanya adalah mengadakan kawalan kehormatan yang merupakan satu kemegahan negara serta menyediakan anggota untuk kawalan di Istana Negara. Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja adalah sebuah Batalion Infantri Istiadat.

Peranan tempur ditugaskan kepada formasi-formasi medan. Formasi tempur disusun mengikut saiz dan peranan. pasukan Tentera Darat Malaysian boleh dikelaskan dalam 3 kumpulan mengikut peranan :

Pasukan Tentera Darat dikumpulkan dalam formasi tertentu untuk membolehkan fungsi perintah dan kawalan dibuat dengan berkesan. Formasi ini mempunyai peranan tertentu dan mempunyai kawasan operasi yang ditetapkan supaya tidak terdapat pertindihan kawasan operasi yang boleh mengakibatkan kekeliruan dan kemalangan.

Diketuai Panglima berpangkat Leftenan Jeneral dan mempuyai elemen tempur sebanyak 4 divisyen dan dibantu oleh elemen-elemen bantuan seperti Artileri, Semboyan, Polis Tentera, Askar Jurutera dan sebagainya. Markas Medan merupakan formasi tempur paling besar di dalam Tentera Darat Malaysia ketika ini.
Pada masa ini Tentera Darat Malaysia mempunyai 1 Markas Medan yang bertanggungjawab untuk pertahanan darat di Semenanjung Malaysia.
Unit tempur divisyen merupakan pasukan tempur kedua paling besar di dalam Tentera Darat Malaysia. Divisyen biasanya mempunyai anggota antara 10,000 sehingga 20,000 orang mengikut peranan dan kelengkapan yang dibekalkan. Divisyen di dalam Tentera Darat Malaysia adalah dari jenis Divisyen Infantri yang mana sebilangan besar anggotanya terdiri dariapda pasukan infantri.
Divisyen biasanya mempunyai kekuatan 3 briged tempur dan disokong oleh pasukan bantuan tempur seperti Artileri, Semboyan, Polis Tentera, Askar Jurutera dan juga oleh pasukan bantuan seperti pasukan kesihatan, dan KAGAT.
Dalam Tentera Darat Malaysia kini terdapat 4 buah Divisyen yang dikenali dengan nombor-nombor turutan - 1 Divisyen Infantri, 2 Divisyen Infantri, 3 Divisyen Infantri dan 4 Divisyen Infantri. Biasanya, unit ini dipanggil dengan ringkasan 1 Div, 2 Div, 3 Div dan 4 Div sahaja.
3 Div telah dirancangkan untuk diubahkan menjadi pasukan 'combined arms" yang mempunyai unit infantri, mekanis, armor dan pasukan udara.
Briged adalah satu formasi tempur di dalam Tentera Darat Malaysia, dan biasanya mempunyai kekuatan 3 batalion ataupun rejimen. Kadangkala bilangan battalion diubah menjadi empat battalion ataupun dua battalion mengikut keperluan taktikal.
Sesuatu Briged akan mempunyai elemen bantuan seperti 1 x bateri artileri, 1 x skuadron semboyan, 1 x kompeni polis tentera, 1 x platun risik, 1 x skuadron askar jurutera, dan 1 x Detasmen Bantuan Ringan Kor Jurutera Letrik Dan Jentera.
Batalion adalah satu pasukan tentera yang mempunyai dua hingga enam Kompeni. Biasanya batalion diperintah oleh seorang Leftenan Kolonel. Batalion mempunyai kekuatan anggota lebih kurang 720 anggota, walaupun bilangan anggota berubah mengikut peranan dan kelengkapan unit tersebut. Di dalam Tentera Darat Malaysia, batalion digunakan untuk panggilan unit-unit di dalam pasukan-pasukan infantri Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Rejimen Renjer DiRaja, dan juga untuk Pasukan Kor Kesihatan DiRaja dan Kor Risik DiRaja juga dikumpulan mengikut battalion.lain-lain kor menggunakan panggilan Rejimen dan bukannya batalion.
Dalam Tentera Darat Malaysia, Batalion-Batalion Infantri mempunyai 3 kompeni infantri dan disokong oleh sebuah Kompeni Markas dan sebuah Kompeni Bantuan. Setiap Kompeni mempunyai 3 Platun dan disokong oleh satu elemen Kompeni Markas (Perintah). Satu Kompeni biasanya diperintah oleh Seorang Mejar ataupun Kapten. Kompeni Markas juga mempunyai Sarjan Mejar Kompeni untuk membantu Ketua Kompeni dalam urusan pentadbiran.
Kompeni Bantuan dilengkapkan dengan peralatan senjata yang lebih berat seperti mesingan, mortar dan penangkis kereta kebal. Kompeni Bantuan juga mempunyai anggota-anggota dengan kepakaran tertentu seperti peninjau, penembak tepat dan perisik medan. Rejimen Artileri mengunakan terma Bateri dan Rejimen Semboyan, Jurutera, Armor dan Grup Gerak Khas menggunakan terma Skuadron untuk pasukan-pasukan tahap kompeni di dalam organisasi mereka.
Platun dalam Tentera Darat Malaysia biasanya dianggotai oleh 34 orang anggota, dan dibahagikan menjadi 4 Seksyen, di mana setiap seksyen mempunyai 8 orang anggota. Salah satu daripada 4 seksyen di dalam platun akan dijadikan Seksyen Markas dan mengambil peranan memberi perintah kepada keseluruhan platun. Ketua platun biasanya seorang Leftenan ataupun Leftenan Muda dan dibantu oleh Sarjan Platun. Jika platun dipecahkan, Sarjan Platun akan mengambil perintah salah satu daripada pasukan yang dipecahkan tadi.
Seksyen Tempur Infantri adalah pasukan tempur paling kecil dalam Tentera Darat Malaysia. seksyen dianggotai 8 orang anggota diketuai oleh seorang Sarjan ataupun Korperal. Seksyen boleh dibahagikan kepada dua pasukan tempur kecil (tim penyerang) dengan Ketua Seksyen mengetuai pasukan 4 anggota dan Pembantu Ketua Seksyen mengetuai baki 4 orang anggota lagi. Anggota Seksyen dilengkapi dengan raifel tempur dan 2 buah mesingan jenis LMG dengan dua pelancar grenad M204.

Kekuatan Tentera Darat Malaysia[sunting | sunting sumber]

Barisan anggota Tentera Darat semasa perbarisan

Tentera Darat Malaysia kini mempunyai kelengkapan dan kekuatan seperti berikut :

Anggota Tetap (Regular) : 100,000 orang Pasukan Simpanan Tentera Darat : 50,000 orang

Pada masa ini Tentera Darat mempunyai 4 Divisyen Infantri Tempur di bawah pemerintahan Markas Medan Tentera Darat. Formasi Tentera Darat disusun menjadi pasukan seperti berikut :

3 Divisyen Infantri (2 Div, 3 Div dan 4 Div) di Semenanjung

  • Markas 2 Divisyen Infantri, Kem Tun Razak, Bukit Gedong, Pulau Pinang
  • Markas 3 Divisyen Infantri, Kem Terendak, Melaka
  • Markas 4 Divisyen Infantri, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur

1 Divisyen Infantri (1 Div) di Sabah dan Sarawak

  • Markas 1 Divisyen Infantri, Kem Bukavu Satok, Kuching

Divisyen Infantri ditubuhkan dariapda 10 buah Briged Infantri dan 1 Briged Mekanis. 1 Briged Para dan 1 Grup Gerak Khas (Briged) diletakkan di bawah naungan dan perintah Markas Tentera Darat. Divisyen 3 (3 Div) kini dalam proses pengubahsuaian menjadi satu pasukan unit menyeluruh (Combined arms) dengan unit-unit tempur infantri, armor, artileri dan pasukan udara.

Unit-unit Tentera Darat Malaysia mempunyai kekuatan berikut :

  • 26 Batalion Infantri Standard
  • 4 Batalion Infantri Ringan (Light Infantry)
  • 3 Batalion Infantri Para
  • 4 Batalion Infantri Mekanis
  • 1 Batalion Infantri Bantuan
  • 5 Rejimen Armor (4 Rejimen IFV, 1 Rejimen Kereta Kebal CVR(T) dan 1 Skuadron Para)
  • 16 Rejimen Artileri (4 Rejimen Pertahanan Udara, 2 Rejimen MLRS, 1 Rejimen Artileri Para dan 9 Rejimen Artileri Medan)
  • 3 Rejimen Gerak Khas
  • Batalion Serangan Udara (Air Assault) dalam perancangan penubuhan
  • 5 Batalion Rejimen Sempadan.

Rejimen Askar Wataniah mempunyai 16 Rejimen Infantri (Siri 500) dengan setiap Rejimen mempunyai 3 Batalion Infantri. Anggota Simpanan Rejimen Askar Wataniah berjumlah 50,000 orang diletakkan dalam 60 batalion (Rejimen Askar Wataniah).

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Sepertimana pasukan tentera darat lain di dunia, Tentera Darat Malaysia dibekalkan dengan senjata-senjata terkini yang diperolehi dari beberapa negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemilihan karbin Colt M4A1 buatan Amerika Syarikat telah dipilih menjadi raifal tempur standard untuk anggota Tentera Darat Malaysia. [1] Pemilihan karbin M4 menepati spesifikasi ATM yang mahukan senjata yang jauh lebih fleksibel, ringan, mempunyai ciri-ciri inovatif dan mudah digunakan. Senjata ini akan dikeluarkan buat di Malaysia dengan secara berlesen oleh SME Ordnance. Perolehan karbin M4 membabitkan permulaan 14,000 unit dan akan dilakukan secara berperingkat. M4 Carbine akan dilengkapkan dengan aksesorinya. Hantaran fasa pertama dijangka Oktober 2006. Pembelian M4 Carbine bernilai RM70 juta melibatkan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi pemodenan sistem persenjataan ATM. [2]

Aset udara[sunting | sunting sumber]

Agusta A109

Istiadat dan tradisi[sunting | sunting sumber]

Perarakan Panji-Panji DiRaja[sunting | sunting sumber]

Last Post[sunting | sunting sumber]

Seperti banyak daripada negara-negara Komanwel yang lain, tradisi memainkan lagu “Last Post” yang diwarisi daripada Tentera British diteruskan oleh Tentera Darat Malaysia. Lagu Last Post dimainkan pada Hari Pahlawan yang disambut dengan upacara peringatan pada 31 Julai di Tugu Negara.

Pada tahun-tahun terdahulu, bendera Malaysia akan dikibarkan pada waktu pagi di Tugu Peringatan Negara, dan pada waktu petangnya, bendera itu akan diturunkan semula. Upacara ini akan dilakukan oleh satu detasmen askar dari Rejimen Askar Melayu Diraja dengan pakaian istiadat (“Number One Dress”). Lagu Last Post akan dimainkan oleh pemain begol semasa bendera dinaikkan dan semasa bendera diturunkan. Kini upacara ini tidak lagi diteruskan.

Hari Pahlawan[sunting | sunting sumber]

Pada Hari Pahlawan, Tugu Negara menjadi tumpuan ramai apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri-menteri, Panglima-panglima Tentera dan Polis berkumpul dan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sebagai memperingati mereka yang terkorban semasa mempertahankan negara. Lagu Last Post akan dimainkan semasa upacara ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]