Tentera Laut Algeria
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Korvet Kelas Djebel Chinoise, El Kirch (353) dibina oleh ECRN di Mers-el-Kebir
Tentera Laut Algeria adalah cabang laut bagi Angkatan Tentera Algeria. Ia beroperasi dari tiga buah pangkalan yang terletak di Algiers, Annaba dan Mers-el-Kébir di pantai Mediterranean. Kekuatan dianggotai seramai 6,600 anggota dan kebanyakan kelengkapannya dibeli dari Rusia. Pada bulan Jun 2006, pihak tentera laut telah memesan dua buah kapal selam berkuasa diesel-elektrik baru dari Jenis 636 (Kilo). Kapal selam ini telah diserahkan pada akhir tahun 2007.
Pada tahun 2008, Algeria telah membeli korvet kelas Nakhoda Ragam daripada Tentera Laut Diraja Brunei melalui sebuah firma Jerman, Lürssen.[1]
Armada [sunting]
| Kelas | Jenis | Kuantiti | Asal | Ditauliahkan | Notes |
|---|---|---|---|---|---|
| Armada permukaan | |||||
| Kelas Nakhoda Ragam | Korvet | 3 | 2010? | Dibeli dari Tentera Laut Diraja Brunei pada tahun 2008 | |
| Kelas Osa-I/II | Bot peluru berpandu | 10 | 1967 (Osa I) 1976-1981 (Osa II) |
209/245 tan muatan penuh - 4 SS-N-2B | |
| Kebir | Kapal serang laju | 8-13 | 1982-???? | 8-10 ditauliahkan, 2-3 sedang dibina. 2 buah pertama dibina di UK, selebihnya di Algeria. Kadang kala dikenali sebagai Kelas El Yadekh. | |
| Rais Hamidou | Korvet | 3 | 1980-82 | 675 tan muatan penuh - 4 SS-N-2C dan SA-N-4 | |
| Djebel Chenoua | Korvet | 2 | 1988-95 | 550 tan muatan penuh - 4 C-802 | |
| Murat Reis | Frigat | 3 | 1980-85 | 1,670 tan muatan penuh - SA-N-4 | |
| Kalaat Beni Hammed | Kapal mendarat kecil | 2 | 1984 | ||
| Polnochny B | Kapal mendarat | 1 | 1976 | ||
| Armada kapal selam | |||||
| Projek 877E[2] | Kapal selam diesel-elektrik | 2 | 1987-88 | 3,076 tan tenggelam | |
| Rajs Hadi Mubarek Dipertingkat | Kapal selam diesel-elektrik | 2 | 2009-2010 | 3,126 tan tenggelam. Projek mempertingkat kapal selam diesel-elektrik 636 | |
| Armada masa depan | |||||
| TBD | Frigat | 6 | TBD | Persetujuan sementara untuk frigat kegunaan pelbagai buatan Perancis/Itali yang akan dibina oleh Fincantieri.[3] | |
Rujukan [sunting]
- ↑ Story by ocnus.net
- ↑ Jane's Fighting Ships 2005-2006
- ↑ "Algeria Switching Frigate Order, Buying Helicopters from Italy?". Defense Industry Daily. 2009-10-11. http://www.defenseindustrydaily.com/Algeria-Switching-Frigate-Order-Buying-Helicopters-from-Italy-05794/. Capaian 2009-11-20.
Pautan luar [sunting]
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |