Tentera Udara Diraja Australia
| Tentera Udara Diraja Australia | |
|---|---|
|
Panji Tentera Udara Diraja Australia |
|
| Ditubuhkan | 31 Mac 1921 |
| Negara | Australia |
| Cawangan | Tentera Udara |
| Keanggotaan | 15,430 anggota (2006) |
| Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Australia |
| Ibu pejabat Tentera Udara | Canberra |
| Cogan kata | Per Ardua ad Astra ('Through Struggle to the Stars') |
| Maskot | Kanggaru |
| Komander | |
| Panglima Tentera Udara | Marshal Udara Mark Binskin |
| Timbalan Panglima Tentera Udara | Timbalan Marshal Udara Geoff Brown |
| Komander Udara Australia | Timbalan Marshal Udara Mark Skidmore |
| Pesawat | |
| Pengebom | F-111 |
| Peperangan elektronik | Boeing 737 AEW&C |
| Pejuang | F/A-18 Hornet |
| Peronda | AP-3C Orion |
| Pengawasan | RF-111 |
| Latihan | PC-9, Hawk 127, B300 |
| Pengangkut | C-130 Hercules, DHC-Caribou, C-17 Globemaster III, Boeing 737, Challenger 600 |
Tentera Udara Diraja Australia adalah merupakan cabang udara bagi Angkatan Tentera Australia. Ia telah ditubuhkan pada Mac 1912. Pada masa itu, ia dikenali sebagai Kor Penerbangan Australia dan menjadi satu entiti unit tentera udara bebas pada 31 Mac 1921. Tentera Udara Diraja Australia terlibat dalam konflik besar seperti Perang Dunia I, Perang Dunia II, Perang Korea dan Perang Vietnam. Ia juga terlibat dalam kempen Pencerobohan Iraq 2003. Moto bagi jata Tentera Udara Diraja Australia dalam frasa Latin adalah Per Ardua ad Astra, yang bermaksud (Bahasa Inggeris : "Through Struggle to the Stars").
Isi kandungan |
Kekuatan sekarang [sunting]
Pesawat [sunting]
Sehingga 2007, pesawat-pesawat berikut sedang dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Australia:
| Pesawat | Asal | Jenis | Versi | Dalam pegangan[1][2][3] | Nota |
|---|---|---|---|---|---|
| BAE Systems Hawk | Pejuang latihan lanjut | Hawk 127 | 33 | Ini adalah pesawat latihan pejuang jet yang diubahsuai. Untuk mereka yang akan mengendalikan pesawat F-111 dan F/A-18 dari pesawat kepak kaku ringan. | |
| Beechcraft Super King Air | Latihan navigasi | B300 | 8 | ||
| Boeing Business Jet | Pengangkut VIP | 737-700 BBJ | 2 | Pajakan jangka panjang, mengangkut Perdana Menteri, Ratu dan Tetamu Kehormat. | |
| Boeing C-17 Globemaster III | Pengangkut | C-17 | 4 | Kesemua pesawat telah dihantar pada Januari 2008[4]. | |
| Bombardier Challenger 600 | Pengangkut VIP | CL 604 | 3 | ||
| de Havilland Canada DHC-4 Caribou | Pengangkut | DHC-4 | 10 | ||
| General Dynamics F-111 Aardvark | Serangan | F-111 F-111C RF-111C |
21 17 4 |
Campuran jenis F-111C jarak jauh asal, versi pengawasan RF-111C, dan F-111A dari bekas Tentera Udara Amerika Syarikat (ditingkat upaya ke spesifikasi versi C) dan pengantian atrisi F-111G. Pesawat-pesawat ini akan dibersarakan pada tahun 2010. Untuk jangka masa pendek, pesawat F/A-18F telah dipilih. Kesemua pesawat F-111G telah dibersarakan pada bulan September 2007. | |
| Lockheed C-130 Hercules | Pengangkut | C-130 total C-130H C-130J-30 |
20 8 12 |
||
| Lockheed P-3 Orion | Rondaan maritim | P-3 total AP-3C |
21 18 |
Kesemua pesawat akan dibersarakan menjelang tahun 2018. Kemungkinan besar akan digantikan dengan Boeing P-8 Poseidon | |
| McDonnell Douglas F/A-18 Hornet | Pejuang/penyerang | F/A-18 F/A-18A F/A-18B |
71 54 17 |
Dibina di Australia dengan kebenaran berlesen daripada McDonnell Douglas. Angkatan pesawat F/A-18 ini telah melalui pelbagai tingkat upaya sejak memasuki perkhidmatan pada tahun 1980-an dan masih berupaya, akan tetapi isu-isu kelesuan bermakna ia tidak mungkin akan kekal dalam garisan pertahanan udara hadapan sehingga jengkaan bersaranya pada tahun 2015. Pesawat ini akan digantikan dengan 100 buah pesawat F-35 Lightning II. | |
| Pilatus PC-9 | Latihan lanjut | PC-9 | 65 | Dikeluarkan dengan kebenaran daripada de Havilland Australia. | |
| Jumlah | Pesawat pejuang/penyerang
Latihan Pengangkut(termasuk VIP) |
92
130 39 |
Latihan termasuk 24 buah pesawat latihan asas PAC CT/4 |
Sebagai tambahan, 24 buah pesawat latihan asas PAC CT/4 yang lebih dikenali sebagai "Plastic Parrot", adalah dimiliki dan dioperasikan oleh firma BAE Systems untuk latihan permulaan.
Senjata kecil [sunting]
- Pistol Isian Sendiri L9A1/L9A3 (Browning Hi-Power)
- Pistol Krew Jet Udara Glock 19
- Sub mesingan Heckler & Koch MP5
- Senapang patah Remington 870
- Raifal F88 Austeyr (Steyr AUG)
- Raifal penembak tepat SR-98
- Senjata sokongan ringan F89 (Minimi)
- Mesingan kegunaan am MAG58
- Pelancar bom M203[5]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Inventori pesawat tentera dunia", Aerospace Source Book 2007, Aviation Week & Space Technology, 15 Januari 2007.
- ↑ Laporan Tahunan Pertahanan 2005-2006 muka surat 134
- ↑ Senarai Lockheed C-130A/E/H/J Hercules milik Tentera Udara Diraja Australia Dicapai 30 Ogos 2007.]].
- ↑ Penerbangan tentera Australia
- ↑ Laman web Pengawal Pertahanan Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Australia Dicapai: 27 Jun 2008.
Pautan luar [sunting]
- Laman web rasmi Tentera Udara Diraja Australia
- Doktrin Kuasa Udara Tentera Udara Diraja Australia
- Nombor siri pesawat di laman web ADF
|
|
|||||